Saturday, April 14, 2007

Pengajaran dan Pembelajaran


Fuh! Fuh! puas saya mengemas membuang habuk sawang di blog ini. Agaknya siapalah yang telah menyumpah saya hingga membuatkan saya begitu malas untuk menjengok blog sendiri. Ha! ha!

Apatah lagi untuk menjengah blog kalian. Maaf, beb. Perhubungan saya dengan dunia maya terganggu kerana talian perkhidmatan di rumah telah ditamatkan kerana.. kerana saya ingin menamatkannya. Akan bersambung semula apabila keadaan mengizinkan dan mempunyai kelapangan.

Walhal, saya mempunyai tanggungjawab yang banyak di dunia blog ini. Ya, tanggungjawab. Saya mempunyai banyak tanggungjawab sehinggakan banyak tanggungjawab-tanggungjawab yang terpaksa tidak dipertanggungjawabkan. Mujur di sekolah ada perkhidmatan ini. Percuma pula itu. Apa perlu lagi di rumah? Berbayar? Ha! ha!

Tulisan kali ini adalah bagi melepaskan kerinduan kalian pada saya. Begitu juga sebaliknya. Alhamdulillah, anak saya semakin sihat dan membesar dengan normal. Cuma kadang-kadang terasa ketumbuhbesarannya lebih cepat berbanding bayi-bayi yang lahir sebelumnya.

Mungkin selepas ini kami akan meninggalkan kediaman yang selama ini kami duduki. Bukan merajuk, marah atau geram. Tetapi sebagai kelangsungan terhadap hidup. Membina keluarga sendiri. Kerana kami sedang belajar, dari isteri menjadi ibu, suami menjadi abah dan Ilham menjadi anak.

4 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Kami juga tertanya-tanya mana perginya cikgu selama ini... Rindu juga dengan entri-entri dan komen cikgu.. ha ha ha

Ku Keng said...

Alhamdulillah. Syukur semuanya bertambah baik.

Led said...

ko mmg dasat, Bro....ko ada jual copy lagu kat blog ko nih...sedap la plak...

Anonymous said...

Huh. I'm back.

Bersawang eek? Aku lagi laa..

aku dah pindah url.