Tuesday, October 07, 2008

Projek Menakluk Trofi Johan Koir Perpaduan

Sifu En. Isa Amri (Our Mentor)

Dalam seminggu ini, saya akan bergelumang dengan lagu Malaysia Tanahairku dan Malaysiaku Gemilang. Bergelumang lagi dengan nota-nota muzik, vocal warming up, istilah-istilah crescendo, pianissimo, forte, Sopranos, Altos, Tenor, Bass dan pelbagai istilah sebagai senjata juang Kumpulan Koir Educator JPNJ dalam PROJEK MENAKLUK TROFI JOHAN KOIR PERPADUAN KEBANGSAAN!

Ini bukan KORUS EKLEKTIK!

Sopranos dan Altos sedang berusaha mengkhatamkan part masing-masing

Bukan nama yang dulu dan bukan 100 peratus orang yang dulu. Ini perang baru. Askar-askar baru dan nama baru. EDUCATOR JPNJ. Yang dulu sudah terkubur. Ini misi dan projek baru. Harus ada semangat juang baru dan muka-muka baru. Tapi masih sifu yang lama (sifu baru mungkin tak sama)

Apa membezakan kumpulan koir kami pada kali ini ialah semua ahlinya adalah warga pendidik yang terdiri daripada para pensyarah IPTI, guru-guru sekolah menengah dan rendah selain beberapa orang staf di JPNJ dan sekolah-sekolah seperti mana yang tertakluk tugas dibawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Terima kasih pada En. Amienudin pegawai di JPNJ yang bersedia bersama-sama menyahut cabaran ini.

En. Amienudin pegawai JPNJ sebagai Jeneral perang yang juga merangkul Bass Part

KORUS EKLEKTIK dibawah IPTI peringkat tertinggi yang pernah dicapai ialah sebagai naib johan Koir Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Ipoh Perak pada tahun 2007. Keanggotaannya selain daripada pensyarah dan guru sekolah, ia juga terdiri daripada staf di IPTI.

Macam biasa, tempat saya di Bass part. Setanding dengan badan saya besar (tetapi macho) dan memiliki suara yang besar (?). Seperti Kebiasaannya, hero-hero Bass Part diletakkan di barisan belakang dengan didahulukan bahagian-bahagian suara yang lain di barisan hadapan (hero menang kemudian).

Hari pertama sesi latihan
lokasi: Sekolah Seni Johor Bahru
masa: 11.00 pagi hingga 4.00 petang

Para Tenor sedang mengaji dengan sifu

Suara-suara emas si Sopranos. Kamu akan meremang kalau mendengar

Fokus: Lagu Malaysia Tanahairku.
Masuk ke bahagian suara masing-masing (voice part session) dan khatam.
Lagu ini pernah dinyanyikan dan tidak banyak karenah kerana ahli-ahli lama sudah khatam dulu.
Selain itu ada sesi suai kenal (ice breaking ?) penting ini. Sekurang-kurangnya kenal nama.





lawat vivianwoo untuk cerita tentang KORUS EKLEKTIK

1 comment:

pemikir lapuk said...

emmmm..salam sai be