Thursday, June 22, 2006

Iklan

Adalah sesuatu yang amat mengejutkan apabila menerima via mail yang bertajuk 'TAHNIAH BLOG ANDA DARI DBPWS' daripada En. Rusdi Abdul Rahman seorang Perancang Bahasa dan Sastera dari DBPWS yang akhirnya menemui laman blog ini. haha! atas rasa ke'kamceng'annya saya dengan DBPWS, maka saya bantu juga menyiarkan iklan percuma ini.


SIARAN AKHBAR / MEDIA


Program Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 5/06:
Nazim Mohd. Subari (Genre Puisi)

Pengenalan

Program “Ceritera Bersama Karyawan Sastera” merupakan sebuah program berbentuk ‘santai sastera’ yang diilhamkan untuk diadakan oleh Unit Sastera DBP Wilayah Selatan pada setiap hari Sabtu minggu pertama bermula Mac hingga September 2006. Sebanyak 6 siri program ini akan diadakan pada tahun ini yang melibatkan genre puisi, cerpen, novel dan teater.

Untuk program siri kelima ini, DBP Wilayah Selatan akan mengundang Nazim Mohd. Subari yang merupakan seorang karyawan muda Johor yang giat dalam bidang penulisan puisi serta cerpen di peringkat negeri Johor dan kebangsaan. Karya puisi beliau sering mendapat tempat dalam media arus perdana termasuk penulisan karya cerpen. Beliau merupakan seorang guru sekolah yang mengajar jauh di pedalaman Endau, Mersing ini pernah meraih beberapa hadiah atau anugerah sastera antaranya termasuklah Hadiah Sastera Darul Takzim.

Matlamat

i. Meningkatkan apresiasi sastera melalui pengalaman karyawan sastera.
ii. Mengetengahkan dan mendedahkan hasil kerja dan karya penulis dan penggiat sastera kepada masyarakat.
iii. Melahirkan masyarakat yang dapat menyelami penyampaian mesej dan pemikiran yang tersirat dalam program sastera yang dibicarakan.
iv. Mewujudkan masyarakat yang bijak menilai, menghargai dan memanfaatkan pengalaman karyawan sastera.

Dalam program yang diadakan sejak siri pertama hingga keempat telah menampilkan karyawan muda sastera iaitu Azhar Salleh (Genre Puisi) - 4 Mac, W.B. Rendra (Genre Cerpen) - 2 April, Zaid Akhtar (Genre Novel) - 6 Mei dan Affix Zulkarnaen Adam (Genre Teater) - 3 Jun.

Program ini akan diadakan pada tarikh, masa dan di tempat berikut:

Tarikh : 1 Julai 2006 (Sabtu)
Pukul : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat : Balai Seminar DBP Wilayah Selatan,
Larkin Perdana, Johor Bahru.

Masyarakat awam dijemput menghadiri program tersebut di atas.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Rusdi Abd. Rahman (07-235 8802) / Mohd. Rizal Mohd. Ali (07-236 8282)

Sekian.

Rusdi Abd. Rahman,
DBP Wilayah Selatan.
15 Jun 2006.


SIARAN AKHBAR / MEDIA

PERTANDINGAN LAGU PUISI BERKUMPULAN NEGERI JOHOR KE-3
TAHUN 2006

Anjuran DBP Wilayah Selatan

Setelah dua tahun mengadakan Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan Negeri Johor pada tahun 2004 dan 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) terus bergerak menganjurkan pertandingan ini untuk negeri Johor pada tahun ini. Pada tahun 2004, pertandingan ini telah menobatkan kumpulan Temenggung Akustika sebagai johan, manakala kumpulan Sukmakustika johan pada tahun 2005.

Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan Negeri Johor Ke-3 ini terus mengekalkan hampir keseluruhan syarat penyertaan serta hadiah yang ditawarkan seperti tahun lalu. Senarai hadiah yang ditawarkan seperti maklumat berikut:

HADIAH PERINGKAT SARINGAN

a. Pertama - Wang tunai RM500.00 / Sijil Penyertaan
b. Kedua - Wang tunai RM400.00 / Sijil Penyertaan
c. Ketiga - Wang tunai RM300.00 / Sijil Penyertaan

HADIAH PERINGKAT AKHIR

Penciptaan dan Persembahan lagu puisi berkumpulan terbaik:

a. Pertama - Wang tunai RM5,000.00 / Sijil Penghargaan
b. Kedua - Wang tunai RM4,000.00 / Sijil Penghargaan
c. Ketiga - Wang tunai RM3,000.00 / Sijil Penghargaan
d. 5 hadiah sagu hati - Wang tunai RM1,500.00 / Sijil Penghargaan
Persembahan vokal berkumpulan terbaik : Wang tunai RM1,000.00

Syarat dan borang penyertaan boleh didapati di Kuanter Pengawal, DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana, Johor Bahru.

Tarikh tutup menghantar penyertaan sebelum atau pada 1 Ogos 2006.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan syarat dan borang penyertaan pertandingan, silalah hubungi:

i. Rusdi Abd. Rahman (no. tel.: 07-235 8802 / e-mel: rar[at]dbp[dot]gov[dot]my)
ii. Mohd. Rizal Mohd. Ali (no. tel.: 07-236 8282)

Sekian, terima kasih.

Rusdi Abd. Rahman,
DBP Wilayah Selatan.
15 Jun 2006.


Ps.. Maaf En. Rusdi. Di blog, melanggar tatabahasa itu perkara biasa. hahaha!
Seperkara lagi, Inu bermaksud I&U.. la..ku fikirkan nama orang!

11 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

He he he. Cikgu Gitar, Tak ada lagu baru ke?

ontahsapo said...

lain macam jer kamceng ni? ada apa2 ker...?

Anonymous said...

blackpurple
akan datang.. 'balada minah memulas mesin masa' special features by tok rimau! tunggu!

ontahsapo
hihi.. mereka selalu memperalatkan saya.. baik sungguh mereka..

Pegawai Khalwat said...

Aik, baru beberapa ari aku tak singgah, tak tukaq rupa.

Pss.... aku lak belajaq nak kamceng dengan DBPWU.

Aku kenal rapat dengan menantu pengarah dia. Hu hu

Bila-bila suruhla DBPWS buat program kat Utara, boleh hang mai sini free.

Sir Mute Key Chicks said...

Ke'artis'an mu semakin menyerlah bro.hehe

Unknown said...

aik? tukar template?

Anonymous said...

Pegawai Khalwat
Di DBPWS selalu anjur teater monolog. DBPWU? bermonolog sendiri? haha!

semut
ceh! saya akan tulis satu entry tentang betapa 'artis'nya saya.

Orochi
lebih ringan utk di 'load'.

BooK said...

cikgu gitar:
artis nya kau?
cepat lah tulis.
dan. cepat siap kan modul itu jugak.

Kaklong Syikin said...

eh..tukar layout dah? ketinggalannya saya..

baguslah cikgu ni aktif dlm aktiviti2 camni..

arianna adrizal said...

semuanya sy minat! malangnya jauh sangat..

P/s: bukan minat utk menyertai tapi minat utk menonton. :)

Anonymous said...

book
nanti aku tulis..

syikin
kadang2 bukan nama aktif, malah sudah boleh dikatakan tugas.

arianna adrizal
anda boleh mempelawa naga untuk membawa anda kesini. hahaha!