Thursday, November 29, 2007

Penghujung Benua Tanah Besar Asia



Lama sudah tidak masuk hutan, apatah lagi hutan paya bakau. Inilah yang kali pertama. Macam-macam yang saya bayangkan. Saya mempunyai ‘ekspektasi’ yang tinggi untuk melihat keajaiban dan keindahan alam di hutan paya bakau. Di tangan sentiasa tersisip kamera auto digital dengan harapan dapat mengambil ‘shot’ yang menarik, pelik dan unik.

Namun harapan saya meleset. Jauh dari apa yang dibayangkan. Taman Negara Tanjung Piai tidak seunik namanya. Dengan label sebagai Penghujung benua selatan tanah besar Asia, tidak segah yang digembar-gemburkan. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa kehidupan.

Bukan salah nama Tanjung Piai, atau Tanjung Piai itu sendiri. Yang berdosa itu, adalah kita sendiri. Hutan bakau ini, hampir hilang nyawanya. Satu ketika dahulu, kepelbagaian biologi dapat di lihat dan hidup di hutan paya bakau ini. Hari ini, hidupan flora dan fauna ini hanya dapat dilihat dari foto-foto yang dipamerkan di hadapan pintu masuknya. Yang masih hidup, sedang bertarung nyawa.

Apatah lagi, berbelas-belas spesis bakau yang pernah hidup sebelum ini. Yang tinggal hari ini, hanya lima atau enam spesis sahaja. Belum lagi tumbuh- tumbuhan lain. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh petugas Taman Negara, satu ketika dahulu, laut tidak dapat dilihat dari pelantar pejalan kaki yang dibina kerana halangan dari pokok bakau, hari ini penglihatannya berbeza. Laut hanya beberapa meter dari pelantar pejalan kaki!

Spesis belacak dikatakan banyak kelihatan di paya bakau, oleh kerana hari ini bilangan ‘mereka’ sedikit, ‘mereka’ menjadi terlalu malu untuk difotokan wajah ‘mereka’. Saya gagal merakam sebarang foto ikan belacak kerana hanya dua kali terserempak dan tidak sempat memetik picu kamera.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh petugas Taman Negara, spesis burung botak yang merupakan burung yang sering berhijrah, telah memilih untuk menetap terus di Tanjung Piai tetapi malang juga bagi saya kerana tidak bertemu sebarang spesis burung pun. Barangkali juga ‘mereka’ telah bertemu rumah baru.

Tanjung Piai hari ini hanya di isi dengan sampah sarap dan sisa bahan buangan. Jika apek yang sering meronda dengan basikalnya di taman perumahan saya yang mencari tin-tin aluminium, botol-botol kosong atau suratkhabar lama itu datang ke sini, pastinya dia akan kaya raya dengan menjual hasil sampah yang dijumpai di sini.

Hutan Paya Bakau Tanjung Piai, walaupun jasanya menampung kitaran hidup kepelbagaian biologi isinya semakin terhakis, namun masih mahu berjasa sebagai pemerangkap sampah sarap agar laut bersih dari apungan sampah buangan manusia.

:(

nizam r@gitartong

kem kesedaran alam sekitar
tanjung piai, pontian 26-28 Nov 07
*Tidak berkeupayaan untuk memuatnaik seberapa banyak gambar kerana saya pengguna 'dial up'. lambat sangat.

*Tulisan ini adalah sedikit tanggungjawab sosial untuk alam sekitar. Sayangilah alam sekitar seperti menyayangi anak-anak anda.

10 comments:

Butaseni@Wan Raja said...
This comment has been removed by the author.
Butaseni@Wan Raja said...

uih best tu,ingat orang penang ja suka buang sampah hehehe

posmen said...

sayangnya.. mcm byk je sampah.. boleh suh apek kat sini g join kutip..

Lan Rambai said...

belacak dah banyak kena tangkap lah.. bikin minyak power babe..

2 ari lepas ko ada ter call tepon aku ke wei.. aku angkat dengar bunyi bising tapi hello aku tidak didengari.

Anonymous said...

butaseni
hang ka? haha!

posmen
kamu pun patut kutip sama

lan rambai
aku ada perasan, lepas tu aku semak baki, hampir seringgit kredit aku habis. ko patut ganti. haha!

Anonymous said...

Sayang!
Memang aneh dan pelik kalau kita dapat memulihkan balik Tanjung Piai ni.

Ada satu taman Paya Bakau kat KK ni dan dia masih lagi unik dan tiada pencemaran. KK Bird Sanctuary.

-mazudi.com-

blackpurple @ jowopinter said...

Warisan alam yang ada hari ini bukan milik kita, kita cuma meminjamnya dari anak-cucu kita.

Sebagai penyokong MNS, aku suka entri sebegini. Tahniah!


*Malaysiaa Nature Society

kingbinjai said...

memang semua dah semakin hilang

Mazarina said...

lama sudah jd cikgu??hehhee,,bestnye pi ronda2

zino said...

la kenapa tak di jaga.. sepatutnya jadi satu tarikan pelancong..