Tuesday, January 31, 2006

salam perkenalan

Assalamualaikum..
Aku mula aktif dalam dunia siber ni sebenarnya dah lama, cuma aku tak cukup aktif macam orang lain. Baru nak berjinak-jinak dengan IRC masa tu. Disebabkan masa tu masih lagi pakai dial up, nak loading satu-satu page tu rasa buang masa sangat nak mengadap PC lama-lama. Sudah tu, aku kurang berminat dengan dunia ni. Sebab tak berapa nampak benda baik dari yang baik. Kalau dah ke CC tu kalau tak masuk IRC, aku surfing laman-laman untuk cuci mata. Mungkin masa tu aku budak lagi. Sudahnya aku tinggalkan saja. Cuma sesekali nak cari bahan untuk tugasan masa kat maktab dulu, aku rajin la pergi CC untuk surfing itu pun kalau dah ada orang bagi bahan takde la aku jejak CC. Tapi aku bukanlah seorang yang buta kayu dengan komputer. Kira celik IT la juga. Masa kat maktab dulu pun, sedikit sebanyak aku membantu juga orang lain yang tak berapa pandai. Aku juga la jadi tempat rujukannya. Walaupun tak berapa mahir, tapi aku rajin juga meng’explore’ PC. Berapa kali PC aku kena jumpa doktor pakar pasal sakit. Tersilap ‘operate’.
Masuk ke alam bekerja, status guru, ada la duit sikit.. memang nak sangat aku ada internet kat rumah. Tapi aku tahan juga. Keadaan ekonomi belum mengizinkan. Bermula pada Disember 2005 setelah hampir setahun aku bertugas secara rasminya, aku terus langgan Tmnet Streamyx 1Mbps. Puas aku dengan broadband ni. Ternyata amat pantasnya ia beroperasi. Dapat juga aku cari dan ‘download’ bahan untuk P&P aku nanti. Macam ayam dapat beras, macam kambing masuk bandar, aku pergi ke mana saja pelusuk dunia ni. Dari satu laman ke satu laman. Dari yang elok sampai ke tak elok. Akhirnya aku dapat bertemu tempat yang paling sesuai untuk aku. BLOG! Tak sangka rupanya aku dah tertinggal jauh dalam dunia ni.. banyak benda yang aku belum jumpa dan ‘explore’ lagi. Orang sekarang dah tak main IRC, ICQ, Mesenger, Chating dah tak bermakna lagi. Bermula dengan Cikgu Lee, Cilibo, Afdlin Shauki dan ramai lagi yang aku jumpa. Aku jadi teruja (bak kata tv3) sangat untuk memiliki BLOG aku sendiri. Aku pun ada cerita aku sendiri..