Sunday, December 06, 2015

Sedia untuk konvokesyen

Hari ini sesi taklimat. Esok isteri berkonvo dahulu, lusa saya pula. Setelah empat tahun bergelumang dalam program pensiswazahan guru ambila jun 2011, akhirnya habis juga. Teringat semasa awal2 dulu. Terasa macam tak sempat nak habis. Alhamdulillah..

Buat anak2 ini adalah bukti bahawasanya ibu dan abah kamu ada ijazah. Dan kamu seharusnya lebih hebat dari ini. Setidak2nya sama hebat seperti kami.

Buat mak, adik beradik dan keluarga, terima kasih atas sokongan dan bantuan kalian sepanjang empat tahun kebelakangan ini. Terima kasih menjengok anak2 kami ketika kami menghadiri kuliah, peperiksaan dan sebagainya..

Cuma saya simpati pada isteri kerana tiada keluarga sebelah isteri yg sama2 dengan kami meraikannya. Mungkin masing2 ada  halnya. Walau apa pun, terima kasih semua.

Tahniah isteriku. Kita rai sama2!

Saturday, December 05, 2015

Main itu satu keseronokan

Nuha Ilham.

Permainan jenis beroda sebegini mudah benar utk ilham kuasai. Tak sampai setengah jam segway ini mudah dikendalikan.

Abah harap, ko bukan handal pada permainan itu semata2. Semua yg ko buat dlm hidup bole berjaya juga..

Amin..

Lama sudah membeku

Salam. Blog ini sudah hampir 4 tahun tidak diupdate. Saya rasa sudah mula gian utk menulis. Walau sebenarnya saya tidak tahu apa yang patut saya tulis. Tetapi saya mahu menulis. Mungkin pada masa2 mendatang, dapatlah saya kongsikan sesuatu  di sini.

Mungkin di sini juga dapat saya merakam apa jua perkara ingatan yang menjadi kenangan pada saya, keluarga dan anak2..

Insyaallah. Moga2 saya dapat terus menulis disini..

Amin.

Friday, February 03, 2012

ini bukti blog ini masih aktif

Buang tebiat bila teringin untuk mula menulis semula. Di blog yang dah bersawang..

Tuesday, May 04, 2010

EGTUKAR

BOS: Saya cuma hendak memastikan yang cikgu-cikgu saya bekerja di landasan yang betul itu saja.

PEKERJA: Saya cuma nak bertanya, adakah saya, maksud saya, kami "pekerja" mempunyai hak untuk memastikan yang pengetua bekerja di landasan yang betul?







* Pekerja telah disarankan untuk mengisi EgTukar.

Tuesday, March 23, 2010

salah persepsi

Kalau di sekolah mana-mana, bila kau dengar ada budak terjerit-jerit, terpekik-pekik, bising teramat sangat, kau akan ada dua tanggapan:

1. Tiada guru dalam kelas
2. pelajar-pelajarnya kena histeria

Dan guru yang sedang mengajar dikelas berhampiran akan terganggu. Mula datang untuk menyerang dan menegur kelas yang sedang huru-hara itu.

Tapi di sekolah baru saya ini, situasi itu biasa. Sebab pelajar sedang berlatih 'acting'. Pastinya itu kelas teater. Saya sedang membiasakan diri untuk itu.









moh, tonton filem pendek. Aturan Mondok