Monday, August 24, 2009

Mahalkah?

Hasil kerja seni itu menjadi lebih berharga dan lebih dihargai. Oleh itu ianya mahal. Setiap produk seni bukan di bina seperti membuat kuih atau kek. Ianya tidak terjadi sendiri. Perlu melalui beberapa proses dan kreativiti sendiri.

Contoh sesebuah lukisan abstrak yang kita tidak faham apa-apa tetapi mempunyai harga yang sangat tinggi. Saya sendiri mengutuk, bila terlihatkan harganya, saya terfikir dan melihat sekali lagi apa yang menjadikan lukisan itu berharga sedemikian.

Harga juga menentukan kualiti. Kualiti yang baik mungkin mempunyai harga yang mahal. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu, perkara pertama yang saya tanya apabila seseorang meminta saya membuat minus one bagi sesebuah lagu, berapa peruntukan yang kamu ada? Supaya apa yang saya terima itu berbaloi dengan kerja-kerja saya dan pelanggan berpuas hati dengan hasilnya.

Tapi tidak semua orang faham. Kerja membancuh lagu bukan seperti membancuh kek. Letak tepung, gula, telur, dan kisar jadi kek! Rasanya buat kek pun susah juga kalau tak pandai. Kerja-kerja ini memerlukan kemahiran penggunaan software dan kekemasan permainan kibod. Barulah hasil kualiti bunyi ’sebijik’ macam yang asli.

Menyusun muzik MIDI tidaklah sebaik rakaman live dari studio rakaman. Rakaman melalui digital ini tidak menghasilkan bunyi yang hidup. Muzik MIDI memudahkan seseorang penyusun muzik melakukan kerja-kerja menyusun muzik bagi menghasilkan skor lengkap untuk pemuzik-pemuzik memainkan secara ’live’ untuk sebuah rakaman audio.

MIDI juga membantu saya mendapatkan pendapatan sampingan apabila ada permintaan untuk menghasilkan minus one ataupun karaoke apabila mereka tidak mendapatinya secara percuma di internet atau kawan-kawan. Sayalah yang dicari setelah semua kedai-kedai CD dan peniaga CD ’pirate’ di pasar-pasar malam semua dijelajah semata-mata untuk mencari minus one lagu Malaysia ku Gemilang untuk pasukan koir sekolah mereka bertanding.

Malangnya, mereka amatlah tidak menghargai hasil kerja saya dengan meletakkan harga tidak setimpal dengan kesungguhan saya menyiapkannya. Waktu tugas saya yang berlebihan, perlu diambil kira. Berjaga hingga jam dua, tiga pagi dengan kos nescafe panas semata-mata memenuhi tuntutan menyiapkan lagu tersebut dalam tempoh dua hari.

Bayangkanlah betapa hinanya pembuat muzik seperti saya apabila harga yang diterima hanya RM 30 untuk dua buah lagu. Maka, setelah membuat sedikit perbincangan dalam persatuan pembuat-pembuat muzik MIDI Johor, maka kami sepakat, harga minima untuk sebuah lagu MIDI ialah RM 250.

Itu untuk hasil yang mempunyai gred B. Gred A boleh mencapai sehingga RM 500. Kami ada beberapa kaedah untuk menghasilkan minus one ini. Mengikut kualiti dan gred masing-masing. Sekaligus mengangkat martabat pembuat-pembuat MIDI. Jangan anggap remeh kerja-kerja kami.

"Apa yang anda sediakan itu yang anda dapat".

Slogan baru kami.

Pengerusi
Persatuan Pembuat MIDI Johor.

6 comments:

Airmas sz said...

khehehehe cari makan susah macam ni .. ada persatuan pulak

Unknown said...

haha..

nak idup bang..

Tok Rimau said...

Baru nak minta ko buat soundtrack film pendek aku secara percuma. Mmm kao dah marah-marah gini, tak berani la mintak.

Unknown said...

tok! boleh. jangan lupa letak kredit le..

kingbinjai said...

lain kali ko patahkan je cd tu depan dorang

Mr. Dee said...

Sangat setuju tu En. Nizam. Diaorang ingat buat MIDI macam buat Power Point ke? template dah sedia.. tinggal nak taip setting.. buh efek..

Aduhs~!