Wednesday, January 03, 2007

Cerita yang tolol, makan bersuap-suapan



Cerita yang TOLol, MAKAN berSUAP-suapan

i
Tahun baru harga tol pun baru
Harga minyak bilalah nak turun
Bila nak naik tak tunggu-tunggu
Bila nak turun tunggulah berkurun

Tol naik rakyat pun gundah
Orang di atas buat tak kisah
Menteri kata 'kadar masih terendah'
Syarikat konsesi sengih tak sudah

Tiga puluh tahun konsesi tamat
Ramai yang sudah menjadi mayat
Marhaen sudah semakin tenat
Nak berdemo pun dah tak larat !

ii
Sana sini tanah runtuh
Pihak penguasa tak kisah pulak
'Istana idaman' berdiri utuh
Pondok setinggan dirata jentolak

Kilang haram pencemaran berleluasa
Mereka kaya rakyat teraniaya
Bila Karam Singh Walia mula berbicara
YB dan penguasa mengelabah jadinya

Kononnya projek nak tolong rakyat
Belum ditender dah ada yang punya
Indeks rasuah terus meningkat'
'Tutup sebelah mata' dah jadi budaya

Suap di sini sogok di sana
Halal haram belakang kira
Cuma bilis yang masuk jala
Jerung terus bermaharajalela

lirik: blackpurple.blogspot.com
lagu: gitartong.blogspot.com

Tak dapat dengar?? cuba di sini

TTFN

6 comments:

Anonymous said...

saya tak rancang lagu ini. nyanyi sekali harung. ada sebutan yang sedikit tersasul. harap faham. haha!

blackpurple @ jowopinter said...

Ha ha ha.

Terima kasih kerana melagukan pantun itu.
Tapi streaming agak slow la GT. Tak apa, sanggup sabar tunggu nak dengar punya pasal... he he he.....

Anonymous said...

macam ni kalu, aku rasa AJ musti jatuh chenta dengan ko ..:)

Anonymous said...

itu la gt, streaming slow sangat, dengar 3 stroke berenti, 3 stroke berenti.

Anonymous said...

Wow ... cayalah BP dan GT...satu kombinasi nama yang cun ;))

Teruskan...

Anonymous said...

tak boleh pun!