Saturday, June 24, 2006

Betapa 'artisnya' saya!

Bukan sekadar dalam matapelajaran muzik sahaja saya menggunakan gitar tong. Kadang-kadang untuk matapelajaran lain turut berguna. Strategi pengajarankan ada pelbagai. Barulah murid-murid merasa seronok dan tertarik untuk belajar. Itu baru di sekolah. Mengajar menyanyi, ataupun sebagai set induksi bagi matapelajaran lain.

*tamat*

Walaupun sebenarnya saya tidak gemar sangat berkaraoke, tetapi undangan untuk mengadili sesuatu pertandingan karaoke tidak mampu tidak saya menolak. Itulah sumber pendapatan tambahan. Tetapi kesengsaraan mendengar orang menyanyi terutamanya kepada mereka yang tidak sepatutnya bertanding amatlah menyeksakan.

Atas nama tugas dan tanggungjawab diberi, saya terpaksa kunyah habis satu lagu daripada katak-katak yang mempelaung itu. Maklumlah peserta yang bertanding terpaksa membayar untuk bertanding (dan membayar saya untuk di adili. Haha!). Tidaklah semuanya ‘mengatak’, ada juga yang berbakat dan pastinya ada pemenang..

Jika pertandingan bermula seawal jam 9 pagi dan jika ramai pesertanya, pasti berlarutan sehingga 2, 3 petang. Selesai tugas itu, kepala sudah terasa pening-pening. Disambung pula dengan latihan koir ‘Korus Eklektik’ di IPTI. Giliran saya pula melalak. Pic ini sumbang, pic itu sumbang,

“Tebalkan sikit pada bahagian ini! Artis apa kau ini!” kata Encik Isa Amri. Berhempas pulaslah kami untuk cuba menepati kehendak beliau itu. Maklumlah persembahannya semakin hampir.

*tamat*

Setiba dirumah kepala berdenyut-denyut, disebelah malamnya pula nanti, tugas artis seperti saya belum berakhir. Buka komputer, dan bersedialah untuk membancuh lagu. Terutamanya jika lagu itu perlu disiapkan dengan kadar segera. Jika bosan dan kering idea untuk lagu ‘Balada minah memulas mesin masa’ saya berhenti dan sambung pula dengan lagu nasyid ‘Pelajar mulia negara maju’ contohnya. Jika bosan lagi, tukar lagi.

Kerja membancuh muzik adalah rumit dan tidak boleh dipaksa-paksa. Jika keghairahan sedang memuncak dan idea pula melambak-lambak, saya boleh menghadap skrin sehingga 5,6 jam lamanya. Sehingga saya muak, mata memedih dan pening-pening barulah saya berhenti untuk berehat.

*tamat*

Dan.. pada suatu hari itu, di saat merebahkan diri diatas tilam, otak sebelah kanan saya semakin berdenyut-denyut. Ianya masih bekerja. Saya tekan-tekan bahagian kanan kepala saya dan sesekali menepuk-nepuk. Dari pangkal dahi hinggalah kebelakang tengkuk. Seksanya teramat. Semakin berdenyut-denyut, walhal saya telah bersedia untuk berehat dan tidur. Tetapi otak saya masih berjalan memikirkan pelbagai perkara. Pasti ada diantara anda yang pernah mengalaminya. Memang seksa!

*tamat*

Saya teringat kisah Beethoven yang menjadi pekak di saat-saat akhir hidupnya sebagai komposer tersohor. Dek kerana melampaunya beliau sebagai artis ketika zaman kegemilangannya.

Tapi, jauh sangatlah jika hendak dibandingkan saya dengan Beethoven itu. Kerana saya lebih kacak dari beliau.

Haha!

Anda
tak
percaya?
saya
bukan
pandai
berbohong.
Nah!
kacakkah?
hitam..




*tamat*

19 comments:

Anonymous said...

bukan best sangat pun jadi artis. sakit kepala je. macam siti dengan datuk k sekarang ni. tengah pening. wartawan kejar je.

Anonymous said...

Sampai sekarang aku tak reti main gitar walaupun aku ada gitar

Anonymous said...

Saya pun selalu terbawa-bawa dalam jaga dan tidur apabila saya menulis buku teks. Dan, selalunya akan ada yang menegur (yang baru kenal saya biasanya), "Engkau ada masalah ke?" Sebenarnya bukan apa-apa, saya sebetulnya selalu terfikir tentang "masalah" bahan buku teks itu walaupun di mana-mana saya berada - jaga atau tidur. Hah! Ini pun belum tidur. Baru siapkan dua model kertas peperiksaan.

Pegawai Khalwat said...

Siti dengan Dato' K. Hang dengan datin mana?

arianna adrizal said...

cikgu,
hitam bukan sebarang hitam..

Anonymous said...

"Dek kerana melampaunya beliau sebagai artis ketika zaman kegemilangannya."

hang takkan pekak sbb hang belum gemilang, cemerlang pun belum. hahaha

Anonymous said...

cikguonline
tapi anda pandai berbisnes

rimanilzah
bro, memang sakit, bila dah sampai tahap itu

PK
datin aku sihat walafiat. semakin membesar

arianna adrizal
anda suka hitam eh? saya hitam juga. haha

ron97
itu sebab saya tidak mahu gemilang, cemerlang dan sebagainya kerana tidak mahu pekak. haha!

Ayu Mohamad said...

itu tandanya minda anda masih belum berehat lagi.. masih berfikir.. kene byk berehat tu :) saya selalu alaminya di saat2 hendak exam ataupun di kala menyiapkan thesis.. tp sekarang alhamdulillah segala nya sudah berakhir :)

arianna adrizal said...

nyaris tersembur air yg ku minum tatkala membaca kata2 mu itu cikgu.. hehe. org tua2 bilang, biar rupa hitam jangan hati yang hitam.

blackpurple @ jowopinter said...

Ada ciri-ciri Sifu berbaur Loloq dan S Amin Shahab GT ni... he he he...

Anonymous said...

Tapi hati kamu putih kan, arianna?

arianna adrizal said...

rimanilzah,
barangkali tak seputih hati kamu..

Anonymous said...

ayu
walhal kita sudah meng'set' utk berehat, tetapi tidak berehat. tu yang penat!

arianna adrizal+rimanilzah
ehem2.. kut ye pun nak mengurat, takkan dalam kotak komen saya. hahaha! rimanilzah anaknya dah berderet. yang bujang, encik naga je!

blackpurple
saya berada atas sikit dari diorang. haha!

Anonymous said...

naga! naga! manaaa kkaaauuu??

arianna adrizal said...

cikgu,
mengurat bukan, tersalah urat.. lagilah bukan.

cuma menyokong kempen berbudi bahasa.

Izhal said...

A'kum wbt :)

pertama kali masuk blog pendidik gitar :) ala-ala en joe satriani agaknya en. gitartong ni ye??? heheh...

pernah juga dengar cerita bethoven ni komposer pekak... kesian bethoven... dia ke buat lagu blue danube yang diguna pakai dalam iklan cat par???

Anonymous said...

arianna adrizal
tahniah. boleh dicalonkan sebagai blogger tersopan! haha!

izhal
the blue danube waltz by johann strauss jr bukan beethoven. jumpa dalam yahoo.
http://www.geocities.com/Vienna/Strasse/7645/Strauss/index.html

ontahsapo said...

betul kau memang kacak dari dia...

Rie said...

anda terlalu kacak untuk berbohong. saya lebih kacak daripada kamu. muhehehe