Monday, December 07, 2015

Kenaikan kos sara hidup bukan lawak

Banyak pos2 di fb yg dalam nada perli, sarkastik, sindir-menyindir kepada pihak2 tertentu, peribadi2 tertentu, orang2 tertentu dalam bentuk lawak dan kelakar.

Ada segelintirnya, memang kelakar dan lucu. Mesej yg disampaikan memang tepat kepada individu tertentu. Tetapi kadang2 ada ketikanya post2 ini tidak sebenarnya mewakili golongan yg benar2 tertindas dengan kenaikan kos sara hidup. Ianya seolah2 satu permainan yg menyeronokkan dan tidak dianggap serius.

Kenaikan tambang kenderaan perkhidmatan awam seperti bas, lrt, komuter benar2 memberi tekanan terhadap pengguna tetap. Tidak ramai orang yg serius dalam memperjuangkan nasib mereka ini.

Lawak2 mereka ini tidak membantu dalam memberi tekanan kepada pemerintah dalam mengawal kenaikan kos sara hidup di bandar. Mungkin pemerintah melihat kenaikan ini hanyalah kecil dan tidak memberi kesan apa2 pada rakyat kerana rakyat masih boleh ketawa dan bersukaria.

Mereka mampu meneruskan kelangsungan hidup dan mereka yang tidak mampu itu tergolong dalam golongan yg malas dan tidak mahu berusaha. Oleh itu, bukanlah salah pemerintah apabila kos sara hidup meningkat.

Maka, kamu yang mahu berlawak, lawak kamu harus mewakili betapa seriusnya kamu dalam mewakili masyarakat. Sindiran kamu harus lebih tajam dan tepat.

Sebab itu saya amat meminati karya zunar.

Lawak, padat dan tepat.

No comments: