Monday, August 24, 2009

Mahalkah?

Hasil kerja seni itu menjadi lebih berharga dan lebih dihargai. Oleh itu ianya mahal. Setiap produk seni bukan di bina seperti membuat kuih atau kek. Ianya tidak terjadi sendiri. Perlu melalui beberapa proses dan kreativiti sendiri.

Contoh sesebuah lukisan abstrak yang kita tidak faham apa-apa tetapi mempunyai harga yang sangat tinggi. Saya sendiri mengutuk, bila terlihatkan harganya, saya terfikir dan melihat sekali lagi apa yang menjadikan lukisan itu berharga sedemikian.

Harga juga menentukan kualiti. Kualiti yang baik mungkin mempunyai harga yang mahal. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu, perkara pertama yang saya tanya apabila seseorang meminta saya membuat minus one bagi sesebuah lagu, berapa peruntukan yang kamu ada? Supaya apa yang saya terima itu berbaloi dengan kerja-kerja saya dan pelanggan berpuas hati dengan hasilnya.

Tapi tidak semua orang faham. Kerja membancuh lagu bukan seperti membancuh kek. Letak tepung, gula, telur, dan kisar jadi kek! Rasanya buat kek pun susah juga kalau tak pandai. Kerja-kerja ini memerlukan kemahiran penggunaan software dan kekemasan permainan kibod. Barulah hasil kualiti bunyi ’sebijik’ macam yang asli.

Menyusun muzik MIDI tidaklah sebaik rakaman live dari studio rakaman. Rakaman melalui digital ini tidak menghasilkan bunyi yang hidup. Muzik MIDI memudahkan seseorang penyusun muzik melakukan kerja-kerja menyusun muzik bagi menghasilkan skor lengkap untuk pemuzik-pemuzik memainkan secara ’live’ untuk sebuah rakaman audio.

MIDI juga membantu saya mendapatkan pendapatan sampingan apabila ada permintaan untuk menghasilkan minus one ataupun karaoke apabila mereka tidak mendapatinya secara percuma di internet atau kawan-kawan. Sayalah yang dicari setelah semua kedai-kedai CD dan peniaga CD ’pirate’ di pasar-pasar malam semua dijelajah semata-mata untuk mencari minus one lagu Malaysia ku Gemilang untuk pasukan koir sekolah mereka bertanding.

Malangnya, mereka amatlah tidak menghargai hasil kerja saya dengan meletakkan harga tidak setimpal dengan kesungguhan saya menyiapkannya. Waktu tugas saya yang berlebihan, perlu diambil kira. Berjaga hingga jam dua, tiga pagi dengan kos nescafe panas semata-mata memenuhi tuntutan menyiapkan lagu tersebut dalam tempoh dua hari.

Bayangkanlah betapa hinanya pembuat muzik seperti saya apabila harga yang diterima hanya RM 30 untuk dua buah lagu. Maka, setelah membuat sedikit perbincangan dalam persatuan pembuat-pembuat muzik MIDI Johor, maka kami sepakat, harga minima untuk sebuah lagu MIDI ialah RM 250.

Itu untuk hasil yang mempunyai gred B. Gred A boleh mencapai sehingga RM 500. Kami ada beberapa kaedah untuk menghasilkan minus one ini. Mengikut kualiti dan gred masing-masing. Sekaligus mengangkat martabat pembuat-pembuat MIDI. Jangan anggap remeh kerja-kerja kami.

"Apa yang anda sediakan itu yang anda dapat".

Slogan baru kami.

Pengerusi
Persatuan Pembuat MIDI Johor.

Saturday, May 30, 2009

'Ter' eksiden

+ bagaimana nak terangkan maksud imbuhan 'ter'. aa.. satu perbuatan yang.. aa... err..

- perbuatan atau perilaku yang tidak disengajakan. tu pun susah ke?

+ Ooo.. contoh, 'sepak'. 'tersepak'. "saya tersepak batu itu". ataupun 'langgar'.

- 'terlanggar'

+ contoh ketika mengundur kenderaan, saya terlanggar tiang lampu. Biasanya perbuatan yang tidak disengajakan ini, yang 'ter' itu boleh dimaafkan, kan?

- tak boleh!

+ boleh la. kalau I tak sengaja.

- Jahanam kereta I!

Sunday, May 24, 2009

Sekitar Majlis

Berikut sekitar shot Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2009 yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Pasir Gudang. Yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Tapi ini gambar-gambar Edukator dan cikgu-cikgu pasir gudang sahaja! Tiada tempat untuk VVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVVIP.

Hahahaha!


Seperkara lagi, rakan-rakan guru yang memang berniat berkunjung disini untuk men'download' gambar-gambar disini, silakan. Tiada sekatan di langit terbuka. Bersama-sama ini saya sertakan no akaun maybank saya, 151306667720. Sebagai rujukan tuan-tuan dan puan-puan.

Hahaha!























Friday, May 22, 2009

Sesi raptai yang berkali-kali

Sudah namanya raptai, sudah semestinya berkali-kali. Tak cukup sehari harus buat dua tiga hari. Kami cikgu-cikgu suka. Keluarkan sahaja suratnya. Keluar dari sekolah kadang-kadang menggembirakan.

Tapi raptai berkali-kali juga men’tension’kan. Suara nak pakai lama. Nyanyi berkali-kali memenatkan. Apatah lagi berdiri lama-lama, melenguhkan. Ingatkan keluar dari sekolah, lepas dari kepenatan. Rupanya lebih membebankan.

Haha! Baru padan.

Tapi best beb! Edukator bekerjasama dengan cikgu-cikgu pasir gudang. Jumpalah kawan-kawan lama yang dulu makan sedulang. Riuh rendah macam dulu-dulu sampai sekarang. Yang dah kenal, bertepuk tampar. Yang belum kenal, bertukar-tukar gambar.

Haha!

Penatnya kaki bukan kepalang. Biasa kerja pagi, pulang satu tengahari. Ini raptai buat cikgu-cikgu susah hati berlanjutan sampai ke petang. Mana nak fikir rumah, anak-anak lintang pukang. Laki balik takde apa nak hidang. Kain baju berjemuran sampai ke petang.

Nasib baik suara tak hilang. Menyanyi bagai nak rak, esok majlis tunggang langgang jugak. Raptai selesai, perut pun muai. Nasib baik ada makan, kalau takde lain kali jangan layan. Perut dah kenyang, boleh cabut. Jumpa lagi esok. Jangan kalut.












Thursday, May 21, 2009

di majlis JPNJ

Edukator di Majlis Sambutan Hari Guru dan Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Johor. Beberapa jam sebelum ke raptai Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor di Pasir Gudang.

Sibuk sungguh kami. Macam artis!

Harap maaf. tiada gambar ketika nyanyian kerana fotografernya turut menyanyi sama.







Saturday, May 16, 2009

Edukator berkumpul lagi

Edukator sedang bekerja keras untuk menghadapi satu persembahan besar bersempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor. Memandang tugas ini terlalu berat maka, segala persiapan harus dilakukan dengan teliti, cermat dan tersusun.

Almaklumlah, dengar khabar VIPnya seorang timbalan menteri. Supaya tidak dilabelkan kalut dan tidak senonoh, maka Edukator harus bersedia. Maka berkumpullah lagi Edukator di tempat latihan kami di IPTI.

Sebagai profesional, apalah sangat majlis ini. Kalau sekadar persembahan sebegini, sudah berpuluh kali Edukator muncul. Bak kata En. Isa Amri, ”Tak perlu risau, di hari majlis kelak akan didatangkan malaikat-malaikat dari langit yang menjadikan persembahan Edukator dan guru-guru Pasir Gudang mantap dan bertenaga!”

Maka, kami sama-sama ketawa!