Sunday, June 04, 2006

Nikmat..


Cuti sekolah itu adalah nikmat. Walaupun terganggu juga dengan menanda kertas-kertas peperiksaan yang melambak. Turut mengganggu nikmat cuti ini ialah, ingatan saya pada streamyx di rumah JB. Nikmat online dapat dikecapi hanya di kafe siber. Pastilah nikmatnya berbeza antara komputer sendiri dengan komputer di kafe siber.

Saya amat bersyukur masih lagi berpeluang untuk menikmati masakan istimewa dari ibu tercinta, bertemu adik beradik dan saudara-mara. Menikmati dan menghayati keindahan alam semulajadi yang indah dan mempersonakan di Sungai Gabai bersama-sama keluarga tercinta.

Cuti juga ditambah kenikmatannya dengan isteri yang menemani dengan setianya. Tidak perlulah dinyatakan kenikmatan yang bagaimanakah dikecapi. Pastinya tidak seenak membaca blook.

Menyanyi juga adalah nikmat, dengan menyanyi saya banyak menyimpan udara di dalam perut bagi memastikan nafas dapat digunakan sepanjang-panjangnya dan semaksimumnya ketika melontar vokal. Terutamanya pada pic melodi yang panjang dan tinggi. Walaupun tidak ketika menyanyi, udara dalam perut masih juga banyak.

Dan ada ketikanya, udara-udara ini terpaksa dilepaskan dengan cara meneran dan kemudiannya akan timbullah bau yang tidak menyenangkan. Terutamanya jika, tiada bunyi yang terhasil daripada proses meneran tadi.

Jika ketika bersama isteri, akan segera saya menekup mukanya.

Dia: Ceh! Abang ni! Banyak betul angin!

Saya: Hahaha! Membuang angin itukan.. nikmat..

Dan saya bersyukur atas nikmat-nikmat kurniaan Allah ini. Hargailah ia sebaik-baiknya. Sekian.

PS: Hahaha! Entah apa-apa post ini!

Saturday, May 27, 2006

Lagu baru!



MEMBENARKAN KEBODOHAN

SIAPA AGAKNYA YANG
MEMBENARKAN KEBODOHAN
TIDUR TERLENTANG
DALAM KEHIDUPAN

MENJERIT-JERIT
TENTANG KEMATIAN
PEKIK LOLONGNYA
KOSONG

SIAPA AGAKNYA YANG
MEMBERI IZIN
KEPADA KEBODOHAN
DATANG KERUMAH KAMI
SEMADIKAN DIRI DI JIWA KAMI

BICARANYA BOHONG
JANJINYA BOHONG
SEMANGATNYA BOHONG
JUANGNYA BOHONG

SIAPA AGAKNYA YANG
MELETAKKAN KEBODOHAN
DITEMPAT YANG AMAT TINGGI

TENTU SAJA SIAPA ITU
ADALAH KAMI YANG
BERJALAN BERKAKI AYAM
KERANA SEPATU KAMI
TERTINGGAL DI RUMAH BAPAK MENTERI


LIRIK: ABDULLAH JONES
LAGU: NIZAM RUSLI


Kenapa? mengapa? kita masih membiarkan kebodohan itu? sebuah lirik yang baik daripada Abdullah Jones.

pss.. kononnya nak simpan dulu lagu ni. tapi jones dah letak dalam blog dia, saya pun letaklah. Babai.. tata.. titi..tutu.. Selamat bercuti pada cikgu-cikgu sahaja!

Friday, May 26, 2006

Yey!!

Cuti datang lagi!!

Yey!
Yey!

(lompat-lompat)

Mak!
Tunggu saya pulang!

(guling-guling)

Bestnya!



PS: Maaf, entry ini ditulis dengan penuh emosi.. saya mungkin merajuk untuk jangka waktu yang lama. Saya akan berada di Kuala Lumpur dalam tempoh seminggu. Kalau saya rajin, akan menjengok kawan-kawan di Siber Kafe. Siapa yang saya nak jumpa di KL ye.. errmm..

Thursday, May 25, 2006

Gian

Dulu, saya ada tempat untuk melepaskan karya-karya saya. Rumah PENA dalam tahun 1997-2000. Selepas peristiwa besar September 1998, malam baca puisi Rumah PENA kurang meriah berbanding sebelum-sebelumnya. Saya masih juga dijemput untuk bersenandung jika terserempak Sutung Umar jika sesekali menjengah.

DBP Wilayah Selatan


Di Johor Bahru, saya ada tapak baru. Semenjak 2002, DBP Wilayah Selatan sering mengundang untuk saya melepaskan 'gian' saya. Beribu juga rasanya, DBPWS melabur pada saya (dan kawan-kawan). Semenjak Dato' Dr. Firdaus bin Hj. Abdullah memegang Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2005, sudah jarang grup-grup pemuisi seperti kami diundang untuk bersenandung lagi. Saya tidak mahu terus serkap jarang, mungkin belum ada peluang lagi.

Dimanakah lagi tempat untuk aku melepaskan ketagihanku???

Semenjak berkeluarga, memekak di tepi-tepi jalan terpaksa saya pinggirkan (kurangkan dan belum berniat berhenti). Atas rasa hormat pada keluarga baru saya. Batin sedikit terseksa juga kerana menahannya. Hari guru baru-baru ini, seolah-olah seperti seorang suami gersang yang meninggalkan isteri bertahun-tahun lagaknya. Sebuah konsert mini unplugged oleh guru-guru, benar-benar membuatkan saya puas.

Dan, bersyukur juga kerana saya mempunyai blog sendiri. Semenjak sudah pandai mengupload lagu, disinilah pula tempat saya melalak. Diharapkan anda tidak muak dengan saya. Ini tanah saya!

pss.. terima kasih kepada www.isnaini.com atas template yang menarik ini dan En. Pegawai Khalwat yang mempromosikannya.

Monday, May 22, 2006

Tragedi Satu Pagi



PADA SATU PAGI
BANGUN TIDUR TERUS AKU MANDI
SEJUK-SEJUK BEGINI
MATA MENGANTUK LAGI
DAH NASIB SEKOLAH PAGI

LEPAS AKU BERSIAP
SARAPAN EMAK PUN DAH LENGKAP
CEPAT-CEPAT AKU HIRUP
MANA YANG SEMPAT AKU SUAP

PAGI MASIH GELAP LAGI
LAJU-LAJU KU HAYUN LANGKAH KAKI
KAWAN-KAWAN AKU PUN TAK SAMPAI LAGI
AKU SORANG-SORANG DAH TERPACAK DISINI

RASANYA DAH LAMA AKU TUNGGU DISINI
MANA PULA BAS SEKOLAH
AKU TAK SAMPAI-SAMPAI LAGI
BARANGKALI BAS AKU ROSAK LAGI
KAKI DAH LENGUH BERDIRI DI SINI

LALU SEORANG TUA
BERBASIKAL TUA
LANTAS AKU PUN TERUS BERTANYA

“Pakcik-pakcik, jam sekarang pukul berapa?”

“Hah! Baru pukul lima pagi?”

BARU PUKUL LIMA PAGI

ALA.. EMAK JAM EMAK DAH SALAH KUNCI
AKU PUN BALIK SAMBUNG TIDUR LAGI

TRAGEDI SATU PAGI
TRAGEDI SATU PAGI
TRAGEDI SATU PAGI


Hahaha! Pernah terjadi pada anda? Kalau pernah, TAHNIAH!



PS: kepada Ron97 saya belum ada video klipnya, hang buatkanlah! Tapi tak nak New Kids Out The Block punya!

Thursday, May 18, 2006

Jalan Johor-Pontian

Kawasan Tambak Pontian yang baru setahun lebih rasanya. Perempuan yang bercekak pinggang itu bukan penulis (pelakon tambahan)

Jarak diantara Taman Sri Pulai, Johor Bahru ke Telok Kerang, Pontian hampir melebihi 25 kilometer. Jika mengikut jarak masa, perjalanannya mengambil kira-kira 45 minit hingga ke sejam. Sepanjang jalan hanya ada:

1. satu ‘flyover’
2. tiada jalan-jalan yang berselirat dan
3. tiada lebuhraya.


Jalannya hanya jalan dua hala, pergi dan balik. Tidak memeningkan. Terus sahaja.

Semenjak memiliki isteri, hampir setiap hari saya akan menggunakan jalan ini untuk berulang-alik dari tempat bertugas ke rumah ibunda, ayahanda mertua. Tempat bertugas yang berlainan dan berjauhan membataskan kami untuk serumah lagi. Pastinya hal ini amat menderitakan.

Perkara yang menambah penderitaan ini lagi ialah perjalanan yang panjang dan memenatkan diantara Taman Sri Pulai ke Telok Kerang. Dengan keadaan jalan dua hala, ada tempat-tempat yang:

1. jalannya rosak
2. kenderaan yang berderet panjang
3. lori-lori besar
4. polis perangkap kelajuan dan
5. sekatan jalanraya

Hal ini ditambah lagi dengan:

1. kenaikan harga minyak
2. kos penyelenggaraan motosikal dan
3. membahayakan


Setiap kali dan hampir setiap hari, isteri selalu berpesan agar berhati-hati ketika menunggang itu. Ini kerana saya terpaksa menyabung nyawa setiap kali melalui jalan Johor-Pontian itu. Sudah beberapa kali saya melihat ada sahaja berlakunya kemalangan. Barangkali Tok Rimau lebih maklum akan hal ini.

Ada, pada satu pagi, selepas simpang Ulu Choh, jalan menjadi sesak. Panjang. Dari jauh saya melihat seketul bangkai yang panjang di atas jalanraya, tidak pasti bangkai binatang apa. Sehinggalah semakin dekat barulah saya dapat lihat dengan jelas iaitu sebelah kaki manusia. Rupa-rupanya ada orang mati dilanggar dan mayatnya bertaburan di atas jalanraya. Paling tidak dilupakan, ialah BAUNYA!

Namun oleh kerana mempunyai:

1. semangat juang yang tinggi dan
2. tidak mudah berputus asa,


maka, saya bersanggupan juga berulang-alik. Sedaya upaya saya berhati-hati dan cermat kerana saya memang takut menunggang motosikal adanya. Ada ketika, boleh laju aksi rempit, saya merempit. Jika tidak boleh, saya beratur sahaja belakang kenderaan yang berderet lagak keretapi itu.


Cikgu-cikgu SKTSP pernah bertanya,

“Kau sekarang berulang alik dari Pontian ke?”

“Tak juga kak, kadang-kadang je, ikut cuaca.”

“Hah! Ikut cuaca? kenapa? kalau hujan tak balik eh?”

“Ada pulak! Hari hujanlah kena balik, best.. sejuk..!”


Itulah yang meransang dan sumber kekuatan saya. Mengecas.