Wednesday, January 16, 2008

Dosa hari ini 2

Saya kadang-kadang menjadi pemalu sangat kerana sering meminta-minta kebenaran menggunakan makmal komputer sama ada untuk kerja-kerja peribadi mahupun menggunakannya untuk P&P. Saya telah menjadi penghuni tetap makmal komputer atau Pusat Akses, Di mana-mana masa terluang, di sinilah saya berkunjung. Selagi ada sambungan ke internet, di situlah saya.

Semalam seorang rakan menegur. Pelik katanya, semenjak dua hari lepas, sistem internet di Pusat Akses telah pulih. Sayalah orang terawal berkunjung untuk melayari internet. Katanya, kalau nak tahu internet sudah pulih atau belum, tengoklah, kalau ada saya, maknanya internet ok!

Haha!

Semenjak ‘bekalan’ internet di rumah telah diputuskan. Disinilah tempat saya melepaskan ketagihan. Kadang-kadang jadi malu, tetapi bila difikirkan, biarlah orang lain tidak mahu guna, biarlah saya yang monopoli!

Saya menyahut seruan unit ICT sekolah saya. MAKSIMUMKAN PENGGUNAANNYA!

Hahaha! (ketawa jahat)

11 comments:

Mama Risyiariana said...

siul punya...selamatlah memaksimumkan penggunaan internet kat sekolah ko tu!!!

zino said...

cikgu bijak mengguna kesempatan yg ada hehe

Pegawai Khalwat said...

baguih tu, sahut seruan kerajaan.

su said...

sokong2!!ngeh!ngeh!ngeh!

kingbinjai said...

dude album bila nak keluar?

blackpurple @ jowopinter said...

Kau blogging dari makmal sekolah rupanya. Hahaha!

Anonymous said...

Ok hapa...daripada berabuk takde org guna, baik cikgu gunapakai.

al-Misri said...

Baguslah tu, amalkan le selalu... Lagi pun kemudahan tukan utk warga sekolah juga....
Nasib lah..

Anonymous said...

Saya juga melakukannya kadang kala (selalu -selalu juga) :D
Salam networking sekali lagi. Hari tu salam tak dapat sambutan. Tggu GATH pun tak datang.

waterlily

ps:mals sign in

kingbinjai said...

ha ha ha

bak kata kawan aku, siapa nak uruskan?!

elmi said...

free. so benda2 free ni memang bagus.