Baca saja apa yang ditulis. Kalau musykil, tinggalkan di ruang komen. Kalau tak suka, tinggalkan saja. Kalau suka, boleh jadi follower.
Tuesday, October 07, 2008
Projek Menakluk Trofi Johan Koir Perpaduan
Dalam seminggu ini, saya akan bergelumang dengan lagu Malaysia Tanahairku dan Malaysiaku Gemilang. Bergelumang lagi dengan nota-nota muzik, vocal warming up, istilah-istilah crescendo, pianissimo, forte, Sopranos, Altos, Tenor, Bass dan pelbagai istilah sebagai senjata juang Kumpulan Koir Educator JPNJ dalam PROJEK MENAKLUK TROFI JOHAN KOIR PERPADUAN KEBANGSAAN!
Ini bukan KORUS EKLEKTIK!
Bukan nama yang dulu dan bukan 100 peratus orang yang dulu. Ini perang baru. Askar-askar baru dan nama baru. EDUCATOR JPNJ. Yang dulu sudah terkubur. Ini misi dan projek baru. Harus ada semangat juang baru dan muka-muka baru. Tapi masih sifu yang lama (sifu baru mungkin tak sama)
Apa membezakan kumpulan koir kami pada kali ini ialah semua ahlinya adalah warga pendidik yang terdiri daripada para pensyarah IPTI, guru-guru sekolah menengah dan rendah selain beberapa orang staf di JPNJ dan sekolah-sekolah seperti mana yang tertakluk tugas dibawah Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Terima kasih pada En. Amienudin pegawai di JPNJ yang bersedia bersama-sama menyahut cabaran ini.
KORUS EKLEKTIK dibawah IPTI peringkat tertinggi yang pernah dicapai ialah sebagai naib johan Koir Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Ipoh Perak pada tahun 2007. Keanggotaannya selain daripada pensyarah dan guru sekolah, ia juga terdiri daripada staf di IPTI.
Macam biasa, tempat saya di Bass part. Setanding dengan badan saya besar (tetapi macho) dan memiliki suara yang besar (?). Seperti Kebiasaannya, hero-hero Bass Part diletakkan di barisan belakang dengan didahulukan bahagian-bahagian suara yang lain di barisan hadapan (hero menang kemudian).
Hari pertama sesi latihan
lokasi: Sekolah Seni Johor Bahru
masa: 11.00 pagi hingga 4.00 petang
Fokus: Lagu Malaysia Tanahairku.
Masuk ke bahagian suara masing-masing (voice part session) dan khatam.
Lagu ini pernah dinyanyikan dan tidak banyak karenah kerana ahli-ahli lama sudah khatam dulu.
Selain itu ada sesi suai kenal (ice breaking ?) penting ini. Sekurang-kurangnya kenal nama.
lawat vivianwoo untuk cerita tentang KORUS EKLEKTIK
Wednesday, September 24, 2008
10 sen?
aduh! saya rasa macam tertipu saja. Bila diumumkan turun 10 sen. Beli gula-gula pun dapat 2 biji.
Hampas!
Hampas!
Thursday, August 14, 2008
janji kamu lagi

Kadang-kadang saya kecewa dengan janji. Apatah lagi janji dari orang yang memang dikenali tidak bercakap betul (saya tidak panggil penipu). Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Hari ini cakap lain, esok buat lain. Kalau kalian jumpa dengan makhluk spesis ini, kalian hendak jadikan kawan?
Mungkin boleh berkawan, tapi tak perlu percaya setiap kata apatah lagi janji. Takut diri sendiri kecewa. Lebih-lebih lagi orang yang berjanji adalah seorang yang kita amat harapkan dan sepatutnya boleh dipercayai dan kita telah letak amanah padanya. Tidakkah kalian patut rasa marah dan kecewa?
Semalam dia berjanji lagi. Janjinya akan ditunaikan pada 1 September nanti. Tunggu, ”surprise!” katanya. Saya amat berharap, dia dapat mengotakan janjinya yang kali ini. Besar harapan saya sebesar harapan rakyat Malaysia.
Diulanginya berhari-hari. Katanya kalau mengikut pada keadaan semasa, boleh turun harga. Insyaallah 1 September tarikhnya. Sayalah orang yang paling melompat gembira! Dan terduduk semula bila mengenangkan diri orang yang berkata-kata.
Itu kalau ikut keadaan semasa, nak tunggu hingga 1 September, macam-macam perkara boleh berlaku. Saya risau, bukannya nak turun harga, lagi melambung naik jadinya! Sebab ikut keadaan semasa!
Entah.
Saturday, July 19, 2008
"Kau kata"
Dia kata "DNA yang ada, sudah lama"
*Saya fikir, dia ingat DNA tu macam kuih kut.
wa ha ha!
*Saya fikir, dia ingat DNA tu macam kuih kut.
wa ha ha!
Friday, July 11, 2008
Wednesday, July 02, 2008
gawat
Sebagai rakyat kebanyakkan saya merasa terkilan dan kecewa teramat dengan perkembangan terkini politik tanahair. Di saat rakyat yang 'sakit' dengan tuntutan hidup, ditimpa dengan pelbagai masalah politik.
Pemimpin-pemimpin lebih memikirkan usaha untuk mengekalkan kuasa berbanding membela nasib rakyat yang semakin tertekan dengan hidup.
Kalau kamu ada anak, jagalah anak kamu baik-baik. Daripada yang kecil, hinggalah kepada anak dara kamu. Yang kecil jangan sampai hilang. Sebab polis kita tiada masa nak cari anak kamu. Mereka sedang sibuk mencari bukti kes Anwar.
Yang ada anak dara, jangan sampai ditebuk tanpa sah. Begitu juga yang ada anak teruna. Walau sekolah tinggi sampai jadi wakil pelajar pun belum jamin mereka menjadi sangat bijak untuk tidak merelakan diri ditebuk belakang.
Walau sesusah manapun kamu, jangan menghalalkan yang haram. Terdesak bagaimanapun berusahalah kita untuk memperbaikinya sendiri. Jangan rambang mata!
DAMN!
Apa yang sedang saya nantikan kini ialah:
1. Budak tu jangan terus menyorokkan diri. Harus buat kenyataan, sidang akhbar. Aku nak dengar cerita kaulah! damn! kalau terus diam aku anggap cerita kau 'sampah'!
2. Laporan dari doktor. Kenapa tak terus buat sidang akhbar? aku tunggu cerita doktor juga! damn! tunggu polis 'edit'?

Subscribe to:
Posts (Atom)