
Setelah berhempas pulas (didesak dengan keras oleh
book. Haha!) akhirnya dapat juga saya menyiapkan
MODUL PEMBELAJARAN CAKEWALK SONAR 3 PRODUCER EDITION. Modul ini di khususkan kepada mereka yang berminat dalam menggubah lagu. Fokusnya adalah kepada muzik MIDI. Satu-satunya modul pembelajaran yang menggunakan hampir 100% bahasa melayu (maaf, ada beberapa istilah yang tidak dapat saya melayukan)
Modul ini telah di pertingkatkan daripada versi asalnya iaitu, Sonar 2 oleh En. Isa Bin Amri yang juga merupakan tuan guru saya. Ada beberapa penambahbaikan, dengan kaedah-kaedah yang jelas dan mudah. Bagaimanapun, modul ini tidaklah berfokus kepada mempelajari penggunaan perisian sonar 3 ini, tetapi lebih kepada aplikasi menggubah lagu. Selagi anda rajin meng'explore' lebih banyak pengetahuan yang dimiliki.
Apakah sasaran saya?Saya mensasarkan modul pembelajaran ini kepada sesiapa sahaja yang mempunyai latar belakang muzik dalam menggubah serta menghasilkan muzik menggunakan teknologi. Juga kepada guru-guru muzik yang berminat dengan aplikasi ini. Asalkan anda sanggup mentelaahnya, nescaya anda akan gembira jika dapat menguasai aplikasi ini.
Apakah teknologi yang diperlukan?
Anda ada komputer? (beserta soundcard? Takkan komputer anda bisu? Haha!) Anda ada MIDI cable? (di plaza low yat-harganya cuma RM 15) dan anda ada kibod? (mesti ada MIDI port) sudah membuatkan anda bangga kerana mempunyai studio sendiri. Tidak perlu membazir wang untuk ke studio rakaman dan berbelanja besar untuk menggubah. Cukup sekadar di depan komputer (dengar hasil-hasil rakaman saya).
Perincian modul SONAR 3 PRODUCER EDITION ini.
*Mukadimah
1. Pendahuluan
2. Rasional
3. Objektif
4. Perkakasan
Modul 1: Pemasangan Kabel MIDI Y dan perisian Cakewalk Sonar 3 Producer Edition1.1 Pemasangan Kabel MIDI
1.2 ‘Set up’ Sonar 3
1.3 Memulakan projek
Modul 2: Gubahan Muzik MIDI (minus one)2.1 Prosedur
2.2 Rakaman Drums
2.3 Rakaman Intro
2.4 Rakaman Penutup
2.5 Rakaman Piano
2.6 Rakaman Bass
2.7 Penambahan Variasi Lagu
Modul 3: Mengadun bunyi (mastering)
3.1 Mengadun bunyi
3.2 Menyimpan fail MIDI
3.3 Menukar format WAVE (perisian soundforge)
Bukan 1 atau 2 tetapi 3 modul. Kuatkan semangat untuk mentelaah. Asah bakat menggubah anda. Mana tahu, nama anda kelak setaraf Beethoven atau Mozart. Asalkan anda mahu, pasti akan berjaya.
FAQ: Bagaimanakah saya hendak mendapatkannya?
Email saya di
nizam_rusli[at]yahoo[dot]com. Fail modul ini terdapat dalam format Microsoft Word. Saya akan letak sebagai attachment dalam email anda. Jika anda mahu dalam kertas pun, saya boleh wujudkan. Sebagai tanda menghargai hasil penat lelah, bersengkang mata dan sifat profesionalisme dalam menulis modul ini, saya letakkan harga promosi iaitu RM 20.00 bagi modul yang menggunakan kertas dan RM 15.00 bagi pembeli yang menggunakan email.
FAQ: Bagaimana pula saya hendak membayar?
Terus ke akaun maybank saya iaitu 151306667720. Gunakan email atau khidmat pesanan ringkas ke talian 0197885624 (untuk mengurat, tidak akan dilayan) mengkhabarkan yang anda telah memasukkan sejumlah wang ke akaun itu. Berurusanlah secara profesional. Semoga apa yang kita inginkan tercapai dan kita mendapat keberkatan dariNya. Insyaallah.
Ps.. hadiah untuk book, modul percuma untuk beliau. Selamat bernasyid untuk beliau.