Ambil aura. Semoga kamu menjadi lebih baik daripada ibu bapamu.
Amin.
Baca saja apa yang ditulis. Kalau musykil, tinggalkan di ruang komen. Kalau tak suka, tinggalkan saja. Kalau suka, boleh jadi follower.
Hari ini sesi taklimat. Esok isteri berkonvo dahulu, lusa saya pula. Setelah empat tahun bergelumang dalam program pensiswazahan guru ambila jun 2011, akhirnya habis juga. Teringat semasa awal2 dulu. Terasa macam tak sempat nak habis. Alhamdulillah..
Buat anak2 ini adalah bukti bahawasanya ibu dan abah kamu ada ijazah. Dan kamu seharusnya lebih hebat dari ini. Setidak2nya sama hebat seperti kami.
Buat mak, adik beradik dan keluarga, terima kasih atas sokongan dan bantuan kalian sepanjang empat tahun kebelakangan ini. Terima kasih menjengok anak2 kami ketika kami menghadiri kuliah, peperiksaan dan sebagainya..
Cuma saya simpati pada isteri kerana tiada keluarga sebelah isteri yg sama2 dengan kami meraikannya. Mungkin masing2 ada halnya. Walau apa pun, terima kasih semua.
Tahniah isteriku. Kita rai sama2!
Nuha Ilham.
Permainan jenis beroda sebegini mudah benar utk ilham kuasai. Tak sampai setengah jam segway ini mudah dikendalikan.
Abah harap, ko bukan handal pada permainan itu semata2. Semua yg ko buat dlm hidup bole berjaya juga..
Amin..
Salam. Blog ini sudah hampir 4 tahun tidak diupdate. Saya rasa sudah mula gian utk menulis. Walau sebenarnya saya tidak tahu apa yang patut saya tulis. Tetapi saya mahu menulis. Mungkin pada masa2 mendatang, dapatlah saya kongsikan sesuatu di sini.
Mungkin di sini juga dapat saya merakam apa jua perkara ingatan yang menjadi kenangan pada saya, keluarga dan anak2..
Insyaallah. Moga2 saya dapat terus menulis disini..
Amin.