Saya syak, Tok Rimau akan berhari raya di rumah baru berdasarkan kepada entri yang terbaru ditulisnya. Saya cuma syak sahaja, oleh kerana sebab itulah agaknya beliau mempelawa saya dan isteri untuk berkunjung ke rumahnya pada hari raya nanti.
Hari raya ini mungkin menjadi hari raya yang amat bermakna bagi beliau kerana persekitarannya mungkin amat berbeza berbanding hari raya sebelumnya. Menjadi fitrah manusia, perkara ‘baru’ itu adalah menggembirakan dan akan menjadi kenangan pada diri kita.
Rumah ‘baru’ mertua di Telok Kerang, Pontian, siap sepenuhnya lanjutan dari majlis perkahwinan kami pada April lalu. Rumah ‘baru’ ini perlu pengisian. Pengisian batin dan zahirnya. Agar isinya nanti tidak kosong dan tidak memberi makna apa-apa, maka, apa yang terlarat, kami mengambil inisiatif untuk mendekorasi.
Kadangkala terfikir jua, mengapa hari raya perlu diisi dengan benda baru? Setiap kali hari raya, kita berhabisan ratusan malah ribuan ringgit untuk berbelanja. Dinding tidak sekotor mana, tetapi kita membeli cat baru. Langsir tidak seburuk mana, kita tempah langsir baru. Perabot tidak sehodoh mana, kita ganti perabot baru. Hinggakan konsep hari raya ini telah di ‘set’ ke dalam kotak fikir bahawasanya, hari raya itu, mesti ‘baru’.
Saya ‘baru’ kali pertama berhari raya dengan isteri ‘baru’ (baru?). Seperti tok rimau, saya juga ghairah. Tahun ini juga pertama kali saya berhari raya di rumah ‘baru’ mertua yang dindingnya bercat ‘baru’, perabotnya ‘baru’, langsirnya ‘baru’ dan beberapa perhiasan dinding yang ‘baru’. Ini adalah pengalaman ‘baru’ saya yang mungkin menjadi kenangan ‘baru’ juga.
Istilah ‘baru’ di sini sebenarnya adalah tuntutan. Kami bukan sewenang-wenang untuk membuat pembaziran kerana untuk menyambut hari raya semata-mata, tetapi keadaan zahir rumah ‘baru’ mertua saya yang memerlukan tuntutan ‘baru’. Berbanding keadaan sebelumnya, sudahlah perabot lama memang tak banyak, ada pula yang rosak. Maklumlah rumah kampung. Mana yang termampu, kami ganti, baiki dan beli.
Ya. Setiap hari yang kita lalui adalah hari ‘baru’. Oleh itu terserah kepada kita untuk bijak menjadikan hari ‘baru’ itu lebih bermakna, bermanfaat, menjadi kenangan dan sejarahnya sendiri. Hari raya ini mungkin tidak seperti hari raya-hari raya sebelumnya kerana; hari raya ini ialah hari raya yang ‘baru’!
Sempena hari raya yang ‘baru’ ini. Saya ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung blog ini. Terima kasih kerana mengunjung sesuailah dengan konsep raya. Maaf, tiada kuih raya. Haha!
Jemputlah datang ke 8A, Kg Timur Laut, Telok Kerang, 82020, Pontian, Johor DT untuk melihat sofa ‘baru’ saya. Haha!
*Kepada Fatin, pembantu prasekolah orang rumah saya yang rajin jengok blog ini, jemputlah datang rumah ye.
18 comments:
aku balik kluang raya ni
aku balik bandar. apalah korang ni! tak main la balik kampung! haha!
pertama kali selepas 16 tahun saya boleh bagi tau semua orang yang saya nak balik kampung.
Saya beraya di Muor dan Batu Pahat tahun ni... tahun sebelum2 ni pun, tahun lepas pun...tahun depan tak tau lagi... hehehe
Saya berhari raya dengan CD baru ...hehehe... Akan berkumandanglah nanti suara garau yang lemak merdu itu di corong2 rumah di kampung saya dan speaker kereta ungu saya....
kelopak sakura
anda patut berbangga. haha!
Blackpurple
jangan lupa suruh orang kampung kau beli ye. hik!
Selamat Hari Raya cikgu... dah tumpang dengar cd cikgu tu... boleh tahan suaranya yer...
jauh sangat rumah kau. cuba dekat sikit. senang aku datang!
Salam Cikgu,
Wow, pasti cikgu pun punya gaya baru yang hebat selepas lahir album Balada Minah :)
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
sastri
ala.. apa ni main tumpang2 pulak. haha!
book
haha! takpa aku tunggu kau balik
bunga rampai
haha! biasa saja. slmt hr ry pd anda jg..
dude, bape lama kau kat bandar? kalo lama sempat aku paskan narayuda by hand
Bro GT ... Selamat Hari Raya. Salah dan silap harap maafkan.
teluk kerang? aku tau ayer baloi saja!
selamat hari raya untuk kau encik artis~
Bro,
Salam dari saya dan selamat menyambut Syawal serta ampun maaf atas kesilapan dan kekasaran.
selamat hari raya buat sahabat...
MALAM INI JUGA DI KENALI DENGAN MALAM "LAILATUL JAIZAH" IAITU MALAM ANUGERAH DI MANA SEBANYAK 30 JUTA 'SENARAI' AHLI NERAKA DI BEBASKAN..BERUNTUNGLAH MERKA YANG TERUSKAN IBADAT MACAM BULAN RAMADAN GAK..ISH..ISH, INSYAALLAH..ISK..ISK..
SELAMAT HARI RAYA!!
Saya juga jemput semua pembaca Gitar Tong utk ke rumah saya.
GT,
Sabtu ni Bukunota datang. Program DBP. Bawak dia sekali ke rumah aku.
Kalau kat Pontian tu banyak pokok hijau. Bawalah kat aku sepohon dua dalam polybag. Nanti kita buat upacara tanam pokok depan rumah aku. Jangan kau bawa lalang dah la. Lalang aku dah ada.
sofa baru tu beli kat kot memot ker?
tak kira.. walaupun terlewat dah.. aku nak ucapkan selamat beraya bersama isteri baru ko!
Post a Comment