Friday, May 25, 2007

Pascaprakata

sajak-sajak suci abdullahjones


Antara sebab (bukan sebab utama) saya teruja dengan buku sajak-sajak suci abdullahjones (aj) ialah kerana terpampang gambar seorang lelaki kurus berbaju dan bertopi biru yang berkumis dan berjenggot itu (bukan bermaksud gilakan lelaki itu. Choi!). Saya menyangkakan itulah wajah misteri aj. Setelah di belek2 isinya barulah dimaklumkan lelaki berbaju dan bertopi itu ialah Ahmad Zahidi Abdul Majid selaku model cover.

Umpan yang baik. Bagaimanapun perkara itu bukanlah mengecewakan saya. Adalah lebih mengecewakan jika tidak memilikinya langsung. Kumpulan sajak-sajak suci aj, adalah tulisan yang berada diluar batas sajak-sajak normal (yang gah di akhbar-akhbar tempatan) yang kadang-kadang tidak menarik langsung di baca dan entahkan dibaca ataupun tidak.

Sajak-sajak aj tidak memerlukan laras bahasa yang tinggi. Tidak memerlukan kalimah-kalimah yang futuristik atau bombastik. Bahasanya mudah difahami, kata-kata yang biasa digunapakai dalam bahasa seharian namun masih mempunyai falsafah, idea dan ilmu yang tinggi.

Kadang-kadang membuatkan kita tertanya-tanya seolah-olah perkara yang disebutkan dalam sajak-sajak aj itu, benar-benar terjadi pada kita atau pernah kita alami dan aj mencatatkannya. Kita sebagai manusia biasa pernah mengalami perasaan marah, geram, rindu, kecewa, cinta, kasih dan pelbagai perasaan lain dan aj mencatat perasaan itu sepertimana kita merasainya dengan rencah kata yang menarik dan segar.

Kumpulan sajak-sajak suci aj bersifat me’rakyat’. Dari cerita rakus politikus hingga cerita tikus jalang di lorong-lorong gelap, cerita rakus datuk memakan cucu hinggalah cerita cinta romantik, aj mencipta naratif yang selari dengan selera rakyat kelas marhain. Koleksi sajak-sajak untuk min misalnya amat menyentuh perasaan dan mengkelaskan aj sebagai lelaki romantik kelas pertama (airmas_sz mungkin juga bersetuju).

Sudah. Saya tidak suka memuji aj melampau-lampau. Risaukan beliau bangga hingga lupa daratan. Tulisan saya juga hanyalah sedikit komentar dari ilmu yang tidak setinggi mana. Hanya pendapat bersifat peribadi atas pengalaman sendiri. Kalian yang membacanya jangan terus menerima sementah-mentahnya dan menolak sebulat-bulatnya. Saya tidak berniat meracun sesiapa untuk membelinya (terpaksa disebutkan kerana risau dikenakan sebarang tindakan di bawah akta hasutan)

nizam_r@gitartong

7 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Aku juga sudah menghidu, merasa dan mengunyah karya AJ itu. Menelannya pun sudah, cuma agaknya mencernanya baru sedikit-sedikit juga. Sistem penghadaman aku agak lambat - maklumlah perut aku ramping ! ha ha.

Membaca sajak-sajak suci [mengapa 'suci' agaknya..?] mengingatkan aku sajak-sajak Salleh Ben Joned cuma AJ mungkin lebih berhemah. Dan sesekali mengingatkan aku pada sajak-sajak Remy Sylado. Aku rasa tidak adil kalau aku ingin membandingkan AJ dengan penyair lain, AJ tetap AJ. AJ tetap dengan kelainannya.

Sajak-sajak agak mudah dan bersahaja, senang untuk difahami, tapi dalam mudah dan bersahajanya bersira mesej yang sinis dan sesekali agak sarkastik.

Cukuplah komen aku. Panjang-panjang nanti, takut jadi satu entri pula.. :)

Anonymous said...

akum..hai..selamat berkenalan..rajin2 singgahlah ke blog saye..hehehe..www.shahlina1985.blogspot.com

Ku Keng said...

saya rasa untuk memegang atau menganggung buku Sajak Suci ini tak perlu berwudhuk!

:-))

DeeN said...

sajak - sajak suci adalah suci daripada campurtangan anasir-anasir yg tidak suci dari luar sana yang sangat tidak suci. Utk men suci kan minda anda adalah disarankan anda mendeklamasikan sajak-sajak suci selepas ber'suci'[baca: bebas dari minda terjajah]

Butaseni@Wan Raja said...

salam
kebetulan saya baru beli buku ni,
memang best.....lagi satu,
gua suka blog lu.
salam

arianna adrizal said...

bila mau keluarkan buku sendiri cikgu?

Pegawai Khalwat said...

Aku belum beli.

Sebab aku akan pinjam dari Butaseni dulu.

Ha ha ha....