Tok R, aku akan berada dalam program yang ketiga di bawah. Jemputlah datang dan bawa sepanduk 'hidup gitartong!'. haha! Orang-orang Johor patut hadir!PROGRAM AKAN DATANG (BULAN NOVEMBER DAN DISEMBER 2006)
UNIT SASTERA DAN BAHASA DBP WILAYAH SELATANMaklumat1. Bicara Sastera
Bersama Sasterawan Negara :
‘Proses Berkarya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said’
25 November 2006 (Sabtu), 8.30 pagi - 10.00 pagi
di Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor.
2. Dialog Bahasa‘50 tahun Memartabatkan Bahasa Kebangsaan: Adakah Noktahnya?’
25 November 2006 (Sabtu), 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
di Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.
Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor.
- Ahli Panel:
i. Tan Sri Ismail Hussein, Ketua 1 GAPENA.
ii. Dr. Awang Sariyan, Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.
3. Gema Puisi Bahasa
(Persembahan Deklamasi dan Lagu Puisi bertemakan bahasa)
25 November 2006 (Sabtu), 8.00 malam - 10.30 malam
di Teluk Danga, Johor Bahru.
Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DBP Peringkat Negeri Johor.
Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, Prof. Dr. Awang Sariyan dan Dr. Lim Swee Tin selaku tetamu undangan khas mendeklamasikan puisi.
4. Ceritera Bersama Karyawan Sastera Siri 7 / 06 : Sahruddin Manas (Genre Teater)
2 Disember 2006 (Sabtu), 9.00 pagi - 11.00 pagi,
Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.- Siri terakhir program Ceritera Bersama Karyawan Sastera DBPWS 2006.
- Menampilkan Sahruddin Manas, penggiat muda yang aktif dan berpotensi dalam bidang teater di Johor.
5. Pementasan Teater Monolog Edisi 4 / 06 : ‘Jiwa Bangsa’2 - 3 Disember 2006 (Sabtu - Ahad),
Balai Seminar DBPWS, Larkin Perdana, Johor Bahru.
Tiga pementasan:- 2 Disember 2006, 8.30 malam.- 3 Disember 2006, 3.00 petang dan 8.30 malam.Sebarang maklumat lanjut, silalah hubungi:
i. Rusdi Abd. Rahman (07-2358802)
ii. Hasrina Baharum (07-2358545)
SEMUA DIJEMPUT HADIR