Sunday, December 13, 2015

Alahai anak

Sufi berkehendakkan jam tangan. Mcm2 cara dia usahakan menarik perhatian saya membelikan untuknya. Saya pula mcm2 cara utk mengelak dari membelinya. Dia tarik baju, tarik tangan, bergayutan untuk menuruti kehendaknya itu.

Tiba2 dia berkehendakkan sangat. Mulutnya tidak terhenti menyebutnya. Saya antara endah tak endah. Bukan tidak mahu menurutkannya, tetapi sudah berapa banyak jam tangan yg kami belikan dan tidak tahu kemana akhirnya hayat jam2 itu. Pelbagai bentuk, pelbagai warna kami belikannya, tiada satu pun yg masih digunakan sekarang.

Anak2 saya tidak pandai menghargai pemberian orang. Setiap apa2 barang atau permainan yg kami beli atau hadiahkan tidak tahu dimana akhirannya. Kadang2 cemburu tgk anak2 org lain permainannya masih cantik, kemas, tersusun dan dijaga dengan baik bertahun2.

Oleh sebab itu, saya malas hendak melayan kehendak anak2 tanpa sebab munasabah. Saya menghadiahkan apa2 kepada mereka pada hari2 tertentu dan pada kejayaan2 tertentu. Kadang2 saya outstation kemana2 ada juga membelikan cenderamata buat mereka.

Tapi jangka hayat permainan mereka tidak dapat dijangka. Kadang2 banyak yg rosak dari terpelihara. Minat mereka hanya seketika. Mula2 sahaja, kemudian bersepah sahaja. Penat juga menasihati mereka berulang2 kali. Namun masih juga berterusan.

Apa yg saya harapkan, mereka boleh dibentuk agar lebih menghargai pemberian orang lain. Memelihara dan menjaga sesuatu pemberian itu merupakan satu amanah juga.

Abang dan adik.
Kamu anak yang baik.

No comments: