Thursday, February 21, 2008

Mesyuarat tanpa GB sebagai pengerusi

"Saya hendak begini" kata pengerusi 1

"Tak, kita perlu buat begini" kata pengerusi 2

"Saya cadangkan begini" kata pengerusi 3

"Tapi, cara yang begini lebih sesuai" kata pengerusi 4

"Kalau begini juga sesuai" kata pengerusi 5

"Cara yang mana kita yang buat ni?" tanya pengerusi 6

"begini!!" kata kerusi-kerusi.

Tuesday, February 12, 2008

kad laporan



baca lebih lanjut

Macam budak sekolah pulak!

“Satu merah bermakna satu sebat!” Tengking arwah abah. Sambil menghayun-hayun kad laporan peperiksaan digulung-gulungnya itu.

Saya terkedu di tepi dinding. Mengigil. Bukan takut kerana gagal dalam peperiksaan takut gagal dicalonkan semula.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seperkara yang hendak ditegaskan, kad laporan prestasi adalah penentu calon YB anda. Bukan di tangan anda.

Wednesday, February 06, 2008

Perangkap Cinta

Panggilan cemas ini saya terima sekitar jam 6.05 petang. Saya di kelas waktu p&p yang terganggu

+ Bah, tolong. Ibu terperangkap!
- Terperangkap? Macam mana?
+ Ibu dah kunci pintu rumah. Ingatkan kunci rumah ada kat dalam kereta.
- Dah tu? Datang sekolah la ambil kunci.
+ Tak boleh.
- kenapa?
+ Pintu pagar bermangga!
- pulak! (saya ketawa besar) terperangkap di tengah-tengah la ni! Tunggu ajelah abah balik

(sambung ketawa)

Wednesday, January 16, 2008

Dosa hari ini 2

Saya kadang-kadang menjadi pemalu sangat kerana sering meminta-minta kebenaran menggunakan makmal komputer sama ada untuk kerja-kerja peribadi mahupun menggunakannya untuk P&P. Saya telah menjadi penghuni tetap makmal komputer atau Pusat Akses, Di mana-mana masa terluang, di sinilah saya berkunjung. Selagi ada sambungan ke internet, di situlah saya.

Semalam seorang rakan menegur. Pelik katanya, semenjak dua hari lepas, sistem internet di Pusat Akses telah pulih. Sayalah orang terawal berkunjung untuk melayari internet. Katanya, kalau nak tahu internet sudah pulih atau belum, tengoklah, kalau ada saya, maknanya internet ok!

Haha!

Semenjak ‘bekalan’ internet di rumah telah diputuskan. Disinilah tempat saya melepaskan ketagihan. Kadang-kadang jadi malu, tetapi bila difikirkan, biarlah orang lain tidak mahu guna, biarlah saya yang monopoli!

Saya menyahut seruan unit ICT sekolah saya. MAKSIMUMKAN PENGGUNAANNYA!

Hahaha! (ketawa jahat)

Friday, January 04, 2008

Dosa hari ini

Perkara pelik yang orang lain nampak yang saya lakukan hari ini ialah:

Memakai lengkap baju kebangsaan ke sekolah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selamat Tahun Baru

Thursday, November 29, 2007

Penghujung Benua Tanah Besar Asia



Lama sudah tidak masuk hutan, apatah lagi hutan paya bakau. Inilah yang kali pertama. Macam-macam yang saya bayangkan. Saya mempunyai ‘ekspektasi’ yang tinggi untuk melihat keajaiban dan keindahan alam di hutan paya bakau. Di tangan sentiasa tersisip kamera auto digital dengan harapan dapat mengambil ‘shot’ yang menarik, pelik dan unik.

Namun harapan saya meleset. Jauh dari apa yang dibayangkan. Taman Negara Tanjung Piai tidak seunik namanya. Dengan label sebagai Penghujung benua selatan tanah besar Asia, tidak segah yang digembar-gemburkan. Yang tinggal hanyalah sisa-sisa kehidupan.

Bukan salah nama Tanjung Piai, atau Tanjung Piai itu sendiri. Yang berdosa itu, adalah kita sendiri. Hutan bakau ini, hampir hilang nyawanya. Satu ketika dahulu, kepelbagaian biologi dapat di lihat dan hidup di hutan paya bakau ini. Hari ini, hidupan flora dan fauna ini hanya dapat dilihat dari foto-foto yang dipamerkan di hadapan pintu masuknya. Yang masih hidup, sedang bertarung nyawa.

Apatah lagi, berbelas-belas spesis bakau yang pernah hidup sebelum ini. Yang tinggal hari ini, hanya lima atau enam spesis sahaja. Belum lagi tumbuh- tumbuhan lain. Sebagaimana yang dikhabarkan oleh petugas Taman Negara, satu ketika dahulu, laut tidak dapat dilihat dari pelantar pejalan kaki yang dibina kerana halangan dari pokok bakau, hari ini penglihatannya berbeza. Laut hanya beberapa meter dari pelantar pejalan kaki!

Spesis belacak dikatakan banyak kelihatan di paya bakau, oleh kerana hari ini bilangan ‘mereka’ sedikit, ‘mereka’ menjadi terlalu malu untuk difotokan wajah ‘mereka’. Saya gagal merakam sebarang foto ikan belacak kerana hanya dua kali terserempak dan tidak sempat memetik picu kamera.

Sebagaimana yang dimaklumkan oleh petugas Taman Negara, spesis burung botak yang merupakan burung yang sering berhijrah, telah memilih untuk menetap terus di Tanjung Piai tetapi malang juga bagi saya kerana tidak bertemu sebarang spesis burung pun. Barangkali juga ‘mereka’ telah bertemu rumah baru.

Tanjung Piai hari ini hanya di isi dengan sampah sarap dan sisa bahan buangan. Jika apek yang sering meronda dengan basikalnya di taman perumahan saya yang mencari tin-tin aluminium, botol-botol kosong atau suratkhabar lama itu datang ke sini, pastinya dia akan kaya raya dengan menjual hasil sampah yang dijumpai di sini.

Hutan Paya Bakau Tanjung Piai, walaupun jasanya menampung kitaran hidup kepelbagaian biologi isinya semakin terhakis, namun masih mahu berjasa sebagai pemerangkap sampah sarap agar laut bersih dari apungan sampah buangan manusia.

:(

nizam r@gitartong

kem kesedaran alam sekitar
tanjung piai, pontian 26-28 Nov 07
*Tidak berkeupayaan untuk memuatnaik seberapa banyak gambar kerana saya pengguna 'dial up'. lambat sangat.

*Tulisan ini adalah sedikit tanggungjawab sosial untuk alam sekitar. Sayangilah alam sekitar seperti menyayangi anak-anak anda.