Sunday, March 02, 2008

Ikrar

"Adalah dengan ini saya mengistiharkan akan mengharamkan setiap sen daripada cukai atau sumber pendapatan yang dikenakan ke atas saya yang telah disalahgunakan oleh sebarang parti-parti politik di Malaysia untuk tujuan berkempen" Kata Abang Mat menantunya si Syeikh Maulana.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selamat mengundi. Kalian yang lebih arif. Bijak memilih.

Thursday, February 21, 2008

Mesyuarat tanpa GB sebagai pengerusi

"Saya hendak begini" kata pengerusi 1

"Tak, kita perlu buat begini" kata pengerusi 2

"Saya cadangkan begini" kata pengerusi 3

"Tapi, cara yang begini lebih sesuai" kata pengerusi 4

"Kalau begini juga sesuai" kata pengerusi 5

"Cara yang mana kita yang buat ni?" tanya pengerusi 6

"begini!!" kata kerusi-kerusi.

Tuesday, February 12, 2008

kad laporan



baca lebih lanjut

Macam budak sekolah pulak!

“Satu merah bermakna satu sebat!” Tengking arwah abah. Sambil menghayun-hayun kad laporan peperiksaan digulung-gulungnya itu.

Saya terkedu di tepi dinding. Mengigil. Bukan takut kerana gagal dalam peperiksaan takut gagal dicalonkan semula.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seperkara yang hendak ditegaskan, kad laporan prestasi adalah penentu calon YB anda. Bukan di tangan anda.

Wednesday, February 06, 2008

Perangkap Cinta

Panggilan cemas ini saya terima sekitar jam 6.05 petang. Saya di kelas waktu p&p yang terganggu

+ Bah, tolong. Ibu terperangkap!
- Terperangkap? Macam mana?
+ Ibu dah kunci pintu rumah. Ingatkan kunci rumah ada kat dalam kereta.
- Dah tu? Datang sekolah la ambil kunci.
+ Tak boleh.
- kenapa?
+ Pintu pagar bermangga!
- pulak! (saya ketawa besar) terperangkap di tengah-tengah la ni! Tunggu ajelah abah balik

(sambung ketawa)

Wednesday, January 16, 2008

Dosa hari ini 2

Saya kadang-kadang menjadi pemalu sangat kerana sering meminta-minta kebenaran menggunakan makmal komputer sama ada untuk kerja-kerja peribadi mahupun menggunakannya untuk P&P. Saya telah menjadi penghuni tetap makmal komputer atau Pusat Akses, Di mana-mana masa terluang, di sinilah saya berkunjung. Selagi ada sambungan ke internet, di situlah saya.

Semalam seorang rakan menegur. Pelik katanya, semenjak dua hari lepas, sistem internet di Pusat Akses telah pulih. Sayalah orang terawal berkunjung untuk melayari internet. Katanya, kalau nak tahu internet sudah pulih atau belum, tengoklah, kalau ada saya, maknanya internet ok!

Haha!

Semenjak ‘bekalan’ internet di rumah telah diputuskan. Disinilah tempat saya melepaskan ketagihan. Kadang-kadang jadi malu, tetapi bila difikirkan, biarlah orang lain tidak mahu guna, biarlah saya yang monopoli!

Saya menyahut seruan unit ICT sekolah saya. MAKSIMUMKAN PENGGUNAANNYA!

Hahaha! (ketawa jahat)

Friday, January 04, 2008

Dosa hari ini

Perkara pelik yang orang lain nampak yang saya lakukan hari ini ialah:

Memakai lengkap baju kebangsaan ke sekolah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selamat Tahun Baru