Wednesday, February 28, 2007

suara dia yang pertama

Rakan-rakan sekeliling memang prihatin. Mereka rajin bertanya khabar dan mengikuti perkembangan saya (dan keluarga). Mungkin ada di antara kita mungkin rimas dengan situasi yang mungkin mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan hidup anda. Banyak soalan-soalan yang berulang-ulang yang ditanya oleh individu-individu yang berbeza.

Awas! kadang-kadang soalan-soalan boleh memerangkap diri sendiri kerana orang yang bertanya belum tentu ikhlas dan jujur dengan soalan-soalan mereka. apa yang tersurat, ada maksud yang tersirat.

Dengan kekerapan soalan-soalan yang dikemukakan, membuatkan saya mula mencari jawapan yang menunjukkan kelebihan dan menguntungkan saya. Soalan yang sama, jawapan yang sama saya beri. Di ketika ini saya sudah mula muak dengan jawapan yang saya sediakan oleh kerana kekerapan soalan yang ditanya.

Disini, saya minta bantuan tuan, puan, saudara dan saudari sekalian, jika soalan ini yang ditanya;

"Anak kau dah pandai apa?"

kata saya, "Dah pandai minta adik dah"

Ada idea lain tak? saya sudah bosan menjawab.

Monday, February 12, 2007

Identiti yang terbongkar

Wah! tidak di duga. Malahan tidak disangka-sangka. Jika tuan-tuan dan puan-puan tidak perasan, sila perhatikan dengan teliti susunan bulan dan tahun yang terdapat disebelah kiri muka hadapan blog saya ini. Ianya bermula pada Januari 2006 dan ketika saya menulis ini, kita sudah memasuki bulan kedua dalam tahun 2007.

Apakah maknanya? apakah maksud tersirat yang ingin saya sampaikan? Saya percaya semua pembaca-pembaca blog ini, adalah dikalangan mereka yang cerdik pandai. Maksud yang tersirat dan tersurat adalah permainan anda. Saya tahu anda hebat. Tidak perlu saya sebut dan sanjung anda tinggi-tinggi kerana kehendak anda untuk berkunjung di sini sebenarnya pun tidak menafikan kehebatan saya juga.

Jika anda adalah pembaca dan komentaris pertama entri ini, anda adalah orang yang paling bertuah. Saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan sesuatu untuk anda sebagai menghargai usaha anda membahagiakan saya. Ya, mereka yang meninggalkan komen dan berkunjung disini sebenarnya membahagiakan saya. Besar sungguh jasa anda. Jangan lupa meninggalkan alamat anda ke dalam email saya. Ingat! pembaca dan komentaris pertama saja.

Dan, untuk entri ini juga saya menantikan komentaris yang tidak pernah meninggalkan sebarang komen di sini. Saya akan menjejak komentaris ini dan membuktikan kesahihannya (sama ada pernah me'ngomen' atau tidak) Jangan lupa meninggalkan alamat anda juga.

Seperti cikgu Fadzillah yang bertanya pada saya, "engkau ni gitartong ya?" hampir tersedak saya apabila ada seseorang di dunia nyata saya menegur sebegitu.

"Akak baca semua yang kau tulis dalam blog kau. Kelakarlah, pandai sungguh kau menulis"

"Korang patut baca blog gitartong." sempat pula mempromosi pada rakan-rakan guru yang lain.

"Cikgu-cikgu patut menulis. Bila pula akak nak buka blog?" saya, dengan hidung yang mengembang.

Begitu juga dengan Mohd Wafiq tahun 3 Mahir,

"Cikgu! cikgu! gitartong!"

Hampir tersadung kaki saya ketika melangkah. Saya akan temuramah budak ini di satu masa yang lapang.

Hari ini dan hari-hari yang mendatang adalah amat membahayakan kerana identiti saya hampir terbongkar.

Tuesday, February 06, 2007

jangan.. tidur!


Andek Mohd. Amienudin (ketua kelas 2 Mahir) kata, "Tidur-tidur ayam tu, maksudnya orang yang tidur bersama-sama dengan ayam."


Saya kata, "Bagus! nasib baik tidak ada simpulan bahasa, tidur-tidur harimau ke, singa ke, buaya ke.."

Friday, February 02, 2007

Tahniah!

Mujurlah.. hendak bersolat di masjid tidak berbayar. Orang India di Malaysia, hendak bernazar kena bayar RM 10.00. Musim raya, buat duit..


Thursday Nite Live wi' pakcik Sami