Friday, March 31, 2006

Gaaannntii.. lagi?

Ada beberapa perkara yang menyedarkan dan menginsafkan saya betapa berat dan pentingnya tugas yang sedang dipikul ini. Dalam tempoh dua minggu yang lepas, iaitu selepas cuti sekolah yang lalu, rutin kami berbeza amat sekali. Punca rutin ini berubah kerana setiap hari kami mendapat jadual ‘relief’ (ganti kelas) kerana beberapa sebab:

1. Ramainya guru yang keluar berkursus.
2. 2 orang guru yang bersalin
3. Hampir setiap hari pasti ada guru yang MC
4. Hampir setiap hari pasti ada guru yang mengambil cuti rehat.
5. Seorang guru agama yang sehingga hari ini belum diterima. (Khabarnya ustazah: kami gelar miss A kerana belum diketahui namanya)

Oleh kerana kekurangan guru, kami sudah tidak mempunyai banyak masa untuk meng'ular', baca:

1. menanda buku
2. menyediakan RPH
3. menyediakan ABM
4. Menyemak kertas peperiksaan
5. Mengisi markah peperiksaan di dalam kad ujian
4. menyediakan tempat tidur... (untuk murid sakitlah!)

Dalam satu sesi persekolahan, hanya ada lebih kurang sejam 30 minit (tidak termasuk waktu rehat murid) untuk menyiapkan banyak perkara:

1. Menyediakan kertas kerja (bagi program yang akan dilaksanakan)
2. Menyediakan kain rentang (jika ada program yang akan dijalankan)
3. Menyediakan dewan dan perhiasan (untuk program yang akan dibuat)
4. Mempromosikan produk baru jualan langsung. (ini:peribadi)

Khabarnya, semalam, guru-guru sesi pagi telah mengajar di dalam kelas sepanjang hari sesi persekolahan untuk mengajar semua matapelajaran di dalam jadual waktu kelas! Guru yang sama untuk mengajar:

1. Bahasa Melayu: Cikgu Zainal
2. Bahasa Inggeris: Cikgu Zainal
3. Matematik: Cikgu Zainal
4. Sains: Cikgu Zainal
5. Pendidikan Islam: Cikgu Zainal
6. Pendidikan Muzik: pun Cikgu Zainal

Tapi itu, hari semalam. Hari ini murid-murid lebih selamat barangkali kerana tidak menghadap wajah guru yang sama sepanjang hari! Walaupun begitu, sama juga keadaan di sesi petang, dalam satu sesi, sekurang-kurangnya ada tiga orang guru yang masuk ke kelas mereka. Jadi, tidaklah membosankan jika mendengar suara, bebelan, kaedah mengajar yang hentam keromo (maklumlah:bukan majornya) dari guru yang sama sepanjang waktu P&P.

Dan.. yang pastinya ada yang merungut, membebel, menyumpah seranah dan suara-suara sumbang menyanyikan lagu protes pada:

1. Guru-guru yang ramai keluar berkursus
2. Berkursus dan lama! (dekat tiga minggu sudah wei!)
3. (perlu marahkah? mereka-mereka yang cuti bersalin? tak patut-tak patut..)
4. Ponteng! Ambil MC pula (tak prihatin la korang ni, eh? dibuatnya betul2 sakit?)
5. Ambil cuti rehat (balas dendam ke? kau ni pun sama la!)
6. Miss A (invisible) yang entah bila nak sampai!

Namun, saya amatlah hormat (tabik) pada mereka yang sungguh mulia hatinya dengan sikapnya yang profesional. Tetap tekun memikul tanggungjawab dengan hati yang ikhlas, jujur dan murni itu. Tidak mengharap sebarang balasan dan sentiasa tersenyum tanpa tertekan kepada apa-apa. Mereka ini termasuklah yang:

1. walaupun sakit, (sikit-sikit) datang juga ke sekolah kerana kasihan.
2. sedang sarat, menunggu hari. (kasihan.. naik tangga turun tangga)
3. bini sarat, menunggu hari juga.(cuma tumpuan sedikit kuranglah, selalu SMS)
4. merelakan diri untuk memikul tugas-tugas diluar kemahiran mereka.
5. kereta rosak, sanggup berjalan kaki ke sekolah
6. dan yang menulis diblog! ha! ha! ha!


ps: Ini baru entry seorang guru barangkali. Sebelum-sebelum ini bukan.

Thursday, March 30, 2006

Tahulah!

Tahulah! aku tahu. Orang akan kata..

"Eh? Berdiri tak sama tinggi? duduk tak sama rendah? tak macam pinang dibelah dua pun?"

Aku bersedia. Dia bersedia. Orang lain harus bersedia. Yang dah tahu. Tidak mengapa.


hari-hari berlalu semakin pantas
Soalan interaktif:

Bahasa Melayu Tahun 2
Kertas 2 Penulisan

Masa: 2 saat
A. Isi kata bual berdasarkan gambar di bawah



B. Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang sesuai.

C. Tulis sebuah karangan tidak lebih dari 30 patah perkataan berdasarkan isi-isi penting berikut:

harga – minyak – dunia – naik – abah – kerja – lori – sendiri – meniaga - makan – kami - tidak – kenyang – tidak - jalan – jalan – duduk – rumah - lori – subsidi – minyak – tidak - dapat – pelanggan – abah – lari – abah - ubah – gaya – hidup – kami – sekeluarga – sangat – gembira

amaran keras pada calon-calon:

JANGAN SESEKALI CUBA UNTUK MENIRU!


Wednesday, March 29, 2006

Jemputan
Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan
Dengan takzimnya menjemput
Y. Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan
Pembaca blog Gitar Tong
ke:
CERITERA BERSAMA
KARYAWAN SASTERA SIRI 2/2006:
WAHYU BUDIWA RENDRA
(GENRE CERPEN)
pada:
1 April 2006 (sabtu)
masa:
9.00 pagi-10.30 pagi
tempat:
Balai Seminar DBP Wilayah Selatan,
Larkin Perdana, Johor Bahru.
pakaian: berpakaianlah!
dan sebelah malamnya..
Jemputan
Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan
Dengan takzimnya menjemput
Y. Bhg. /Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan
Pembaca blog Gitar Tong
ke:
PEMENTASAN TEATER MONOLOG
"KAHWIN LAGI?"
ulang tajuk:
"KAHWIN LAGI?"
pada:
1 dan 2 April 2006 (sabtu-ahad)
masa:
8.00 malam-10.00 malam
tempat:
Balai Seminar DBP Wilayah Selatan,
Larkin Perdana,
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
masuk: percuma
jumpa saya di sana! di sana! disana!

Monday, March 27, 2006

Penstrukturan semula idea

Harus perlu di struktur semula idea (isshh.. rosak.. rosak..)



Cikgu puan: Salah ni.. Cikgu, awak kena susun nama murid lelaki di atas dan nama murid perempuan di bawah. Susun ikut abjad.

Cikgu bujang: Ooo.. Ikut abjad. Lelaki atas perempuan bawah.

Cikgu puan: Iya. Lelakikan nak jadi pemimpin. Jadi, lelaki kat atas, perempuan kat bawah.

Cikgu bujang: Eh? bukan ke selalunya macam tu?

Cikgu puan: iye laa! ..?..?

___________________________________________________


“Krrriiiiiinnnngggg…”

Panjang..

Maka, berteraburan murid-murid berlari ke tapak perhimpunan kejat.

“ kah, kah, kah! Aku rasa lawak pula, rehat tak sampai 20 minit, tapi kenapa pula budak-budak ni perlu berlari dan nak cepat-cepat masuk ke kelas semula?”

“Aku rasa lagi lawak , pada cikgu yang terhegeh-hegeh nak masuk kelas, bila lepas rehat. Mengalahkan budak-budak!”

“gulp!”

__________________________________________________

Ustaz: Bila kenduri kau?

Cikgu muzik: Dah dekat dah. Dalam 2 minggu lagi je. Datang la nanti.

Ustaz: Best la, tak lama lagi keris dapat sarung!

Cikgu muzik: Ha ha ha! ..Keris dah tak sabar nak bertarung!

Ustaz: Tapi, biasalah.. kalah menang tu adat bertarung.. kadang-kadang seri..

Cikgu muzik: (ditapis)

___________________________________________________

“la la la..

papaku pulang dari kota,
papaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
boleh ku bawa kesekolah.

Pon pon pon pon pon pon pon,
Kereta kecilku berbunyi,
Marilah adik mari naik,
Boleh ku bawa jumpa nenek.

La la la la la..” (seronoknya murid menyanyi..)

“Baiklah murid-murid, sila jawab soalan-soalan pemahaman ini. Satu, Siapakah yang membawa pulang kereta? Dua, Apakah warna kereta itu? Tiga, kemanakah kereta itu dibawa? Empat.. bla.. bla.. bla..”

“..?..? (hek eleh.. boringnye cikgu ni..)”



Contoh-contoh situasi di atas, dalam istilah pendidikan, penstrukturan semula idea adalah perlu bagi memecahkan skema pemikiran murid yang selama ini memegang konsep-konsep yang salah. Tapi, nampaknya bukan sahaja murid-murid..

Saya cuba sedaya upaya dan berusaha keras untuk menulis tanpa perlu mengajar-ngajar pembaca-pembaca. Tapi, entahlah, sudah memang tugas saya. Maafkan saya. Siapalah saya...

Thursday, March 23, 2006

Hah! Kantoi!

Saya berfikir panjang untuk melepaskan entry kali ini ke dunia maya ini. Kerana terfikir kesan ke atas pembaca-pembacanya. Setelah memikirkan kesan-kesan itu, maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyampaikannya. Selebihnya, terserah pada anda untuk mengambil tindakan.

Sebagaimana yang saya sarankan kepada anak murid, menulis itu adalah baik untuk perkembangan minda. Oleh kerana itu, lahirlah penulis-penulis blog yang tegar seperti saya. Sebagai guru BM juga, saya menggalakkan pada murid-murid untuk menulis surat kepada saya. Apa-apa sahaja yang murid saya ingin tuliskan, (walaupun tunggang-langgang dan tidak di fahami) saya tetap baca. Jika ada kelapangan saya membalasnya. Dengan menggalakkan mereka menulis, diharapkan dapat memantapkan penguasaan nahu, tatabahasa, memperbanyakkan kosakata dan idea penulisan. (dan kemudian menjadi penulis blog seperti Abdullah Jones)

Baru-baru ini, guru-guru di bilik guru menjadi gempar dengan isu menulis ini. Dua orang murid tahun tiga, (bukan kerana sudah mula menulis blog) seorang lelaki dan seorang perempuan telah ter’kantoi’ dengan beberapa helai ‘note-note’ kecil yang dijumpai bersama mereka. Berikut di taipkan semula cebisan kata-kata daripada ‘note’ yang berbalas-balas ala SMS itu. Sedikit tunggang langgang kerana tidak pasti yang mana dahulu. Saya cuba untuk menyusunnya.



“kau igat engkau cantik ke.. Tapi mata kau bulat” :budak lelaki

“engkau puyalah bulat.. sama macam macam bapak kau” :budak perempuan

“mana engkau tau bulat aku punya bulat. Kau tak payah nak kata sebab tak nampak.. bodoh” :budak lelaki

“Aku bagi tahu dengan ckgu zainal nanti. Nanti dia masuk nanti aku cakpp” :budak perempuan

“kau suka cikgu zainal, nanti kau peluk dia. Lepas tu kau gigit k*n*k dia” :budak lelaki (tak pasal-pasal je cikgu zainal)

“kau jangan peduli. Aku nak suka dengan cikgu zainal. Aku nak perluk ke cium ke r*m*n ke kau tak payah sebuk” :budak perempuan

“(nama budak perempuan itu) bodoh. Mata bulat nak r*m*n dengan cigku zainal kalau nak kena khawin :budak lelaki

“nanti k*n*k kau yang kena gigit. Aku nak picit picit. Sial” :budak perempuan



Hah? Apa macam? Saya bukan mengada-adakan cerita. Bukan menokok-nambah. Tetapi inilah kebenarannya. Kedua-dua orang murid itu di bawa kepada guru kaunseling. Murid yang bermasalah tentunya datang daripada keluarga yang bermasalah. Saya serahkan kepada anda untuk tindakan selanjutnya..


AWASI ANAK-ANAK ANDA!