Wednesday, February 28, 2007

suara dia yang pertama

Rakan-rakan sekeliling memang prihatin. Mereka rajin bertanya khabar dan mengikuti perkembangan saya (dan keluarga). Mungkin ada di antara kita mungkin rimas dengan situasi yang mungkin mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan hidup anda. Banyak soalan-soalan yang berulang-ulang yang ditanya oleh individu-individu yang berbeza.

Awas! kadang-kadang soalan-soalan boleh memerangkap diri sendiri kerana orang yang bertanya belum tentu ikhlas dan jujur dengan soalan-soalan mereka. apa yang tersurat, ada maksud yang tersirat.

Dengan kekerapan soalan-soalan yang dikemukakan, membuatkan saya mula mencari jawapan yang menunjukkan kelebihan dan menguntungkan saya. Soalan yang sama, jawapan yang sama saya beri. Di ketika ini saya sudah mula muak dengan jawapan yang saya sediakan oleh kerana kekerapan soalan yang ditanya.

Disini, saya minta bantuan tuan, puan, saudara dan saudari sekalian, jika soalan ini yang ditanya;

"Anak kau dah pandai apa?"

kata saya, "Dah pandai minta adik dah"

Ada idea lain tak? saya sudah bosan menjawab.

8 comments:

Pa'chik said...

dah pandai main drum. nanti kami nak bikin album baru. hari tu dia cipta lagu. sekarang tengah masukkan lirik.

err... yang nak adik tu, anak ke bapak? (ikhlas tanya ni, takde maksud lain)

Kemat said...

dapatkan adiknya supaya lepas nie jawapannya dah berbeza.."ooh..anak saya yg sulung itu dah pandai jaga adiknya.. dan yg no 2 itu..err..err dah pandai minta adik"

kingbinjai said...

ha ha selalu juga org tanya kau soalan tu, selalunya aku jawab merapu rapu.

kalau dia tanya : anak kau dah pandai bercakap? aku akan jawab : uiks dah pandai mencarut lagi

anak kau dah pandai apa? aku jawab : 1. melompat dah!
2. berlari!
3. main teng teng
4. makan nasi

eh, tak pun susah susah kau cakap je, aku rimas la kau tanya soalan yang sama! habis cerita!

Pegawai Khalwat said...

Malas nak jawab?

Hang korbankan la duit skit, beli perakam sora yang kecik tu atau mp3 player yg boleh rakam.

hang rakam semua jawapan tu, pastu bagi depa dengar bila ditanya.

Anonymous said...

pegawai khalwat
idea hang sentiasa bernas!

kingbinjai
aku tak marah kat diorang ni. aku faham diorang prihatin.

kemat
penat yang satu ni macam belum habis. tak mungkin aku dapat makbulkan permintaan anak aku. haha!

pakcik
betul! anak sayalah! haha!

blackpurple @ jowopinter said...

suara dia yang pertama..???????

Anonymous said...

blackpurple
ya. anak saya bercakap. haha!

DeeN said...

Hahahaha . . .
Err.. aku takkan tanya banyak2. Cuma aku nak tanya, anak brader dah boleh buat apa dah? Hak hak hak

Tensen...tensen...!! :D