Sunday, October 12, 2008

Sehari dihari kejadian+Projek Takluk Trofi (PTT)

Lokasi: IOI Mart. Kulai Jaya. Johor
Tarikh: 11 Oktober 2008
Waktu: 8.00 pagi

Saya memilih memandu solo sendiri ke tempat kejadian. Orang rumah dan anak hendak ikut. Tapi saya tinggalkan dahulu di rumah. Raptai tidak perlu ditontonlah kata saya. Tonton yang ‘real’. Setibanya di IOI Mart, Bas JPNJ yang membawa rakan-rakan EDUKATOR JPNJ tiba. Rakan-rakan lain yang turut memandu solo telah tiba lebih awal. Sambil menyaksikan Cikgu Azzam ber’busking’ dengan gitar disebelah keretanya sambil yang lain-lain mengelilinginya.

Puas ber’jammed’ ditepi jalan, kami masuk dan menonton krew yang sedang menyiapkan pentas. Hebat sungguh persembahan mereka. Maka kami terpaksa menunggu persembahan mereka tamat untuk buat uji bunyi (soundcheck) kami. Peserta dari Kota Tinggi juga baru tiba. Hampir jam 9.00 pagi baru berpeluang mengambil tempat di pentas. Tahniah kepada krew.

Ada juga bunyi dan nada-nada sumbang yang mengkritik lokasi pertandingan ini diadakan. ’Level’ kami hanya di pasar besar. Pertandingan peringkat negeri yang hebat ini ditempatkan di sini. Namun kami tetap juga berjuang dengan profesionalnya. Walauapapun hadiah memang menarik! Tahniah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor!

Haha!

Kami berkesempatan menonton peserta dari daerah lain. Antara yang memukau adalah dari Mersing, Batu Pahat, Pontian dan lain-lain. Ramai juga kenalan-kenalan yang ditemui. Kebanyakkan peserta adalah dikalangan guru-guru. Begitulah kebiasaannya. Dan salam-bersalam itu mengeratkan silaturahim. Maklumlah masih dalam ’mood’ raya.

Dan.. sesi bergambarlah!

Selesai menonton beberapa persembahan kumpulan-kumpulan ’fovourite’ membuat uji bunyi, EDUKATOR JPNJ bergegas ke SM Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai untuk berehat dan membuat persiapan terakhir. Ada yang mengambil kesempatan untuk makan lebih awal, mandi, bersiap, solat dan ambil isteri dan anak dirumah (sayalah tu!)

Haha!

Jam ditelefon bimbit 10 minit lagi jam 2. Saya belum terlihat seorang pun kelibat EDUKATOR JPNJ. Beberapa peserta dari kumpulan lain telahpun tiba. Saya telefon Rasman, dia kata sudah sampai sedang cari ’parking’. Hampir jam 2.30 petang juruacara naik ke pentas. Setelah mengenalpasti dan memastikan semua peserta dari daerah masing-masing telah tiba dan hakim-hakim telah bersedia, juruacara pun memulakan pertandingan.

EDUKATOR JPNJ (kamilah tu!) adalah peserta kedua. Alhamdulillah kami dapat buat dengan baik tanpa sebarang kesilapan yang ketara. Dengan penuh yakin dan bersemangat semua. Sejurus turun dari pentas, tangan saya masih menggeletar! Tapi bukannya menggeletar ketakutan. Tidak tahu perasaan yang bagaimana hendak diterangkan.

Pertandingan berhenti rehat seketika selepas peserta ke lima. Beberapa penyanyi jemputan membuat persembahan sementara hakim-hakim membuat pengiraan dan menenangkan minda. Pertandingan diteruskan semula hingga ke akhirnya. Sementara hakim membuat keputusan peserta dihiburkan dengan penyanyi jemputan yang saya tidak kenal.

Maaf!

Dan acara selingan ini hampir sama panjang dengan waktu pertandingan dan yang semakin resah adalah peserta-peserta. Hari semakin lewat petang dan masih bersabar menanti keputusan. Ketika itulah keluar pelbagai aktiviti oleh juruacara untuk mengisi kebosanan peserta-peserta. Saya dimaklumkan, majlis sedang menanti seorang VIP (penyampai hadiah) yang dalam perjalanan.

Segalanya penat-lelah dan kesabaran terubat apabila kumpulan kami, EDUKATOR JPNJ telah diumumkan sebagai Johan Koir Perpaduan Peringkat Negeri Johor tahun 2008. Ada yang menangis gembira dan ada yang terlompat-lompat yang paling ramai ialah yang menjerit!

Cayalah! Johan lagi!

Tempat kedua dari daerah Mersing dan tempat ketiga ialah dari daerah Batu Pahat. Sesi yang paling menggembirakan ialah bergambar! Pelbagai aksi yang menarik!

Haha!

Tahniah! Hari ini adalah hari yang amat menggembirakan bagi kami. Kerja keras kami amat berbaloi. Pengorbanan kami tidak sia-sia dengan kemenangan ini. Semangat persahabatan dan setiakawan menjadi kunci kejayaan kami. Ucapan tahniah kami terima, merata. Terutamanya dari Pengurus Projek kami iaitu En Hasidin yang amat bangga dengan kemenangan ini.

Dan selepas ini kami sedang pening kepala memikirkan persiapan untuk ke peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang pada 14, 15 dan 16 Oktober 2008. Projek Takluk Trofi sudah separuh melangkah.

Ini bermakna, perang kami belum berakhir lagi.

gitartong@nzm r


Pelik sungguh, kenapa gambar yang ini muncul dulu

Memang saja datang awal untuk tolong susun kerusi. Sedang berehat.

Pantang sungguh bila diajak bergambar

'peace'

di atas pentas itu bukalah kami

sebab kami masih dibawah. haha!

dan bergambar

masih tak puas-puas lagi


Beberapa minit sebelum berada di pentas

dan nak nyanyi pun bergambar lagi

SIGS punya cikgu-cikgu ni. Maaf, semua orang punya.

En. Amin. Tulang belakang EDUKATOR JPNJ


Selepas nyanyi.

Kumpulan mana entah. Bukan kami.

ya, ini baru kami

Jangan salah faham. En Isa memberi isyarat kepada penjaga audio.

Mana konduktor ya?

Sejurus selepas diumumkan sebagai johan

En. Isa ditemuramah

Wow! cek besor!

Tidak dapat dipastikan dari daerah mana. Comel-comel sungguh!

Para hakim yang bijaksana

wajah-wajah kemenangan

Jangan melompat atas pentas ye!

Trademark, Tepuk-tepuk sayang! Muah! Muah!

Wow! dapat Nescafe lagi.


Wakil Johor lagi! Tahniah!

EDUKATOR JPNJ Junior

Tak habis-habis 'celebrate'. orang dah kemas kerusi dah

Dari Mersing. Naib Johan.

Kami punya Trofi ini! Ha ha ha haaaa!

Seronoknya korang. Belum habis lagi la. Tau ka?

Friday, October 10, 2008

Sehari sebelum harinya! (Projek Takluk Trofi)

Solid!

Setelah berhempas-pulas, bergolok-gadai dan berkeras-tekak masing-masing sudah berasa cukup yakin dengan peranan masing-masing. Tidak ada apa-apa yang perlu diselindungkan. Disini tidak ada hipokrit, penipu. Yang ada ialah kejujuran, keikhlasan. Perang ini kita hadap sama-sama.

Dalam setiap hari-hari yang kami lalui telah menjadikan kami semakin akrab dan mengenali diri masing-masing. Kerjasama menjadi semakin erat. Kolaborasi menjadi semakin mudah. Semua ahli menjadi semakin terbuka. Bersedia memberikan pandangan dan pendapat. Ikhlas dalam bekerja.

Yang paling menarik, semuanya gila-gila! Haha!

Beruntung sungguh kami dapat menggunakan setiap fasiliti di Sekolah Seni Johor Bahru. Hari ini kami menggunakan studio tari di Sekolah Seni. Dengan bilik yang luas, dan cermin yang besar, kami berpeluang melihat diri sendiri ketika menyanyi dan memperbetulkan gaya persembahan kami. Baru dapat lihat betapa buruknya kami!

Haha!

Selain itu kami juga berpeluang membuat rehearsal sendiri diatas pentas Dewan Seri Temenggung di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim. Lengkap dengan microphone. Mujur tidak ramai yang phobia dengan microphone. Almaklumlah ramai diantaranya juara karaoke.

Haha!

Ini untuk pertandingan mewakili Johor Bahru. Jika di pilih johan yang ini, maka kami terpilih untuk mewakili negeri Johor untuk pertandingan di peringkat kebangsaan. Projek Takluk Trofi Koir Perpaduan Peringkat Kebangsaan ini bermula dengan di peringkat negeri ini. Bangga sungguh saya!

Wakil Johor lagi? Wow!

Setidak-tidaknya saya berada dilandasan yang betul. Ini anugerah tuhan. Bakat dan minat ini dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kami belum sesat. Semoga jalan yang kami lalui ini mendapat keberkatan dan keredhaanNya. Apa yang kami lakukan menjadi ikhlas, jujur dan tidak menjadikan kami taksub, bongkak dan angkuh.

Dan keakraban kami menjadi senjata perang yang paling kuat.

gitartong@nzm r


Bukan menghafal skrip, tapi senikata lagu



En. Nazarul dan En. Razali sedang berlatih menyandar. Haha!



Pn. Saedah menjeling. Geram kat siapa tu?



"Amacam ok tak idea ni? senang je" kata Cikgu Leela



Sedang tekun mendengar ceramah En. Isa



Aktiviti memanaskan suara. Di IPTI. Sehari sebelum hari kejadian.



Raptai sendiri? agar tidak phobia dengan 'mic'


'feel'



Cayalah cikgu! lepas ni jangan pegang kertas ya!




Nazarul sedang menyanyi lagu rock ke? Para Tenors sedang bermain-main.




Gambar menarik minggu ini.

model: Sony a200 DSLR
shutter speed: 1/3
Aparture: 5.6
ISO: 200

Saya belajar-belajar saja. Kalau tidak sesuai. Sila komen.

Wednesday, October 08, 2008

Projek Menakluk Trofi Johan Koir Perpaduan 2

Diluar target!

Kemampuan vokal ahli koir pada kali ini tidak dapat dikawal-kawal lagi. Masuk hari kedua, lagu kedua khatam. Satu hari untuk satu lagu? Wow! Hebat! Saya dapat rasakan kemantapan kumpulan EDUKATOR JPNJ kali ini. Cikgu Loh dari SK Kok Kuang hari ini adalah hari pertamanya terus saja menghafal melodi beliau.






Seorang lagi ahli baru (saya belum berkesempatan menemuramah beliau) melengkapkan lagi kuota kumpulan koir ini. Tanpa kehadiran peserta baru ini Kumpulan EDUKATOR JPNJ mungkin mempunyai masalah dengan syarat pertandingan. Semoga beliau terus komited dengan perang yang satu ini.





Walaupun mengalami sedikit permasalahan pada melodi tenor part semasa grup session, terutamanya pada bahagian solo, permasalahan itu dapat diatasi dengan kekerapan memperbaiki kelemahan tersebut. Bagaimanapun, semasa penggabungan keseluruhan suara pada sesi latihan sebelah petang telah menampakkan hasil yang baik dan membanggakan.





Insyaallah. Dalam tinggal beberapa hari latihan lagi, saya dapat rasakan koir ini benar-benar bersedia untuk pertandingan kali ini. Semoga ahli-ahli kekal komited dan bekerja keras kearah penaklukan ini.





Tuesday, October 07, 2008

Projek Menakluk Trofi Johan Koir Perpaduan

Sifu En. Isa Amri (Our Mentor)

Dalam seminggu ini, saya akan bergelumang dengan lagu Malaysia Tanahairku dan Malaysiaku Gemilang. Bergelumang lagi dengan nota-nota muzik, vocal warming up, istilah-istilah crescendo, pianissimo, forte, Sopranos, Altos, Tenor, Bass dan pelbagai istilah sebagai senjata juang Kumpulan Koir Educator JPNJ dalam PROJEK MENAKLUK TROFI JOHAN KOIR PERPADUAN KEBANGSAAN!

Ini bukan KORUS EKLEKTIK!

Sopranos dan Altos sedang berusaha mengkhatamkan part masing-masing

Bukan nama yang dulu dan bukan 100 peratus orang yang dulu. Ini perang baru. Askar-askar baru dan nama baru. EDUCATOR JPNJ. Yang dulu sudah terkubur. Ini misi dan projek baru. Harus ada semangat juang baru dan muka-muka baru. Tapi masih sifu yang lama (sifu baru mungkin tak sama)

Apa membezakan kumpulan koir kami pada kali ini ialah semua ahlinya adalah warga pendidik yang terdiri daripada para pensyarah IPTI, guru-guru sekolah menengah dan rendah selain beberapa orang staf di JPNJ dan sekolah-sekolah seperti mana yang tertakluk tugas dibawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Terima kasih pada En. Amienudin pegawai di JPNJ yang bersedia bersama-sama menyahut cabaran ini.

En. Amienudin pegawai JPNJ sebagai Jeneral perang yang juga merangkul Bass Part

KORUS EKLEKTIK dibawah IPTI peringkat tertinggi yang pernah dicapai ialah sebagai naib johan Koir Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Ipoh Perak pada tahun 2007. Keanggotaannya selain daripada pensyarah dan guru sekolah, ia juga terdiri daripada staf di IPTI.

Macam biasa, tempat saya di Bass part. Setanding dengan badan saya besar (tetapi macho) dan memiliki suara yang besar (?). Seperti Kebiasaannya, hero-hero Bass Part diletakkan di barisan belakang dengan didahulukan bahagian-bahagian suara yang lain di barisan hadapan (hero menang kemudian).

Hari pertama sesi latihan
lokasi: Sekolah Seni Johor Bahru
masa: 11.00 pagi hingga 4.00 petang

Para Tenor sedang mengaji dengan sifu

Suara-suara emas si Sopranos. Kamu akan meremang kalau mendengar

Fokus: Lagu Malaysia Tanahairku.
Masuk ke bahagian suara masing-masing (voice part session) dan khatam.
Lagu ini pernah dinyanyikan dan tidak banyak karenah kerana ahli-ahli lama sudah khatam dulu.
Selain itu ada sesi suai kenal (ice breaking ?) penting ini. Sekurang-kurangnya kenal nama.





lawat vivianwoo untuk cerita tentang KORUS EKLEKTIK