Tuesday, March 18, 2008

Rumah En. GT disimbah cat



Johor Bahru, 14 mac 2008- Rumah En. GT telah di simbah cat oleh segelintir pihak yang dikenalpasti telah berpuashati terhadap khidmat yang En. GT dalam mentadbir, mengurus dan mendidik anak-anak masyarakat setempat. Perbuatan itu telah mengakibatkan rumah beliau berubah warna secara fizikalnya.



Kejadian itu berlaku semasa cuti sekolah yang lalu sewaktu kempen dan semakin hampir dengan hari pilihanraya. Menurut pembantu rumah beliau, Cik Sopranowati (bukan nama sebenar) yang terlihat kejadian itu menyedari kehadiran beberapa anggota masyarakat yang datang pada jam 3 pagi untuk menyimbah cat.



Pihak polis yang datang untuk memeriksa kawasan rumah telah menjumpai beberapa tin dan tong cat dan berus yang belum dibersihkan (belum direndam dalam ’thinner’ yang telah membangkitkan kemarahan beliau) Bagaimanapun tiada kesan cap jari atau DNA yang ditinggalkan. Polis mensyaki sarung tangan telah digunakan.



Perbuatan itu dikatakan ada kaitan dengan keputusan En. GT tidak mendaftar sebagai pemilih di kawasan Parlimen Gelang Patah dan DUN Nusajaya sebaliknya kekal mengundi di Parlimen Bandar Tun Razak.



Bagaimanapun beliau yang tenang ketika ditemuramah wartawan berkata akan tetap kekal dengan keputusan beliau dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyimbah-penyimbah cat berkenaan atas kekemasan hasil simbahan katanya sambil tersenyum.

2 comments:

kingbinjai said...

ooo ooo rumah baru ya?

Floyd said...

erm...

aku agak slow...

but mana simbahan cat itu?