Wednesday, May 10, 2006

Kuatkan speaker anda!!



saya teruja apabila tok rimau telah melancarkan single sulungnya. maka, saya turut sama melancarkan single saya yang bertajuk 'FARAQSTIKA'



FARAQSTIKA



TIGA SERANGKAI BERGABUNG JADI SATU
KERAMBIT TUNGGAL SENJATA DIRI

KITA MASIH LAGI MANUSIA
BUKAN BONEKA BERNYAWA
DI AGUNG DIPUJA
KAU RAGUT SEGALANYA

HABIS AKAR BUDI
KAU CABUT SEKALI
TAPI SEJARAH SILAM
TAK AKAN HANYUT
BERSAMA MIMPIKU

KELAINAN YANG KU UKIR
GELORA DISEBALIK TAKDIR
DALAM SEMARAK
KU JUNJUNG ADAT
DALAM BERSORAK
KUGENGGAM SEMANGAT

LAUTAN YANG LUAS
LINTASAN SUASANA
PAHIT DAN GETIR
ASAM GARAM PERJUANGAN

PEPATUNG ITU MELAYANG KE JENDELA
LANTAS KU TERFIKIR APAKAH HIKMAHNYA
MUNGKIN TAK SANGGUP MENAHAN SENGSARA
MEMBUATKAN DIRIKU MENANGIS
KERANA DULU KU PERNAH SENGSARA

LIRIK: JAFNY
LAGU: NIZAM RUSLI & JAFNY

HAKCIPTA TERPELIHARA. DENGAR SAJA. BUKAN UNTUK DIJUAL!

34 comments:

Anonymous said...

amacam? boleh buat album tak? ada yang nak taja? hahaha!

ibuVouge said...

wordingnya bagus..penuh maksud

kata juri(Malaysian Idol)you have the thing that we want

kata IV..bravo la GT..

Kaklong Syikin said...

waduh..tak tau GT ni pandai mencipta melodi..

Anonymous said...

sejak bila lak ko jadi artis nih?

abdullahjones said...

m nasir berjaga-jaga!

abdullahjones said...

sekali lagi. dua kali sengsara di rangkap akhir menjadikan lagu ini terlalu klise.

blackpurple @ jowopinter said...

Kalau macam ni sifu tak boleh cari makan la nampaknya....

Calon AIM 2006 nih...hehehe

Anonymous said...

IV
terima kasih. saya sedang menghimpunkannya. jual online.. ada yang berminat karya saya?

syikin
boleh la sikit2. cuba2 nasib..

orochimaru-sama
ni baru nak belajar jadilah ni!

abdullah jones
pelbagai cara saya cuba untuk penutup lagu itu, fade ending pun dah buat. tapi macam tak sesuai juga. tolong bagi idea supaya tak nampak klise.

blackpurple
ish.. belum sampai situ lagi.. bagi kawan2 je dengar..

WRA said...

seperti biasa...akak memang tak reti bahasa puitis...tak paham ooooo....

tuan tanah said...

faraqstika.
maksudnya apa?

Sir Mute Key Chicks said...

bagus.bagu.kau sudah mula berkarya seperti itu.nanti aku sumbangkan lirik,kau.cipta lagu nya ya cikgu

Pegawai Khalwat said...

Gitar,
bagi kat aku buat demo. Bole aku masuk dalam show teater aku 'Neraka Petualang' 16 & 17 Jun 2006 ni.

Aku ada singer yang boleh nyanyi live, so perlukan minus one jugak.

Tu pun kalau hang sudila.

Syabas bang. Tak sia-sia nama hang gitar.

Mungkin juga aku boleh usahakan band version sebab aku ada kontek band.

Psss... band amatur ja, bukan sessionist pro.

Anonymous said...

Alex LAcey
saya pun masih men'studi' lirik itu. cuma faham dalam konteks sendiri. hahaha!

Tuan Tanah
mungkin saya perlu tulis satu entry khas untuk menerangkan maksud FARAQSTIKA

semut
anda suka eh? saya ada banyak lagi! kalau ada lirik, anda boleh meng'email' saya. boleh la saya cuba2.

Pegawai khalwat
saya akan minta izin dengan penulis liriknya dulu. kalau hang rasa sesuai ngan show hang. boleh tak ada masalah!

ontahsapo said...

picing' lari sket! pastu falseto tu kena jaga sikit sebab mcm bunyi org ngantuk jer...lain lain cuma menari tu kena belajar lagi la....errmmmm..baju tu tukar la lain kali, pakai yg senonoh sket....ok thanks...

layan gak lagu ni...

Peragawati said...

mmmm...akak baru jumpa blog nih..akak suker...

Literature Sushi said...

best aa lagu nih.. bole download tak?

BooK said...

oit. cikgu gitar. nak download leh tak?

Sir Mute Key Chicks said...

weh.takkan bagi pree kot.haha.royalti?hehe..20% dah ler

zino said...

kalau macam ni lepas ni mawi kena balik kampong le.. hehe.. tapi macam ada pengaruh M. nasir..

Anonymous said...

ontahsapo
saya pandai mengaji dan nyanyi lagu nasyid jugak! hahaha!

peragawati
terima kasih. datang lagi.

raiedzall
nanti anda boleh dapatkannya setelah di'cd'kan. kena belilah! terima kasih atas 'support'

book
kalau teringin nak dengar, masuk lagi blog ini. hahaha! memperkayakan hits! hahaha!

semut
tau pun!

zino
macam ada.. orang kata macam dream theater pun ada. orang kata..

kunci hilang said...

Uh.., saya tak dapat dengar lagu ni. :(
Kamu pakai gitartong atau gitarkaran?

zizie ali said...

suara kau ada nilai komersil.
nama 'nizam rusli' pun kedengaran komersil. kekalkan.
jadilah seorang nizam rusli.
p/s..sedang tunggu single dari abdullah jones. haha haha

Anonymous said...

kunci hilang
rugi! tak pakai gitar karan dan tak pakai gitar tong. pakai orkestra!

zizie ali
saya jadi sayalah ni! dollah jones pulak??!! anda??

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Bunga Rampai said...

Salam. Wow!!
Saya terpegun seketika sebenarnya. Tak sangka. Lontaran suara yang bertenaga.Irama menarik. Lirik indah, tapi setuju dgn pak dollahjones tentang rangkap akhir tu, perlu diolah semula.

Wow!!

Sir Mute Key Chicks said...

cikgu,
blog saya kena serang juga.macam selebriti naga.haha.bias kot..haha

Anonymous said...

kenapa aku takleh dengar lagu?

Anonymous said...

bunga rampai
haha! hidung saya kembang seketika kerana dipuji oleh bunga rampai!

karang terus karang!

semut
hang kena tulah! hahaha! jangan berjangkit di sini sudah! ampunkan saya.. (minta maaf dulu)

ron97
hang tak idupkan speaker memang la! sapa tak dengaq rugi!

Pnut said...

pheewwiiitttt

kagum seh!!!
cayalah....suke korus...suke korus...

Kaklong Syikin said...

selamat hari ibu utk suri GT.

Anonymous said...

pnut
suka korus je? hahaha!

syikin
orang rumah, bakal ibu. boleh celebrate juga kah?

selamat hari ibu juga untk anda dan semua!

Sir Mute Key Chicks said...

cikgu,
saya bukan seorang ibu.haha

Anonymous said...

aku bayangkan hanya gunakan gitar tong tapi...


esis

Anonymous said...

What a great site
» » »