Wednesday, May 21, 2008

A, untuk apa?


Ibunya Sabariah (bukan nama sebenar) mengeluh tentang anaknya yang sukar untuk mendapat keputusan A setiap kali dalam ujian di sekolah. Sebagai seorang AJK dalam **** itu, beliau meminta idea bagaimanakah untuk anak beliau mendapat A setelah pelbagai usaha keras telah diambil seperti menghantar tuisyen, kelas tambahan disekolah dan bersolat dan berdoa. Namun hasilnya tidaklah memberansangkan.

Saya teringat reaksi ibu sendiri yang membebel kerana gagalnya saya mendapat keputusan yang baik dalam ujian semasa disekolah. Selain mendapat hadiah istimewa oleh arwah abah, waktu itu apa yang difahami ialah dapat A itu wajib dalam peperiksaan. Jika tidak dapat A itu, adalah asing bagi orang lain. Mendapat keputusan selain dari A adalah mengaib dan memalukan. Seolah-olah menghantar anak kesekolah adalah sia-sia kerana tidak dibayar dengan keputusan A.

Hari ini saya mempunyai pandangan yang berbeza. Saya melihat semua murid mempunyai potensi diri yang berbeza. Bukan semua murid pandai dalam pelajaran. Saya dulu pun bodoh. Setidak-tidaknya saya menjadi saya hari ini. Saya juga tidak cemerlang dalam peperiksaan, SPM saya cukup-cukup makan.

Keputusan A dalam peperiksaan bukan bermakna kita cemerlang dalam hidup. Begitu juga sebaliknya. Seolah-olah, hidup ini tidak ada sebarang makna jika tidak memiliki A dalam peperiksaan. Mengejar ilmu itu adalah bertujuan mengumpul sebanyak A dalam keputusan peperiksaan. Berbaloikah?

Adalah sesuatu yang sia-sia jika ilmu yang dipelajari adalah semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan bukannya ilmu itu digunakan untuk masyarakat, agama mahupun bangsa. Walaupun ibunya Sabariah kecewa anaknya tidak mengumpul A dengan banyak, bersyukurlah. Anaknya masih dianggap berjaya selagi anaknya tidak mendapar D atau E. Tamakkan kita?
.
.
.
.
.
Soalan kuiz:

1. Denda apakah yang sesuai bagi murid yang tidak membawa buku tulis, buku teks atau aktiviti ke sekolah?

A) Berdiri atas meja
B) Berdiri di luar kelas
C) Biarkan saja
D) Menyanyi

Pss.. saya boleh buat yang D sebab saya mengajar Muzik. Haha!

4 comments:

kad0k said...

sy sgt setuju..jika A dlm pelajaran bukan bererti A juga dlm hidup..saya ada contoh yg sgt baik...dan sy belajar dari itu..:)

blackpurple @ jowopinter said...

Mana lebih afdal; A berderet tapi samseng atau D yang berderet tapi bertaqwa.

E - Menulis entri menarik di blog. Hahaha

butaseni said...

kalau aku,aku akan tambah homework budak tu.double.baru diorang takut nak buat hal.:D

semut said...

haha.aku bagi dorang seketul batu bata untuk setiap buku yang tidak dibawa. hasilnya.ibu murid datang dan menyerang guru besar.haha