Tuesday, May 16, 2006

Wawancara Eksklusif Bersama Bos Saya!

Bersempena sambutan hari guru pada 16 Mei 2006 ini, saya berkesempatan menemubual seorang guru yang juga merangkap bos saya pada sesi petang ini. Beliau ialah Puan Rokiah Binti Basiron.

Selaku seorang Penyelia Petang, beliau amat berdedikasi dan berkaliber. Seorang yang disegani dan mudah bekerjasama. Beliau juga tegas dan juga amat penyayang. Beban beliau bukan sekadar di sekolah, malah juga sebagai seorang isteri kepada seorang suami dan ibu kepada anak-anaknya.

Temubual ini tidak menafikan kehebatan guru-guru yang seangkatannya tetapi diharapkan sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan atas pengalaman-pengalaman hidupnya. Apa yang baik, ambil! Dan saya menulis ini pun bukan hendak mengampu ye! Hahahaha!



Saya: Assalammualaikum puan, boleh puan ceritakan sejarah puan dalam dunia pendidikan ini. Posting pertama, hingga sekarang dan sejak bila puan memegang jawatan sebagai Penyelia Petang. Bilangan tahun yang tinggal dalam perkhidmatan puan sebelum bersara.

Puan Rokiah: Wa’alaikummussalam Cikgu Nizam, saya telah memulakan kerjaya saya di Sekolah Menengah Sultan Alauddin Bukit Besar, Kulai Johor pada tahun 1976 hingga tahun 1981. Pada masa itu saya telah mengajar mata pelajaran Sains Rumahtangga iaitu opsyen saya semasa di maktab.

Setelah bertugas di situ selama 6 tahun, saya telah memohon untuk bertukar sekolah, permohonan saya telah diterima dan saya telah ditempatkan di Sekolah Menengah Senai dari tahun1982 hingga tahun 1994 iaitu selama 13 tahun.

Pada akhir tahun 1994 saya telah memohon bertukar ke sekolah rendah, alhamdulilah permohonan saya telah diluluskan. Maka pada tahun 1995 saya telah ditempatkan ke Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai , saya juga adalah salah seorang guru yang terawal yang mengajar di sekolah ini.

Walaupun pada mulanya agak janggal juga berada di sekolah rendah, tapi lama kelamaan timbul pula rasa seronok melayan kerenah murid-murid di sekolah rendah ini. Saya telah dinaikkan pangkat pada tahun 2000. Walaupun berat hati untuk menerimanya, tapi apa boleh buat keadaan telah memaksa saya menerimanya.

Saya telah ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Polis Kem, Kelapa Sawit, Kulai ,Johor, mulai 18 September 2000 dan memegang jawatan sebagai Guru Penolong kanan Ko-kurikulum. Saya amat berterima kasih kepada semua guru di sekolah tersebut kerana telah memberikan kerjasama kepada saya selama saya bertugas di situ.

Untuk pengetahuan Cikgu Nizam ,Guru Besar kita iaitu En. Othman Bin Ahamad pernah bertugas di SK. Polis Kem dan menyandang jawatan sebagai Penyelia Petang. Beliau juga telah banyak membantu saya untuk menguruskan program yang melibatkan aktiviti Ko-kurikulum, memandangkan pengalaman luas beliau dalam bidang ini berbanding dengan saya yang bermula dengan 0.

Semasa saya berada di sekolah tersebut sempatlah juga saya mengendalikan Sukan Tahunan dan juga perkhemahan Badan-badan beruniform. Walaupun saya bertugas di sekolah tersebut tidak lama iaitu kira-kira 10 bulan sahaja, tetapi banyak pengalaman yang dapat saya perolehi.

Saya juga amat berterima kasih kepada pihak JPNJ dan PPD Kulai kerana telah memindahkan saya semula ke Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai dan memegang jawatan Penyelia Petang mulai 10 Jun 2001 hinggalah sekarang. Untuk pengetahuan Cikgu Nizam saya akan bersara pada 11 Januari 2011 sekiranya panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah Subahanawata’ala.


Saya: Sedikit tentang latarbelakang keluarga. Yang perlu sahaja.

Puan Rokiah: Suami saya bernama Fathir Bin A.Kadir dan bekerja di sebuah Syarikat Swasta. Kami telah mendirikan rumahtangga selama lebih kurang tiga puluh tahun. Saya mempunyai 3 orang cahayamata iaitu 2 orang lelaki dan seorang perempuan. Dua orang anak saya telah berumahtangga dan kini saya telah mempunyai 3 orang cucu. Seorang lagi anak saya masih bersekolah iaitu di Tingkatan Satu.

Saya:Sebagai Penyelia Petang, bagaimana puan memulakan hari puan, pada hari persekolahan, maksud saya, seawal jam berapa puan tiba disekolah, apa perkara yang puan perlu siapkan terlebih dahulu dan perkara-perkara lain yang puan buat.

Puan Rokiah: Oleh sebab saya tidak suka keadaan yang tergopoh gapah maka saya lebih suka datang awal ke sekolah .Biasanya saya akan datang sebelum pukul 11.50 pagi dan ada kalanya kalau ada kerja yang perlu disiapkan seawal 10.30 pagi saya telah berada di kawasan sekolah.

Sebenarnya tugas Penyelia Petang ini merangkumi semua bidang iaitu dari segi Kurikulum, Ko-kurikulum, Menjaga Hal Ehwal dan disiplin murid , melayan ibu bapa yang hadir dan menjaga keselamatan murid-murid di sesi petang adalah menjadi tanggungjawab penyelia petang.

Perkara pertama yang perlu saya buat setelah saya sampai ke sekolah ialah menyiapkan Jadual Relif bagi guru-guru yang tidak dapat menjalankan tugas pada hari tersebut. Saya juga perlu memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran pada sesi petang berjalan dengan lancar.

Selain daripada itu saya juga perlu mengajar mengikut ketetapan masa yang diperuntukan kepada saya.Oleh sebab keadaan saya yang sibuk sepanjang hari, maka tidak dapat saya mengajar mata pelajaran yang penting.

Sebelum sesi persekolahan tamat pada hari itu, saya terpaksa melengkapkan Buku Rekod Kedatangan dengan menuliskan jumlah kedatangan murid dari setiap kelas pada buku tersebut. Sebelum pulang saya perlu memastikan keadaan sekolah selamat untuk ditinggalkan pada hari itu.

Saya: Saya suka melihat buku Rancangan Mengajar puan, sungguh cantik dan meriah dengan gambar- gambar yang dipotong dan dilekatkan. Saya sendiri malas nak buat itu semua dan rasanya tiada masa untuk membuat itu. Bilakah puan meluangkan masa untuk menghias buku Rancangan Mengajar sebegitu rupa?

Puan Rokiah: Sebenarnya saya suka kepada kedaan yang ceria. Kalau Cikgu Nizam nak tahu hobi saya ialah suka menghias. Saya siapkan Rancangan Mengajar saya itu di rumah. Saya ada banyak masa lapang di rumah, Cikgu Nizam pun tahukan, anak-anak saya sudah besar dan tidak ada banyak kerja yang boleh saya lakukan semasa di rumah.

Gambar-gambar yang saya tampal di buku rancangan itu pula saya ambil daripada buku anak-anak saya semasa mereka belajar dahulu. Daripada buku-buku tersebut dibuang begitu sahaja, lebih baik digunakan untuk tujuan lain.

Saya: Ada ketikanya puan turut menjalankan tugas-tugas kerani. Waktu bilakah itu? Barangkali puan ada sebarang perkara atau hal yang tidak menyenangkan sepanjang bertugas di sekolah ini.

Puan Rokiah: Tiada masalah bagi saya untuk membantu tugas-tugas kerani atau pembantu am. Sekiranya kerani berehat atau bercuti atau berkursus, maka saya akan mengambil alih tempat mereka untuk melayan ibu bapa yang hadir ke sekolah untuk tujuan pendaftaran dan perpindahan sekolah atau kemasukkan anak-anak mereka ke sekolah ini.

Saya rasa tiada peristiwa yang kurang menyenangkan sewaktu saya melayan ibu bapa yang hadir ke sekolah. Walau dalam apa keadaan pun ibu bapa atau penjaga yang datang ke sekolah ini perlulah dilayan dengan ramah mesra.

Selalunya saya akan membantu pada awal sesi iaitu sebelum P & P bermula atau semasa saya free atau pada waktu rehat.

Saya: Harapan puan dalam dunia pendidikan untuk masa depan? Bila nak bergelar Hajjah? Hahaha! (sekadar bertanya)

Puan Rokiah: Ini yang susah nak jawab ni, saya ini adalah dalam golongan guru lama. Saya rasa sistem pendidikan sekarang semakin mencabar. Banyak pembaharuan telah berlaku dalam dunia pendidikan sekarang, contohnya penggunaan peralatan ICT yang semakin meluas, tak terkejar saya.

Sejajar dengan kehendak Kementerian Pendidikan yang mahukan semua guru siswazah di semua sekolah menjelang 2020, harapan saya agar semua murid mendapat peluang yang terbaik dalam pendidikan dan menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai murni yang mulia bagi membentuk bangsa Malaysia yang berdaya saing di mata dunia.

Tentang gelaran Hajjah ,kalau sampai masa dan dengan keizinanNYA maka akan berkunjung juga saya ke sana, suatu hari nanti. Mudah-mudahan.

Saya: Soalan terakhir dari saya. Nasihat atau teguran kepada semua guru yang diraikan pada hari ini dan harapan puan kepada mereka.

Puan Rokiah: Harapan saya,semoga mereka semua dapat menjalankan tugas dengan penuh didikasi dan semoga segala pengorbanan yang telah mereka curahkan untuk mendidik anak bangsa selama ini akan beroleh keberkatan daripada Allah hendaknya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan guru di sesi petang kerana telah memberi kerja sama yang tidak terhingga kepada saya selama ini, tanpa cikgu-cikgu semua tidak mungkin saya boleh bertugas seorang diri.

Akhir kata “SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA SKTSP” dan “SELAMAT MAJU JAYA DALAM SEGALA BIDANG”.

Sekian , terima kasih.

Terima kasih kepada Puan Rokiah kerana meluangkan masa dan sudi ditemubual. Diharapkan puan ‘sukses’ selalu dan gembira di samping keluarga tercinta.

PS: pasti ada yang bosan membaca entry yang berjela2 ini. Haha! Lantak andalah! hahaha! Selamat Hari Guru!

95 comments:

FaEzHussain said...

Cikgu Nizam,

Saya ucapkan selamat hari guru untuk cikgu dan rakan-rakan seperjuangan. Teruskan usaha murni kalian mendidik anak warisan bangsa.

Sir Mute Key Chicks said...

Selamat hari guru untuk kau.entri kau panjang sangat laa.berpinar mata aku.kenapa tak buat tiga episode jer.haha

Pegawai Khalwat said...

Selamat.... selamat.... hari guru....

Semoga kita, berjumpa lagi....

Di hari bahgia ini.

Mari teman, mari saudara.....

tuan tanah said...

selamat hari guru, cikgu!

Bunga Rampai said...

Salam Nizam,

Selamat Hari Guru. Teruskan usaha murni itu. Moga Allah melindungimu selalu. Amin.

loppiess said...

selamat hari guru, banyak dapat frame gambar cikgu?

ontahsapo said...

bodek boss nampak!!! nak balik awal lah tu ek..?

Sya said...

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU UTK NIZAM DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KALIAN.. AMIN

Anonymous said...

penat aku nak baca.. selamat hari guru..

Sayuti said...

cikgu nizam,

slamat hari guru.

p/s: tak baca pon! haha. tengoklah kalau ada masa jap lagi.

Kaklong Syikin said...

Puan Rokiah guru yg berdisiplin & friendly. itu mmg kualiti yg baik utk seorang guru :)

selamat hari guru cikgu..

isteri cikgu pun guru ke?

Anonymous said...

faez hussain, pegawai khalwat, tuan tanah, bunga rampai, sya,
terima kasih semua. saya baru pulang dari sekolah dan memikul seplastik besar hadiah! hahaha! jangan jelos..

semut
kalau bersiri, agaknya anda pun malas nak jengah blog saya ni. baik saya terus habiskan.

loppies
hadiah yang mesti ada, frame! selalulah!

ontahsapo
hehehe.. ngan bos kena kamcing!

orochimaru-sama
tahniah kerana meng'khatam'kannya.

sayuti
saya tahu, kadang2 saya masuk blog orang, yang tulis panjang2, pun saya malas nak baca. hahaha! jujurnya anda..

Anonymous said...

syikin
ya. mengajar juga.

blackpurple @ jowopinter said...

Aku tau boss cikgu tu jawa kan.. hehehe..


Apa2pun SELAMAT HARI GURU buat CIKGU GITAR... Semoga usaha cikgu mendidik anak bangsa dirahmati Allah swt...

Anonymous said...

selamat hari guru.... temubual ni akan di masukan kat majalah sekolah ker?

Ayu Mohamad said...

Selamat Hari Guru - moga ko jd cikgu yg berkaliber dan berjaya mendidik anak2 bangsa supaya mnjadi manusia yg berjaya didunia dan akhirat. Allah saja membalas jasamu... aminnnnnnnnn

Rie said...

selamat hari guru cikgu!!!

Anonymous said...

cikgu nizam,
selamat hari guru
nah sabun lux satu hadiah dari kami satu kelas. kelas 1 bijak :D

Anonymous said...

blackpurple
saya tak pasti dia ada darah jawo atau tidak. lupa nak tanya. hahaha!

jamri
majalah sekolah dah 2 tahun tak buat.

ayu
amin. teng yu..

esis
ya! selamat!

ron97
ceh! sabun lagi! cikgu mandi la hari2. awok ni..!

zino said...

cikgu rokiah tau ke wawancara bakal di terbit di blog ini?

selamat hari guru kepada cikgu nizam cikgu rokiah dan semua cikgu2 di sana..

Anonymous said...

moon
terima kasih. ada la juga. apa yang di beri tu ambil saja. tidak kira, walaupun yang recycle. mereka teringin sangat nak menghadiahkan sesuatu pada guru mereka. walhal, sebenarnya tidak perlu.

zino
Puan Rokiah tahu. tapi saya tidak pasti sama ada beliau sudah menjengoknya atau belum. tapi saya sempat mengiklankan blog saya seusai membuat persembahan semalam.

hai cikgu2 SKTSP! hai Puan Rokiah!

Anonymous said...

6VbOHE The best blog you have!

Anonymous said...

HRrFlm actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

Anonymous said...

Thanks to author.

Anonymous said...

Please write anything else!

Anonymous said...

Hello all!

Anonymous said...

Wonderful blog.

Anonymous said...

Please write anything else!

Anonymous said...

Please write anything else!

Anonymous said...

Wonderful blog.

Anonymous said...

Magnific!

Anonymous said...

tsScc9 write more, thanks.

Anonymous said...

Hello all!

Anonymous said...

Magnific!

Anonymous said...

Hello all!

Anonymous said...

Magnific!

Anonymous said...

Nice Article.

Anonymous said...

Please write anything else!

Anonymous said...

Hello all!

Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

Anonymous said...

Thanks to author.

Anonymous said...

actually, that's brilliant. Thank you. I'm going to pass that on to a couple of people.

Anonymous said...

Beam me aboard, Scotty..... Sure. Will a 2x10 do?

Anonymous said...

Change is inevitable, except from a vending machine.

Anonymous said...

If ignorance is bliss, you must be orgasmic.

Anonymous said...

Oops. My brain just hit a bad sector.

Anonymous said...

Give me ambiguity or give me something else.

Anonymous said...

Wonderful blog.

Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

Anonymous said...

Change is inevitable, except from a vending machine.

Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

Anonymous said...

Oops. My brain just hit a bad sector.

Anonymous said...

A flashlight is a case for holding dead batteries.

Anonymous said...

640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81

Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

Anonymous said...

Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.

Anonymous said...

Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER

Anonymous said...

Good job!

Anonymous said...

I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.

Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

Anonymous said...

640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81

Anonymous said...

Magnific!

Anonymous said...

Friends help you move. Real friends help you move bodies.

Anonymous said...

I don't suffer from insanity. I enjoy every minute of it.

Anonymous said...

Suicidal twin kills sister by mistake!

Anonymous said...

Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER

Anonymous said...

Magnific!

Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

Anonymous said...

Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.

Anonymous said...

Ever notice how fast Windows runs? Neither did I.

Anonymous said...

640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81

Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

Anonymous said...

Friends help you move. Real friends help you move bodies.

Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

Anonymous said...

Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.

Anonymous said...

Magnific!

Anonymous said...

C++ should have been called B

Anonymous said...

Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.

Anonymous said...

Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.

Anonymous said...

Save the whales, collect the whole set

Anonymous said...

The gene pool could use a little chlorine.

Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.

Anonymous said...

When there's a will, I want to be in it.

Anonymous said...

What is a free gift ? Aren't all gifts free?

Anonymous said...

Give me ambiguity or give me something else.

Anonymous said...

Hello all!

Anonymous said...

Change is inevitable, except from a vending machine.

Anonymous said...

When there's a will, I want to be in it.

Anonymous said...

Oops. My brain just hit a bad sector.

Anonymous said...

Change is inevitable, except from a vending machine.

Anonymous said...

Energizer Bunny Arrested! Charged with battery.

Anonymous said...

Lottery: A tax on people who are bad at math.