Saturday, December 26, 2015

Minggu akhir cuti

Kami habiskan baki cuti sekolah akhir tahun dirumah saja. Jika keluar pun untuk makan2 atau balik ke kampung. Jumpa nyai. Tiada program atau aktiviti yang kami buat, sementelahan ibu dan abah akan mula ke sekolah dalam minggu2 akhir ini.

Saya akan bermula mesyuarat awal tahun pada 29hb ini. Memang terasa malas dan tidak bersemangat untuk bersekolah semula memandangkan sudah lama sangat bercuti tetapi pada masa yang sama, saya amat rindu sekolah, anak murid dan rakan2.

Saya rindu pada komputer dan makmal muzik di sekolah. Rindu untuk mula berkarya pada program2 sekolah. Insyallah sesi persekolahan 2016, saya masih dipertanggungjawabkan untuk mengajar menengah atas. Memandangkan tahun sebelumnya saya mengajar tingkatan lima, maka tahun ini saya akan mengajar tingkatan empat.

Apa yang seronoknya, tingkatan empat muridnya tidak ramai, mudah untuk fokus pada setiap individu. Tetapi memandangkan kelas muzik bagi menengah atas berlaku setiap hari, maka saya perlukan lebih banyak bahan dan aktiviti untuk mereka. Saya harap saya dapat jalankan pdp dengan baik dan menceriakan.

Sama seperti orang lain, saya juga mengharapkan kehidupan yang lebih baik dimasa2 yang akan datang. Tahun 2016 dapat ditempuhi dengan baik buat kami sekeluarga. Semoga anak2 saya terys berjaya dan cemerlang dan penghidupan kami lebih bermakna dimasa akan datang.

Sayangilah hidup anda!

No comments: