Wednesday, September 13, 2006

Kacakkah?

Saya berceloteh panjang lebar bercerita tentang album demo saya kepada seorang gadis awal 20an yang bakal menjadi mangsa kepada pembeli album demo ini semasa pelancarannya di Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan Negeri Johor anjuran DBP Wilayah Selatan baru-baru ini.

Saya tabur pelbagai kata-kata manis dan racun bisa agar beliau tertarik dengan lagu-lagu sajak saya. Tidak cukup dengan itu, saya mainkan pada CD player pula lagu-lagunya, sambil bercerita pula tentang proses menggubah muziknya. Yang menjadikan saya bersungguh mempromosikannya, adalah kerana rasa minat yang ditunjukkan.

Gadis ini lebih banyak mengangguk dan meng'mmm' sahaja. cuma sesekali terkeluar beberapa patah kata.

Terpacul satu soalan yang membuatkan saya rasa kecewa dan bersedih hati,


"Kenapa dalam cover album ini takde gambar abang?"


*ceh!


Namun untuk tidak mengaku kalah,

"Abang terlalu kacak untuk diletakkan gambarnya dalam album ini. Bukan tarafnya!"


*apalah budak ini.. (dalam hati)

*Tamat*


Pss.. gitartong mungkin akan mengiklan album pada Pertandingan Nyanyian Solo Guru-Guru Negeri Johor (PSKPP) di Muar pada sabtu bersamaan 16 Sept 2006 dan di Majlis Penyampaian Hadiah Penulisan Wilayah Selatan di Hotel Seri Malaysia, JB pada ahad bersamaan 17 Sept 2006. Insyaallah. Jemputlah datang. Beli album. Ajak adik-beradik anda semua. Pakat beli ramai-ramai. Haha!

Beli album klik sini. CD album untuk Kingbinjai telah di pos dan dalam perjalanan. Terima kasih kerana menyokong.

19 comments:

Izhal said...

cover album tu memang penting juga ya tuan guru... mungkin boleh buat macam album metallica, gambar ahli musiknya di bahagian dalam...

TAPI lain macam la ayat budak tu... dia memuji ke mengutuk???

Anonymous said...

cover tak cantiklah.
taknaklah.
muahaha


akunyer claim belum masuk maa

kingbinjai said...

hahaha apalah minah tu, tapi bak kata book, kita pandang dari sudut positif, mungkin adanya gamabar kau dapat minah tu tatap 24 jam!

pst, dah hanto ke belum? gatal telinga dah aku nie

arianna adrizal said...

cikgu,

beritahu saja pd dia,

"album gambar abg akan menyusul tak lama lagi. nantikan!"

wakakakaka!

Pegawai Khalwat said...

Yang masuk dalam paper Berita Harian tempoh hari tu muka hang ka?

d5 said...

ni nak beli cd ke nak gambar empunyer?

Anonymous said...

izhal
haha! mungkin dia memuji kehenseman saya. rugi rasanya tidak dilekatkan gambar dalam cover.

ron97
nak tunggu claim hang, macam tunggu buah tak guguq. haha!

kingbinjai
nak feel gambar saya untuk apa? bahaya ni! CD anda dalam perjalanan. dah pos semalam..

Pegawai Khalwat
tak tau pula. masuk akhbar ka? kalau yang berita kena tangkap ka, bukan aku la..

laddyberd
haha! ini isunya..

blackpurple @ jowopinter said...

Dalam 1-2 hari ni kan bank in.... Diikuti dengan panggilan telefon.

Jangan lupa poster bersaiz A0 bertandatangan yer..?

Sir Mute Key Chicks said...

kau kacak?bukan kah kau juga spesis tembun?eh.eh.eh.tadik aku panggil ikan kembung gulai sebagai ikan tembun gulai.haha

kingbinjai said...

bang, album dah selamat sampai! terima kasih!

Anonymous said...

blackpurple
saiz AO? besar tu! bukan ada muka aku pun..

semut
ye, aku kacak

kingbinjai
selamat menghayati..

Sastri said...

wow... curious nak tau rupa cikgu nih... :-)

Airmas sz said...

sastri ... menyesal nanti ..hehe

Anonymous said...

sastri
rugi tak tengok saya bertentang mata. rugi sangat.

airmas
haha! kau jeles.. haha!

Anonymous said...

hehehe bawa cd banyak2 semasa gathering GJ 2006 nanti. kalau ada yang bertanya boleh terus jual!

datang ye gath nanti jgn tak datang :)
king dgn ron boleh jadi backup vocal hehehe

kingbinjai said...

banyak lau kau op! hahahaha

kunci hilang said...

saya pernah tengok album kumpulan Wings yang dicetak rompak dijual tidak sampai lima ringgit sekeping. Patutlah pada kulit albumnya penyanyinya nampak berserabai. Haha.

Anonymous said...

Op
Insyaallah. akan sampai. memang nak jual CD

kingbinjai
haha

kunci hilang
sebab itu saya tidak letak gambar pada kulit album. agar ianya tidak dicetak rompak. haha!

tumismenumis said...

Bagus jugak takder gambar muka ni, orang nak puji puji pun tak tau sapa orang dia, nak kutuk pun tak tau sapa jugak.

Dengar jer la.