Tuesday, May 02, 2006

Manusia.. Manusia..

Saya turut kecewa dan terkilan atas nasib yang menimpa ke atas Hikayat Sinagaga Origami. Manusia.. manusia..


_________________________________________________




Takut

Anda semua pasti pernah melaluinya. Takut dengan hantu, jembalang, takut dengan bos, takut dengan jiran depan rumah dan takut dengan bini (bukan saya). Ketakutan yang paling utama pastinya, takutkan Tuhan yang Esa. Mereka yang tidak pernah merasa takut sebenar adalah rugi. Bagi saya, takut juga sebenarnya adalah satu nikmat.

Dengan rasa takut kita sebenarnya sentiasa bersedia, berwaspada dan berjaga-jaga. Dengan takut, kita berusaha mepersiapkan diri agar ketakutan yang bakal kita hadapi itu, tidak menjadi terlalu takut. Jelas? Contoh:

Anda bakal menghadapi sebuah peperiksaan besar. Yang bakal menentukan masa depan, hidup dan mati, dan caci, puji yang akan diterima. Sebaik-baiknya anda berusaha keras mempersiapkan diri agar dapat menghadapi hari yang menakutkan itu. Itulah yang sepatutnya berlaku. Anda akan terlepas nikmat takut itu jika, anda tidak memperdulikan langsung peperiksaan besar itu. Apa nak jadi, jadilah. Itu, contoh.

Sepanjang hidup saya, ada dua perkara yang benar-benar menakutkan saya. Pertama, semasa saya dalam darjah enam dan cuti penggal yang akhir sebelum ke tingkatan satu. Takutkan apa? Takutkan saat-saat untuk di’jawi’kan atau ‘sunat’. Orang lain saya tak tahu. Tapi di saat hampirnya waktu di’jawi’kan itu, ketakutan yang menyelubungi membuatkan tangan menggigil, peluh bercucuran dan jantung bergedup kencang. Pelbagai perkara yang terbayang dan bermain-main di kepala di waktu itu.

Kedua, saat selesai dihijabkabulkan. Tidak semena-mena, selesai melafazkan “bla.. bla.. bla.. tunai..” tangan saya terketar-ketar, peluh jantan bercucuran dan jantung berdegup kencang teramat. Alhamdulillah, mujur masih dapat bertahan dan tidak pitam. Seolah-olah di saat-saat itu, tergambar satu beban yang teramat berat yang akan dipikul di atas bahu kelak.


Percaya atau tidak? saya tidak pernah takutkan hantu, jembalang, pontianak harum atau tidak harum. Saya tidak takut untuk berjalan seorang diri di tempat gelap. Saya pernah tidur di rumah yang lama ditinggalkan, tanpa bekalan elektrik dan seorang diri (satu malam). Menaiki motor seorang diri dimalam hari. Alhamdulillah, belum lagi berjumpa dengan ‘benda-benda’ yang tidak sepatutnya.

Dan saya tidak takut pada orang! Tapi saya tahu hormat orang. Anda pun.. takkan anda hendak biarkan orang lain membuli dan mengambil kesempatan pada kebaikan diri anda. Sudah tentu anda marah! Begitu juga saya.

Saya turut menceritakan pada isteri tentang dua cerita takut saya. Dalam cerita saya itu, kakak ipar turut mencelah, perkara takut yang ketiga, yang akan saya hadapi ialah di saat-saat isteri sedang melahirkan anak.

“Gulp!”

Ketakutan itu sudah mula dirasai apabila.. dan pada masa yang sama, saya berasa sangat gembira dengan berita itu.

“Yey! Seronoknya!”


PS: Saya biarkan anda tertanya-tanya. Hahaha!

32 comments:

Sayuti said...

itulah itu.

Kaklong Syikin said...

heheh..punyalah panjang lebor cikgu bercerita, rupanya nak sampaikan khabar gembira tu..TAHNIAH !!! (harap saya tak salah teka)

hehe..tuan yg empunya badan utk bersalin pun merasa amat takut.anak pertama tak takut sbb tak tau sakitnya camner. tp, utk anak seterusnya, perasaan takut tu menguasai diri, camner nanti bersalin..mudah ke, senang ke, sakit kali ni camner pula, banyak darah ke, episiotomy sakit gak ke..hai macam2.

p.s. gambar hantu kat atas tu, gambar betui or org menyamar?

p.s.2: saya tiba2 jd takut yg amat bila fikir saat mati nanti..camner cara mati? seksa or mudah? aduh..

Pegawai Khalwat said...

Aku setuju.

Takut membuatkan orang bersedia. Tapi takut juga membuatkan orang jadi caca marba kerana tak sempat bersedia akibat terlalu takut.

Contoh, orang yang ditakutkan secara tiba-tiba mungkin tak sempat bersedia, lari lintang pukang melanggar apa yang ada.

Pada aku, perlu bersedia untuk ditakutkan juga.

Bab anak tu, memang kita patut takut. Bukan takat waktu lahir saja, tapi waktu membesarkan juga. Sebab kita tak tahu jadi apa besar nanti. Bolehlah kita bersedia.

Anonymous said...

itu belum takut nak bayar nak bayar yuran sekolah.
hehehe

Sir Mute Key Chicks said...

huiyo..cepatnya lekat..haha..kau memang PERKASA dan juga SUBUR.haha

zino said...

ni pasal takut ke? sikit punya berbelit2 nak maklumkan berita gumbira hehe

TAHNIAH TAHNIAH..

ontahsapo said...

perasan takut perlu ada tapi berpada pada....isk bunting pelamin ker bunting khemah pelamin ni?

hamka said...

ni ada satu TAKUT yg ramai pesangan takut..

TAKUT MENDAPAT ANAK YG CACAT..OH..

semuanya dari Allah...

Kopi Suam said...

tahniah gitartong. ok bermula dari saat ini jangan takut untuk putus2 berdoa, membaca Quran dan meminta ALLAH memebri anak yang sihat sempurna sifat dan anak yang cerdik serta pandai.

Saat ini jgn plak takut2 nak keluar duit belikan wife susu anmum atau enfamama serta belikan asid folic, calcium serta vitamin supaya tumbesaran anak menjadi sempurna dan ibunya kuat untuk melahirkan anak yang sihat.

Amin alhamdulillah InsyaALLAH kami menyusul kemudian...

blackpurple @ jowopinter said...

begitulah sukarnya menjadi celebrity seperti sinaga-naga...
~ yang simpati purp (hehehe)

Sesuai kalau panggil uncle seekers ni...hehehe

Anonymous said...

TAHNIAH!!!
jaga bini elok-elok. jangan bagi dia buat kerja berat semua. bagi dia minum susu tiap hari dan ambil pil asid folik.

elakkan air tebu, nenes, minuman berkabonat, air kelapa muda...

muahaha.. me dah jadi mak nenek.

TAHNIAH lagi sekali!

WRA said...

fuyooo....tabik spring gitu...tahniah, tahniah!!...make sure GT ada bersama semasa saat melahirkan, di dalam labour room..baru la tau takut atau tak hehehehe...

NONIE AZIZ said...

jangan takut GT...tak de mendenya...punya panjang bercerita betul cikgu ni...suka sangat bercerita!!

Bunga Rampai said...

Salam. Tahniah Nizam! Siar-siarkan perkembamngan seterusnya. Nak juga tahu siapa mengidam apa ... dengar cerita kadang tu, si suami yang terlebih mengidamnya ... hehehe.

BooK said...

cikgu gitar:
aku sebagai anak muda yang innocent. tidak tahu langsung apa yang berlaku di sini. harap maklum!

Sir Mute Key Chicks said...

haha.nanti anak kau kau namakan rusli pula.jadiknya.rusli nizam rusli.dan ajarkan dia berblog seawal dia mengenal apa itu keyboard.haha

Kaklong Syikin said...

Oh ya..jika betul apa yg saya teka tu...suruh isteri amalkan zikir Ya Mubdi' dan ya Raqib. Zikir ni insyaAllah menjaga kandungan n mengelakkan keguguran terutama di 3 bln pertama.

Anonymous said...

sayut, syikin, pegawai khalwat, ron 97, semut, zino, ontahsapo, hamka, kopi suam, blackpurple, moon@, Ahkak Garang, Alex Lacey, MAMARISYIA, bunga rampai, bukhariramli,

saya masih dalam keseronokan! dan melompat2 kegembiraan! dan terima kasih pada anda semua. mmuuaahh! yerk!

Pegawai Khalwat said...

Sharp shooter kata orang kampung aku.

Hang ada training kat mana-mana ka?

Pnut said...

heheh sharp shooter?? begitulah saya dulu masa baru berkahwin, kebetulan masa bersanding tu tengah keuzuran :) jadi selepas itu 'Najmi' menjadi...tak sempat honeymoon pun...

Syukur pada Allah....moga selamat semuanya..

Anonymous said...

Pegawai khalwat
haha! saya tak pernah training apa2 melainkan pergi kursus kahwin. tu ja.. tapi hati saya amat risau juga.. suspen beb..

pnut
situasi yang sama berlaku pada orang rumah. uzur masa bersanding.

pss.. saya bercerita tentang takutlah! apa cerita anda yang menakutkan?? hahahaha!

aishah said...

adoi.. terkejut ct...ingatkan apa tadi semalam tak perasan entry nisebab duk sebok buka blog hikayat naga...ni baru buka terkejut tengok gambor hantu tu..er..chik memnag penakot...sebab dah pernah alami ...pernah nampak..mujur tak seteruk mana ..but....takut lagi ngan tuhan la...

alhamdulillah tak alami dah semua2 tu sejak berpindah rumah baru...kalau dulu selalu kene hempap..tindih..baca ayat qursi benda siap ikut kita baca ,,sampai bereterabur chik baca...masa tido kaki chik pernah di angkat seperti mahu dicampakkan ke bawah..er.. seram.. siang2 masa kat rumah sewa aritu chik lihat kelibat perempuan ..terasa diikut sampai bilik...er serammmmmm....

alhamdulillah dah tak alami semua tu...

JBM8141 said...

Fear leads to Anger. Anger leads to Hate. Hate leads to suffering-
tu pakcik Ubi Wan Kentang (adik obi wan kenobi) cakap.

No Fear.Tahniah.Kuasa Allah.Segala puji bagi Allah yang menjadikan sesuatu dari tiada kepada ada. Jaga wife baik2 aaa.

Sayuti said...

amboi, sharp shooter.

aNIe said...

Mesti ade berita gembira ni...akak rasakan...mesti gitartong dpt berita dari isteri yang dia dah boleh sembahyang sampai 9 bulan nanti...moga tekaan akak betul...

Sir Mute Key Chicks said...

haha.kau masih gembira ya wahai cikgu gitar?haha.bersiap sedialah kau untuk membeli pampers..baju..seluar@kain..kereta tolak..spek mata bintang..tak lupa laptop..

Eh,apa aku ngarut nh..huh?dah nak masuk pukul dua rupanya..haha..sori tuan rumah

Romantis Selatan said...

saya sungguh sunyi... tidak pasti jika hantu juga merasa sunyi seperti saya...

jangan terkejut... hari ini saya sudah mula menulis (mungkin ini kali terakhir sebelum betul-betul sibuk)...

sebab tugas-tugas tertentu telah diselesaikan...

Petiais said...

aku tak takut kan hantu tapi aku takut nak tgk muke dia..tu je tak lebih..hahaha

kunci hilang said...

Wah, tahniah.

p/s. Tapi saya rasa perkataan takut kurang sesuai. Yang sesuai mungkin risau.
(Saya pernah mendengar guru berkata, kita tidak boleh takut selain kepada Pencipta kita).

Anonymous said...

waahhh..nak dapat baby..siokknyerrr..

Anonymous said...

anda memang pandai bermain teka-teki.. terer-terer!

Anonymous said...

Excellent, love it! Dream angel fragrance sachet tatoo removal Bextra fda savaria wheelchair lift Surveillance webcam Health insurance plans for businesses Sweet gay studs