Thursday, May 18, 2006

Jalan Johor-Pontian

Kawasan Tambak Pontian yang baru setahun lebih rasanya. Perempuan yang bercekak pinggang itu bukan penulis (pelakon tambahan)

Jarak diantara Taman Sri Pulai, Johor Bahru ke Telok Kerang, Pontian hampir melebihi 25 kilometer. Jika mengikut jarak masa, perjalanannya mengambil kira-kira 45 minit hingga ke sejam. Sepanjang jalan hanya ada:

1. satu ‘flyover’
2. tiada jalan-jalan yang berselirat dan
3. tiada lebuhraya.


Jalannya hanya jalan dua hala, pergi dan balik. Tidak memeningkan. Terus sahaja.

Semenjak memiliki isteri, hampir setiap hari saya akan menggunakan jalan ini untuk berulang-alik dari tempat bertugas ke rumah ibunda, ayahanda mertua. Tempat bertugas yang berlainan dan berjauhan membataskan kami untuk serumah lagi. Pastinya hal ini amat menderitakan.

Perkara yang menambah penderitaan ini lagi ialah perjalanan yang panjang dan memenatkan diantara Taman Sri Pulai ke Telok Kerang. Dengan keadaan jalan dua hala, ada tempat-tempat yang:

1. jalannya rosak
2. kenderaan yang berderet panjang
3. lori-lori besar
4. polis perangkap kelajuan dan
5. sekatan jalanraya

Hal ini ditambah lagi dengan:

1. kenaikan harga minyak
2. kos penyelenggaraan motosikal dan
3. membahayakan


Setiap kali dan hampir setiap hari, isteri selalu berpesan agar berhati-hati ketika menunggang itu. Ini kerana saya terpaksa menyabung nyawa setiap kali melalui jalan Johor-Pontian itu. Sudah beberapa kali saya melihat ada sahaja berlakunya kemalangan. Barangkali Tok Rimau lebih maklum akan hal ini.

Ada, pada satu pagi, selepas simpang Ulu Choh, jalan menjadi sesak. Panjang. Dari jauh saya melihat seketul bangkai yang panjang di atas jalanraya, tidak pasti bangkai binatang apa. Sehinggalah semakin dekat barulah saya dapat lihat dengan jelas iaitu sebelah kaki manusia. Rupa-rupanya ada orang mati dilanggar dan mayatnya bertaburan di atas jalanraya. Paling tidak dilupakan, ialah BAUNYA!

Namun oleh kerana mempunyai:

1. semangat juang yang tinggi dan
2. tidak mudah berputus asa,


maka, saya bersanggupan juga berulang-alik. Sedaya upaya saya berhati-hati dan cermat kerana saya memang takut menunggang motosikal adanya. Ada ketika, boleh laju aksi rempit, saya merempit. Jika tidak boleh, saya beratur sahaja belakang kenderaan yang berderet lagak keretapi itu.


Cikgu-cikgu SKTSP pernah bertanya,

“Kau sekarang berulang alik dari Pontian ke?”

“Tak juga kak, kadang-kadang je, ikut cuaca.”

“Hah! Ikut cuaca? kenapa? kalau hujan tak balik eh?”

“Ada pulak! Hari hujanlah kena balik, best.. sejuk..!”


Itulah yang meransang dan sumber kekuatan saya. Mengecas.

32 comments:

Pegawai Khalwat said...

Cikgu....

Suami yang hebat tidak perlu tunggu hujan untuk mengecas. Bila-bila pun boleh.

Pss.... hebat dari segi nafkah itu maksud aku. Kalau perangai tak hebat, bukan urusan aku.

Anonymous said...

PK
awal sungguh hang! saya tahu. benda halal. hahaha!

Kaklong Syikin said...

siannya, tp itulah pengorbanannya.

amalkan ayat qursi setiap kali menunggang tu, insyaAllah, Allah n malaikat melindungi perjalanan tu.

Anonymous said...

siot, punya panjang ceritanya
hampeh!

Lan Rambai said...

Ko naik moto sorang2 tak best.. aku naik berdua hampir 90 km sehari. Maknanya paling kurang sejam pagi sejam petang aku kena pelukkkk

ontahsapo said...

sesekali kena servis jugak!! walau jauh pun mesti kena pergi jugak kan...

Anonymous said...

syikin
"berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa.. itulah kasih mesera.. sejati dan muliaa.."

ron97
komplen pulak! hang baca pun yang hujung tu ja! tang mengecas tu! hahaha!

lan rambai
itulah yang membosankan. sorang2. adakala saya berangan. Ish! bahaya sungguh!

ontahsapo
servis? yang dimaksudkan motor? hahaha! kalau orangnya, memang perlu..

Tok Rimau said...

Jalan Skudai-Pontian selalu rosak kerana tanahnya jenis gambut. Mudah amblus. 50% atau lebih kos pembinaan rumah atau struktur dikawasan ini diperuntukkan untuk foundation asas.

BTW, kau interview bos atau bodek bos? Selamat hari guru.

hamka said...

masih belum terlewat kot..

selamat hari guru dan selamat mengecas!!

blackpurple @ jowopinter said...

Dalam gambnar nampak cantik Tambak Pontian tu ekk..

Cas..jangan tak cas...hehehe

Ayu Mohamad said...

GT, hati2 di jln raya wei..jauh ek nak naik motor..tak sakit pinggang ker?

Anonymous said...

ooi..
aku baca dari mulalah yang aku tak puas hati ni
kalau baca tang akhir
aku tak kisah

Literature Sushi said...

Naik le kereta...

Pandang Dengar Diam said...

AWAS dengan pembahagi jalan!

Ajzie said...

Lama tak gie Pontian. Org kata kat Kukup makanan laut sedap. Tapi saya lum pernah cuba lagi.

Salam
Ajzie

Anonymous said...

tok rimau
tok bercakap selaku seorang kontraktor!

bodek dan menjulang bos! bos kita bos!

hamka
yep! selamat!

blackpuprle
saya jumpa dalam yahoo. tak jumpa pula angle lain!

ayu
mahu taknya! kalau sakit ada orang picit, tak pe.. haha!

ron97
saya akan berusaha untuk menulis kontot2 dan puas selepas ini.

raiedzall
kereta, lagi tinggi kos. saya ada lima biji kereta dan tiga biji motor. lagi selesa naik RXZ saya berbanding yang 1700cc tu.

cuaca
mana? mana? mana?

moon
nasihat yang baik untuk penagih. bukan untuk saya! haha!

ajzie
ye agaknya. ikan bakar eh?

kunci hilang said...

di antara skudai dan pontian ada pekan nenas. Banyak nenas di situ. Kata cikgu alam dan manusia, pokok nenas subur di tanah gambut. Munasabah juga kenyataan tok rimau tu.

WRA said...

kenapa tanak cari rumah yg lebih dekat sikit? kat tengah2 ke....

Anonymous said...

hahaha

Anonymous said...

kwn aku pon baru meninggal eksiden aritu kat ulu choh. tepi tasik nuu. kete terbakar.
yg lg sorang meninggal eksiden masuk parit. di tmpt yg hampir sama.
hiii... seram gak lalu situ sesorang.

Kopi Suam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
NONIE AZIZ said...

muahahah...luahan sang suami yang yang terpaksa berjauhan ngan isteri...nasib ko lah GT!!!

Sir Mute Key Chicks said...

wei.aku tak paham la kenapa ada orang dengki kat aku plak.aku takder polak nak mengutuk mengumpat orang.aper neh haa?iskisksik.kang aku block plak sme anonimus komen.

Pnut said...

hahahahh panjang lebar huraian..rupanya nak cerita bab cas mengecas...ampeh...

Unknown said...

Kesiannya terpaksa berulang-alik. Teringat pulak masa baru2 kahwin dulu, saya pun tinggal jauh dari suami. Seorang di Batu Pahat, seorang di Melaka. Weekend jer jumpa. Tapi, selalunya bila berjauhan ni lagi kita tambah sayang....sebab tak nampak depan mata. Kalau kat depan mata2 hari2, tak perasan...heheeh

Anonymous said...

Tapi kenapa ada bab mengecas plak? Apa kaitan ni? haha.. Selamat mengecas.

Anonymous said...

kunci hilang
pekan nenas! di replika nenas tu ramai bangsa asing suka melepak. apa yang di mesyuaratkan tak tahulah!

Alex Lacey
dalam usahalah ni. lagipun kena tunggu tahun depan punya pertukaran. tahun ini sudah ditutup.

ron97
kekeke!

wickedwitch
jalan tu memang zon eksiden! sesiapa yang nak lalu berhati2lah. terutamanya waktu malam. ULU CHOH.

MR
sedey.. saya suami gersang..

semut
block je semut! begitulah nasib selebriti macam hang..

Pnut
saya bercerita tentang jalanlah! hahahaha!

yus
salam. batu pahat-melaka lagi jauh! saya lebih beruntung dapat berulang alik sekali-sekala..

orochimaru-sama
entah! tak pasal2 je orang2 ini. saya bercerita tentang jalan! hahaha!

arianna adrizal said...

salam.
kata orang tua-tua, sayang isteri tinggal-tinggalkan.. :D

selamat hari guru!

BooK said...

cikgu gitar:
sekali lagi. aku sebagai anak muda yang innocent. bertungkus lumus cuba memahami entri ini. namun gagal sama sekali.

JBM8141 said...

lepas dapat anak, kau akan berkejaran balik utk anak pulak. dan kau akan lebih berhati2.

JBM8141 said...

lupa... selamat hari guru.

Anonymous said...

arianna adrizal
salam. oh ye ke? selamat2..

book
biarlah anda kekal innocent

JBM8141
insyaallah. anda mampu mengubahnya! selamat atas mu jua..