Thursday, August 14, 2008

janji kamu lagi



Kadang-kadang saya kecewa dengan janji. Apatah lagi janji dari orang yang memang dikenali tidak bercakap betul (saya tidak panggil penipu). Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Hari ini cakap lain, esok buat lain. Kalau kalian jumpa dengan makhluk spesis ini, kalian hendak jadikan kawan?

Mungkin boleh berkawan, tapi tak perlu percaya setiap kata apatah lagi janji. Takut diri sendiri kecewa. Lebih-lebih lagi orang yang berjanji adalah seorang yang kita amat harapkan dan sepatutnya boleh dipercayai dan kita telah letak amanah padanya. Tidakkah kalian patut rasa marah dan kecewa?

Semalam dia berjanji lagi. Janjinya akan ditunaikan pada 1 September nanti. Tunggu, ”surprise!” katanya. Saya amat berharap, dia dapat mengotakan janjinya yang kali ini. Besar harapan saya sebesar harapan rakyat Malaysia.

Diulanginya berhari-hari. Katanya kalau mengikut pada keadaan semasa, boleh turun harga. Insyaallah 1 September tarikhnya. Sayalah orang yang paling melompat gembira! Dan terduduk semula bila mengenangkan diri orang yang berkata-kata.

Itu kalau ikut keadaan semasa, nak tunggu hingga 1 September, macam-macam perkara boleh berlaku. Saya risau, bukannya nak turun harga, lagi melambung naik jadinya! Sebab ikut keadaan semasa!

Entah.

7 comments:

kingbinjai said...

fiksyen semua tu

Semut Si Jurulatih said...

dah turun.dah.

Tok Rimau said...

Janji September. Ogos tu cerita Ogos.

Ku Keng said...

Selamat beribadah ramadhan dan semoga melebihi pencapaian ibadah dari tahun-tahun sebelumnya

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak, selamat berpuasa :)

Marzuki said...

apa citew?

Mr PenyuBiru said...

nie kes janji tinggal janji la nie.hehe..