Tuesday, December 26, 2006

Apakah tanggungjawab kita?


Sudah hampir seminggu Kak Kaduk sekeluarga menumpang di rumah abang kandungnya. Hampir seminggu juga rumahnya tenggelam dek air berlumpur. Dalam dua hari lepas, hujan reda. Kak Kaduk sekeluarga ambil keputusan pulang untuk membersihkan rumah.

Plaza Skudai Parade yang terhenti operasinya selama beberapa hari akibat banjir telah memulakan operasinya semula. Terhenti bukan kerana air yang telah masuk ke Skudai Parade, tetapi bekalan elektrik terganggu. Oleh itu, Kak Kaduk yakin untuk pulang membersihkan rumah.

Ditambah pula berita di kaca televisyen dan akhbar. BANJIR DI JOHOR REDA. Matahari yang gemilang mempamerkan senyumnya. Lopak air yang menakung mula tersejat dek cahaya matahari yang bersinar. Kak Kaduk tambah yakin untuk pulang membersihkan rumah.

Seharian mereka berhempas pulas. Barangan yang jahanam tak terkira. Kak Kaduk sedih. Puas sudah menangis. Tapi semangat Kak Kaduk kuat. Hidup harus diteruskan. Jangan berpatah arang berkerat rotan. Tekad Kak Kaduk.

Belum pun sesiap mana, seawal subuh pagi 26 Disember 2006, hujan turun lagi. Seharian. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang gerimis. Tak henti-henti. Kak Kaduk susah hati. Kudratnya semakin lemah. Kepenatan.

Mula-mula lopak-lopak kecil bertakung, semakin lama semakin besar. Sungai mula melimpah. Air keruh mula melimpah di pintu hadapan rumah. Rumah Kak Kaduk tenggelam lagi.

Lagi tentang bah teruk

7 comments:

Anonymous said...

Disaat entri di taip dan di 'publish', diluar tingkap bilik saya, hujan masih turun.. mujur saya di tempat tinggi..

Anonymous said...

kesian ek? sedara mara kau di kluang pun ramai yang berpindah. pakcik aku kene stroke semasa di dewan. makcik aku pula kene ragut.

blackpurple @ jowopinter said...

Simpati pada mangsa-mangsa banjir. Alhamdulillah kampung aku di tanah tinggi.

Ada hikmahnya semua itu....

Anonymous said...

Turut simpati.

Anonymous said...

salam,

teringat pula masa kecil, kami sekeluarga selalu gak harungi banjir ni. belakang rumah ada sungai besar. syukur rmh yg kami sewa 2 tkt. time banjir, kami berpindah ke tingkat atas dan air di tingkat bawah memenuhi paras pinggang atau dada org tua. tp arwah ayah tak pernah jadikan alasan utk anak2 ponteng sekolah, sanggup dia dukung anak2 untuk harungi banjir dlm rmh hingga ke tpt tinggi utk pastikan anak2 tak ponteng skolah.alhamdulillah.

mmg banyak kerugian kalau banjir ni. yg kurang brnasib baik, kena mula drp zero.

Anonymous said...

"ujian adalah tarbiah dari Allah, apakah kita kan sabar, ataupun sebaliknya?" lirik nasyid.

Anonymous said...

kingbinjai
ramai yang ambil kesempatan.cth: jual barang pada harga yg tinggi.

blackpurple
mujur. tempat aku juga.

yus
ujian Allah.

Syikin.
Tabik ayah awak!

sayuti
kumpulan nasyid mana tu? haha!