Friday, June 09, 2006

Bass Part!

Esok, Sabtu 10 Jun, saya akan berada di Danga Bay kerana terlibat dengan majlis sambutan Hari Perpaduan dan pelancaran lagu Rukunegara seawal jam 9 pagi. Bukan sebagai AJK majlis, bukan sebagai krew, bukan sebagai penggantung 'backdrop' tetapi sebagai seorang penyanyi 'bass part' dalam pasukan Koir Korus Eklektik pimpinan En Isa Bin Amri, Pensyarah Muzik, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Sesiapa yang berkesempatan, dijemput untuk memeriahkan majlis. Sila bawa makanan masing-masing kerana makanan di Danga Bay mahal-mahal belaka. Pakailah pakaian yang menjolok mata untuk mendapatkan publisiti murahan. hahaha!

Dengan terlibatnya saya di dalam majlis ini diharapkan dapat menempelak mana-mana pihak yang cuba melabel saya sebagai guru yang tidak berdedikasi, tidak berkomitmen dan menjadi penyokong mana-mana parti-parti politik bukan kerajaan.

BERSATU PADU BERTAMBAH MUTU!

Ps.. borang pertandingan lagu puisi anjuran DBP Wilayah Selatan sudah keluar, boleh dapatkan di DBP Wilayah Selatan, Larkin Perdana. Hadiah menarik wo! Johan: RM5000.00

25 comments:

Lan Rambai said...

Aku ingat Bass Part macam Best Part tadik... rupanya bahagian suara jantau garau rupanya hehehe. Selamat menjamu selera mata dari atas pentas..

ontahsapo said...

bila guru nyanyi berdiri, murid....

kunci hilang said...

haha. Peniaga-peniaga di Danga Bay pasti menggetap bibir membaca entri ini.

blackpurple @ jowopinter said...

Kat sana nanti kau tolong tengok2 kan pokok2 besar togel yang aku tanam tu cikgu ekk.... hehehe...

Anonymous said...

Selamat bernyanyi. Saya bekas ahli parti Tuppaware.

Anonymous said...

Selamat bernyanyi. Saya bekas ahli parti Tuppaware.

BooK said...

gitar:
aku suka third voice! aha

psssst.. dah siap modul sonar kau?

Rie said...

kaulah pekerja sepenuh masa. apa kerja ko tak buat?

Anonymous said...

Wa bestnyer ada band sendiri

Kaklong Syikin said...

SELAMAT MENYANYI CIKGU.

wah..sambil menyanyi tu isteri cikgu blhlah tangkapkan gambar

oh ya..saya ahli berdaftar NONA ROGUY

tuan tanah said...

terima kasih atas jemputan.
malangnya saya tidak dapat menghadirinya.

Anonymous said...

lan rambai
memang disengajakan mereka yang badannya sihat walafiat dan hensem diletakkan sebagai 'bass part'. sedap sangat barangkali.

ontahsapo
murid nyanyi menari. betul!

kunci hilang
lantak dia! sapa suruh jual mahal!

blackpurple
benarkah? lepas ini kontrak tanam bunga di depan rumah saya pula. berapa kosnya?

rimanilzah
bila nak bertanding pilihanraya? hahaha!

book
third voice? tenor ka tenuk? hahaha!

esis
erm.. belum pernah gali kubur..

cikguonline
band? broadband kah? hahaha cikgu!

syikin
ada petua untuk suara baik tak? hahha! gambar boleh tengok dalam akhbar2 tempatan mulai esok. mungkin ada terselit gambar saya.. wa kaka!

tuan tanah
kalau puan tanah teringin hendak mendengar lagunya, nanti saya uploadkan. haha!

Pnut said...

heheheh kalau anak murid cikgu tgk cikgu perform atas pentas tu..sure dia sibuk bgtau emak, bapak, kakak, abang dia tu cikgu saya..tu cikgu saya....

Romantis Selatan said...

danga bay tak banjir ke?

Pegawai Khalwat said...

Johor jauh.... aku tak mampu.....

Tok Rimau said...

Cikgu mesti aktif! Kalau tak aktif, depa hantar ngajar pi Labis nanti.

Sayuti said...

bisa.

Unknown said...

dah beberapa hari saya cuba masuk ke blog cikgu ni tapi tak boleh..tak tahulah kenapa.Apapun, Selamat Menyanyi....Isteri cikgu ikut sekali ker??

KAMATO said...

macam ni boleh jemput buat show nanti....

zino said...

ni mesti ramai yg ternga nga tengok cikgu nyanyi.. hehe

NONIE AZIZ said...

selamat menyumbangkan lagu!!!muahahahhah

Anonymous said...

pnut
hahaha!

romantis selatan
danga bay tak banjir dalam ribut pada hari jumaat tu, tapi di mahkamah dan kawasan sekitarnya banjir!

PK
tu la hang..

tok rimau
kalau dalam johor, tak jauh mana pun tok! Labis dah majulah!

sayut
menusuk kalbu

yus
sukar untuk masuk mungkin kerana template yang besar ini, perlu di tukar yang simple barangkali. yep! orang umah ikut sama.

kamato
boleh.. berapa nak bayor? hahaha!

zino
ye. dan meleleh air liurnya..

MR
MR kata suara saya sssuuummmbbbaannngg!! wawawawawawa!

Sir Mute Key Chicks said...

aku menulis komentar ini sambil mendengar lagu-lagu puisi dari Bob Marley.hehe

Anonymous said...

best regards, nice info »

Anonymous said...

Best regards from NY! Residual income affiliate program sport medicina malpractice and negligence law enforcement flowers Harley davidson lm5 battery dresses for less Anti depressant medication information Car klasse wax