Friday, June 16, 2006

Inu



Inu

Kubuka jendela rindu
yang berlangsirkan kasihmu
sewaktu bayu restu menerpa
dan wajahku terasa,
betapa belaian mesramu ke rambutku

Ingin ku urai segala resah
dan membentangkan sejadah iman
agar kita lebih bertaqwa
menempuh masa, merempuh luka

kau kibarkan bendera semangat
aku pun terpegun
lalu bangun mengejar impian
yang sekian lama kudambakan
katamu, panji kemenangan
pasti akan tegar
andainya aku berpaksikan keyakinan

sajak: rimanilzah
lagu: nizam rusli aka gitartong

template dan lagu baru..
maaf, vokal kurang baik kerana masalah kesihatan. tapi oklah tu.. SAJAK YANG MEMBAKAR SEMANGAT KITA! TAKBIR!

23 comments:

Anonymous said...

nanti saya hias cantik2 semula.. haha! letak link2 anda!

FaEzHussain said...

Cikgu Gitar,
best gak lagu ni.
terrer ye cikgu. saya langsung tak reti.
ha'a, kan better template sempoi camni,nak masuk pun senang. tu pasal lama tak singgah sini... :D

Anonymous said...

cikgu gitar belajar html pula
selamat

KAMATO said...

cikgu, best lagu tu....

Sayuti said...

nanti dah ada album jgn lupa berblog ye...

BooK said...

cikgu gitar:
oit. kau dah takde keje ke? asik tukar template je.

psstt.. kalau takde keje. pi modul modul sonar tu. cepat.

Sir Mute Key Chicks said...

wei.kau memang nak jadik artis ek?hehe

Anonymous said...

faezhussain
boring btul dengan blogger punya template ni.. nak tukar lain lah!

ron97
belajar-belajar lah ni

kamato
thanks

sayuti
entah bila ada album tu?

book
modul? dalam proses..

semut
dah jadi dah! dari dulu..

blackpurple @ jowopinter said...

Wah GT... makin berbisa la lagu kau....

Anonymous said...

Bro, tahniah dan terima kasih kerana siarkan lagu ini di blog.

kunci hilang said...

cikgu, apa maksud inu pada tajuk lagu ini?
pastinya bukan 'inu' bahasa Jepun kan?

Tok Rimau said...

Susunan muzik bertambah bagus.

Pandang Dengar Diam said...

sama mcm kunci hilang apa inu tak tau?

LingGopoH said...

A'kum..waaah! ade lagu dah!
tahniah! tahniah!

ibuVouge said...

kalau rasa nak dengar dendnagan asli, maukla blog gitar..tak pernah kecewa..teruskan

Anonymous said...

blackpuprle
saja2 cuba ja..

rimanilazah
haha! promote!

kunci hilang
inu(nama khas barangkali) kena tanya rimanilzah, siapa itu Inu..

Tok Rimau
terima kasih. projek seterusnya ialah tok!

cuaca
nanti saya tanya rimanilzah

Linggopoh
wah! anda sudah kembali bertugas! cayalah! dah sihat?

IV
hehehe.. terima kasih.. nah dua posen kakakaka!

Unknown said...

simple template baru cikgu ni...senang nak masuk heheh.

Makin bestlah susunan lagunya...memang berbakat. Oh ya, saya tercari2 lagu untuk bapa sempena Hari Bapa semalam...tak jumpa dari Malaysia punya. Boleh cipta satu...hihi.

zino said...

ok lah .. tapi perlu banyak latihan lagi.. gunakan segenap ruang yg ada.. hehe

ontahsapo said...

aku belum berkesempatan dengar, asik bolt problem jer...

Tok Rimau said...

Projek seterusnya adalah TOk? Yahuuuuuuuuuuuu! Aku harapkan lagu rancak yang buat orang kaki bergoyong dan bontot bergelek. Boleh joget punya lagu.

Ha ha ha.

Anonymous said...

Inu tu lebih kurang maksudnya gini, I & You.

Anonymous said...

yus
haha! lagu bapa? cari lagu titip rindu buat ayah oleh Ebiet G Ade. Liriknya bagus sangat.

zino
hehe!

ontahsapo
apo la. den dah lotak banyak lagu dah. satu pun ko bolum dongar? rugi la..

tok rimau
pasti boleh joget. sampai tak larat. haha! nantikan 'Balada Minah Memulas Mesin Masa'!

rimanilzah
Ooo.. kreatifnya! I N You! tak terfikir pula.

spyz said...

selamat petang cikguuuuu...

pertama kali mendengar lagu (nyanyian) kau di sini.
aku suka. ada komersial value.
teringat pada julfikar...

tapi nak bagi cadangan (harap2 membina) sikit.
harap consider org yg dial-up mcm aku ni.
lama sungguh tunggu streaming.
aku terpaksa tunggu habis & copy dari temp internet file utk dengar
maybe ko bleh bagi, alternatively, direct link. senang, bleh terus download.

soalan lain.
kata gitartong, awat pakai synthesizer..
ahaksss...

soalan lain lagi.
emmm.. nantilah..
tunggu ko jwb yg atas dulu..
haha..