Friday, June 13, 2008

Dunia hilang kasih




Kamu jangan harap penyanyi-penyanyi pujaan hati kamu untuk mencipta dan menulis lagu-lagu seperti lagu ini. Maka, saya yang tak berapa pandai dan tidak mahir ini berusaha untuk memikul tanggungjawab sosial saya. Selamat berjuang. Sila hayati.

dunia hilang kasih

yang sulung tingkatan lima
yang bongsu baru belajar mengira
mujur yang tua tak berkira
kerja rumah buat bersama

bukan hanya dua atau tiga
tapi lapan hampir seusia
rapat-rapat dekat-dekat
itulah lawan itulah sahabat

masih bersekolah besar belanja
kasih si ibu tetap satu
biarpun tangan hanya dua
berpisah jangan kasihnya satu

si suami baru setahun pergi
dalam satu kemalangan ngeri
tinggalkan kekasih hati
besarkan anak sendiri

si ibu sekolah tak tinggi
meniaga kecilan dibahu jalan
si ibu rasa susah hati
dengar berita dari kerajaan

harga minyak melambung tinggi
si ibu dah rasa kesan sampingan
walaupun tidak berkereta sendiri
melambung tinggi harga barangan

hidup susah dibeban lagi
menambah resah di sanubari
sembilan nyawa bertarung diri
demi hanya sesuap nasi

hatinya remuk malamnya menangis
pada siapa hendak dirintih
menangis, menangis terus menangis
mengenang dunia yang hilang kasih

lagu, lirik, video: gitartong

kalau kamu nak embed di mana-mana silalah!

2 comments:

kingbinjai said...

bagusla ko!

gitartong said...

aku tengah panas ni!