Wednesday, June 14, 2006

Ya Syeikh! Ana bikin nasyidlah!

Konsert nasyid. dimana entah? jumpa dalam Yahoo..
Yang membezakan sesebuah kumpulan nasyid di negeri Johor dengan negeri-negeri lain di Malaysia ialah tidak mencampur-adukkan kedua-dua jantina. Jika kumpulan lelaki, lelakilah kesemuanya. Jika kumpulan wanita, wanitalah kesemuanya. Di Johor, diharamkan sesebuah kumpulan nasyid dianggotai oleh kedua-dua jantina. Terdapat dibeberapa negeri lain, menghalalkannya.

Saya dijemput oleh rakan-rakan disekolah untuk membantu dalam merekrut satu kumpulan nasyid untuk ke satu pertandingan. Sebagai tidak dikatakan double standard, saya pun membantu. Untuk membentuk sebuah kumpulan seramai sembilan orang yang mempunyai vokal yang mantap, kami bersetuju untuk memilih murid-murid perempuan sahaja.

Bagi menambah kepelikannya, dalam syarat-syarat pertandingan di peringkat negeri ini, murid-murid diminta memainkan sendiri instrumen perkusi muziknya dengan ahli yang terhad sembilan orang. Tanpa ada minus one mengiringi. Terpaksalah murid-murid perempuan ini belajar mengetuk gendang dan perkusi. Bagus!

Yang mentensionkannya, di peringkat kebangsaan nanti dapatlah kita lihat persembahan yang lebih kreatif dengan keanggotaan lelaki+perempuan, penggunaan minus one dan tidak terhad kepada instrumen perkusi sahaja! Ada pula yang terlebih dari sembilan orang! Dan macam-macam kepelikan lagi!

Dan mungkin ada yang mengatakan, hal ini sebenarnya unik dan berbeza dengan orang lain. Sebenarnya keunikkan ini, tidak terhad kepada pertandingan di peringkat sekolah sahaja, tetapi peringkat dewasa juga. Sebagaimana pertandingan anjuran Jabatan Agama Negeri Johor.

Seorang sahabat (juga guru) di Kuala Lumpur telah meninggal dunia semasa melibatkan diri dengan nasyid pada satu ketika dahulu. Dialah penggubah lagunya, muziknya dan melatihnya. Moga rohnya dicucuri rahmat.

Seorang ustaz juga pegawai dari PPD Kulai yang berhasrat untuk datang kesekolah saya bagi melihat, menilai persembahan nasyid murid-murid saya sebelum bertanding, telah menemui ajal dua hari sebelumnya. Al-fatihah.

Dan.. Wolfgang Amadeus Mozart juga mati semasa dalam cubaannya menulis Raquiem Masses (kononnya lagu-lagu keagamaan merekalah!)

Agaknya, orang yang meninggal kerana terlibat dengan lagu-lagu keagamaan ini, rohnya tenang dan damai. Allah huallam..

Saya?

*gulp*

Pss.. ada yang mengadu, tak boleh buka blog saya. Barangkali template ini terlalu kompleks. Mungkin saya akan berubah wajah yang lebih mudah untuk di load.

21 comments:

ontahsapo said...

saya nak minta lagu peristiwa subuh dari raihan!!!

Anonymous said...

ontahsapo
taip kat yahoo, "peristiwa subuh" ada tak? hahaha! free!

BooK said...

cikgu gitar:
waaaaaaaaaaaa. aku rindu my nasyid days. those were the days!!

Anonymous said...

book
bagus! jangan takut mati..

Anonymous said...

Yang tak bagusnya, ada kumpulan nasyid yang gunakan nama ala-ala bahasa Inggeris In-team, Now See Heart, dan sebagainya. Nasyid Melayu pun tak yakin dengan nama Melayu. Apa kurangnya nama Raihan, Saujana, Rabbani, dan sebagainya.
Saya pakai 1515 - memang susah nak buka blog ini.

Ayu Mohamad said...

team kolej saya dulu juara nasyid masa kat UUM hehehe rendunya zaman2 itu

Anonymous said...

aku pun nak mintak lagu peristiwa subuh juga
lagufirst aku nyanyi dlm nasyid

Romantis Selatan said...

tak salah kalau nak campurkan penyanyi lelaki dan wanita dalam nasyid... cuma biarlah mereka berada pada kedudukan jarak yang sesuai...

masa menyambut nabi dulu bagaimana agaknya suasananya. semua penduduk menyambut nabi dengan nasyid.

Rie said...

masa ddk hostel kat sekolah, kawan2 aku banggan bernasyid dalam surau sblm isyak. mudah-mudahan dapat perhatian pelajar perempuan disebelah dinding. huaaahahahaha

Literature Sushi said...

Nasyid ni best kalau nyanyi takde muzik, kiranya macam 'a cappella' bermesejkan ketuhanan....

Anonymous said...

Nasyid memang best.... suka yang dinyanyikan oleh raihan.

Unknown said...

teringat zaman sekolah dulu..masuk pertandingan nasyid, rindunya.

p/s: memang susah nak masuk blog cikgu ni sejak dua menjak ni..hihi.

tuan tanah said...

saya tetap suka lagu-lagu nadamurni.

Anonymous said...

rimanilzah
la.. saya baru bercadang nak letak grup nasyid saya dengan nama My Heart Team.. nanti saya tukar template lagi.. nanti..

ayu
ayu! terer!

ron97
hang mintak ngan aku? aku takdak!

romantis
ye la.. takkan nak berkepit atas pentas! hahahaha!

esis
diorang tu gila glemer juga!

raiedzall
budak2 sekolah kalau nak buat vokal part macam acappella kena 5 bulan berlatih! leceh!

cikgu
cikgu pandai bernasyid?

yus
pasti nanti anak murid saya pun ada yang menulis sebegini bila dia pandai berblog.

tuan tanah
nasyid dulu2 pun best!

Anonymous said...

ops! lupa pula. saya mungkin akan merajuk untuk tidak menulis diblog selama 2 minggu. mungkin. atas sebab tugas2 diluar mukim. jika berkesempatan saya menjengah di kafe siber..

blackpurple @ jowopinter said...

Aku gian betul nak main kompang. Lagi best kalau ada jidurrrrrrrr....

Tok Rimau said...

Ejaan "Consert" pada banner = salah.

Mungkin ini ada kaitan dengan kemaruknya kumpulan nasyid mengeja nama mereka mengikut ejaan Inggeris. Rujuk: Nowseeheart, Inteam, unic etc.

Come on.

Cikgu, tell them to be different and creative in their quest to deliver the messages.

NONIE AZIZ said...

teringat ngan lagu nasyid feberet aku Sepohon kayu daunnya rimbun....ahakssss

Bunga Rampai said...

Salam.
Cikgu, saya setuju sangat dengan usul Tok Rimau itu. Persembahan yang ada kelainan pasti dapat menarik lebih ramai khalayak, juga dapat dijiwai dengan lebih berkesan.

Wow!

Sayuti said...

saya berkecimpung dalam bidang nasyid dari darjah tiga sampai universiti, dan masih meminati nasyid hingga sekarang. pernah jadi naib johan daerah kuala muda - kalah dengan kumpulan adik saya sendiri. dia sekolah sains. saya skolah sg pasir.

seperti tuan tanah, saya juga minat nadamurni. dan the zikr. serta suara smakl. juga kumpulan anugerah. dan mirwana (sekolah si yassin, ex-brothers)

dan saya memerhatikan evolusi dari nadamurni acapella, kepada nadamurni berkompang, dan terus kepada nadamurni percussion.

kemudian kelahiran the zikr. farihin fattah pernah mendendangkan lagu dengan kumpulan itu. tajuknya 'hidden beneath a million stars' yang kontroversi di kalangan ahli arqam sebab melodinya ala2 gospel.

kemudian pengharaman al-arqam.

the zikr menjadi raihan.
nada murni menjadi rabbani dan hijjaz.
mirwana menjadi brothers.
anugerah menjadi nowseeheart.

kemudian timbul in-team, unic, etc2.

nama kumpulan nasyid skolah saya dulu - Alunan Muslimin.

p/s: sori cikgu. panjang pulak cerita nasyid malaysia.

Anonymous said...

Enjoyed a lot! Black jack all cards depression antidepressant drug p bare traps shoes Timeshare vacation for rent phat farm shoes pharmacy and vicodin and ativan Travel insurance month Does shoe size depend on height Pissing film