Sunday, October 12, 2008

Sehari dihari kejadian+Projek Takluk Trofi (PTT)

Lokasi: IOI Mart. Kulai Jaya. Johor
Tarikh: 11 Oktober 2008
Waktu: 8.00 pagi

Saya memilih memandu solo sendiri ke tempat kejadian. Orang rumah dan anak hendak ikut. Tapi saya tinggalkan dahulu di rumah. Raptai tidak perlu ditontonlah kata saya. Tonton yang ‘real’. Setibanya di IOI Mart, Bas JPNJ yang membawa rakan-rakan EDUKATOR JPNJ tiba. Rakan-rakan lain yang turut memandu solo telah tiba lebih awal. Sambil menyaksikan Cikgu Azzam ber’busking’ dengan gitar disebelah keretanya sambil yang lain-lain mengelilinginya.

Puas ber’jammed’ ditepi jalan, kami masuk dan menonton krew yang sedang menyiapkan pentas. Hebat sungguh persembahan mereka. Maka kami terpaksa menunggu persembahan mereka tamat untuk buat uji bunyi (soundcheck) kami. Peserta dari Kota Tinggi juga baru tiba. Hampir jam 9.00 pagi baru berpeluang mengambil tempat di pentas. Tahniah kepada krew.

Ada juga bunyi dan nada-nada sumbang yang mengkritik lokasi pertandingan ini diadakan. ’Level’ kami hanya di pasar besar. Pertandingan peringkat negeri yang hebat ini ditempatkan di sini. Namun kami tetap juga berjuang dengan profesionalnya. Walauapapun hadiah memang menarik! Tahniah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor!

Haha!

Kami berkesempatan menonton peserta dari daerah lain. Antara yang memukau adalah dari Mersing, Batu Pahat, Pontian dan lain-lain. Ramai juga kenalan-kenalan yang ditemui. Kebanyakkan peserta adalah dikalangan guru-guru. Begitulah kebiasaannya. Dan salam-bersalam itu mengeratkan silaturahim. Maklumlah masih dalam ’mood’ raya.

Dan.. sesi bergambarlah!

Selesai menonton beberapa persembahan kumpulan-kumpulan ’fovourite’ membuat uji bunyi, EDUKATOR JPNJ bergegas ke SM Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai untuk berehat dan membuat persiapan terakhir. Ada yang mengambil kesempatan untuk makan lebih awal, mandi, bersiap, solat dan ambil isteri dan anak dirumah (sayalah tu!)

Haha!

Jam ditelefon bimbit 10 minit lagi jam 2. Saya belum terlihat seorang pun kelibat EDUKATOR JPNJ. Beberapa peserta dari kumpulan lain telahpun tiba. Saya telefon Rasman, dia kata sudah sampai sedang cari ’parking’. Hampir jam 2.30 petang juruacara naik ke pentas. Setelah mengenalpasti dan memastikan semua peserta dari daerah masing-masing telah tiba dan hakim-hakim telah bersedia, juruacara pun memulakan pertandingan.

EDUKATOR JPNJ (kamilah tu!) adalah peserta kedua. Alhamdulillah kami dapat buat dengan baik tanpa sebarang kesilapan yang ketara. Dengan penuh yakin dan bersemangat semua. Sejurus turun dari pentas, tangan saya masih menggeletar! Tapi bukannya menggeletar ketakutan. Tidak tahu perasaan yang bagaimana hendak diterangkan.

Pertandingan berhenti rehat seketika selepas peserta ke lima. Beberapa penyanyi jemputan membuat persembahan sementara hakim-hakim membuat pengiraan dan menenangkan minda. Pertandingan diteruskan semula hingga ke akhirnya. Sementara hakim membuat keputusan peserta dihiburkan dengan penyanyi jemputan yang saya tidak kenal.

Maaf!

Dan acara selingan ini hampir sama panjang dengan waktu pertandingan dan yang semakin resah adalah peserta-peserta. Hari semakin lewat petang dan masih bersabar menanti keputusan. Ketika itulah keluar pelbagai aktiviti oleh juruacara untuk mengisi kebosanan peserta-peserta. Saya dimaklumkan, majlis sedang menanti seorang VIP (penyampai hadiah) yang dalam perjalanan.

Segalanya penat-lelah dan kesabaran terubat apabila kumpulan kami, EDUKATOR JPNJ telah diumumkan sebagai Johan Koir Perpaduan Peringkat Negeri Johor tahun 2008. Ada yang menangis gembira dan ada yang terlompat-lompat yang paling ramai ialah yang menjerit!

Cayalah! Johan lagi!

Tempat kedua dari daerah Mersing dan tempat ketiga ialah dari daerah Batu Pahat. Sesi yang paling menggembirakan ialah bergambar! Pelbagai aksi yang menarik!

Haha!

Tahniah! Hari ini adalah hari yang amat menggembirakan bagi kami. Kerja keras kami amat berbaloi. Pengorbanan kami tidak sia-sia dengan kemenangan ini. Semangat persahabatan dan setiakawan menjadi kunci kejayaan kami. Ucapan tahniah kami terima, merata. Terutamanya dari Pengurus Projek kami iaitu En Hasidin yang amat bangga dengan kemenangan ini.

Dan selepas ini kami sedang pening kepala memikirkan persiapan untuk ke peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang pada 14, 15 dan 16 Oktober 2008. Projek Takluk Trofi sudah separuh melangkah.

Ini bermakna, perang kami belum berakhir lagi.

gitartong@nzm r


Pelik sungguh, kenapa gambar yang ini muncul dulu

Memang saja datang awal untuk tolong susun kerusi. Sedang berehat.

Pantang sungguh bila diajak bergambar

'peace'

di atas pentas itu bukalah kami

sebab kami masih dibawah. haha!

dan bergambar

masih tak puas-puas lagi


Beberapa minit sebelum berada di pentas

dan nak nyanyi pun bergambar lagi

SIGS punya cikgu-cikgu ni. Maaf, semua orang punya.

En. Amin. Tulang belakang EDUKATOR JPNJ


Selepas nyanyi.

Kumpulan mana entah. Bukan kami.

ya, ini baru kami

Jangan salah faham. En Isa memberi isyarat kepada penjaga audio.

Mana konduktor ya?

Sejurus selepas diumumkan sebagai johan

En. Isa ditemuramah

Wow! cek besor!

Tidak dapat dipastikan dari daerah mana. Comel-comel sungguh!

Para hakim yang bijaksana

wajah-wajah kemenangan

Jangan melompat atas pentas ye!

Trademark, Tepuk-tepuk sayang! Muah! Muah!

Wow! dapat Nescafe lagi.


Wakil Johor lagi! Tahniah!

EDUKATOR JPNJ Junior

Tak habis-habis 'celebrate'. orang dah kemas kerusi dah

Dari Mersing. Naib Johan.

Kami punya Trofi ini! Ha ha ha haaaa!

Seronoknya korang. Belum habis lagi la. Tau ka?

3 comments:

Lan Rambai said...

tahniah bro.... muhibbah sungguh kumpulan ko...

Anonymous said...

lan rambai
tenkiu. perpaduan sungguh!

Anonymous said...

Quels sont quelques bons blogs Tumblr qui vous permettent d'envoyer des photos, de gagner plus d'adeptes?