Friday, May 25, 2007

Pascaprakata

sajak-sajak suci abdullahjones


Antara sebab (bukan sebab utama) saya teruja dengan buku sajak-sajak suci abdullahjones (aj) ialah kerana terpampang gambar seorang lelaki kurus berbaju dan bertopi biru yang berkumis dan berjenggot itu (bukan bermaksud gilakan lelaki itu. Choi!). Saya menyangkakan itulah wajah misteri aj. Setelah di belek2 isinya barulah dimaklumkan lelaki berbaju dan bertopi itu ialah Ahmad Zahidi Abdul Majid selaku model cover.

Umpan yang baik. Bagaimanapun perkara itu bukanlah mengecewakan saya. Adalah lebih mengecewakan jika tidak memilikinya langsung. Kumpulan sajak-sajak suci aj, adalah tulisan yang berada diluar batas sajak-sajak normal (yang gah di akhbar-akhbar tempatan) yang kadang-kadang tidak menarik langsung di baca dan entahkan dibaca ataupun tidak.

Sajak-sajak aj tidak memerlukan laras bahasa yang tinggi. Tidak memerlukan kalimah-kalimah yang futuristik atau bombastik. Bahasanya mudah difahami, kata-kata yang biasa digunapakai dalam bahasa seharian namun masih mempunyai falsafah, idea dan ilmu yang tinggi.

Kadang-kadang membuatkan kita tertanya-tanya seolah-olah perkara yang disebutkan dalam sajak-sajak aj itu, benar-benar terjadi pada kita atau pernah kita alami dan aj mencatatkannya. Kita sebagai manusia biasa pernah mengalami perasaan marah, geram, rindu, kecewa, cinta, kasih dan pelbagai perasaan lain dan aj mencatat perasaan itu sepertimana kita merasainya dengan rencah kata yang menarik dan segar.

Kumpulan sajak-sajak suci aj bersifat me’rakyat’. Dari cerita rakus politikus hingga cerita tikus jalang di lorong-lorong gelap, cerita rakus datuk memakan cucu hinggalah cerita cinta romantik, aj mencipta naratif yang selari dengan selera rakyat kelas marhain. Koleksi sajak-sajak untuk min misalnya amat menyentuh perasaan dan mengkelaskan aj sebagai lelaki romantik kelas pertama (airmas_sz mungkin juga bersetuju).

Sudah. Saya tidak suka memuji aj melampau-lampau. Risaukan beliau bangga hingga lupa daratan. Tulisan saya juga hanyalah sedikit komentar dari ilmu yang tidak setinggi mana. Hanya pendapat bersifat peribadi atas pengalaman sendiri. Kalian yang membacanya jangan terus menerima sementah-mentahnya dan menolak sebulat-bulatnya. Saya tidak berniat meracun sesiapa untuk membelinya (terpaksa disebutkan kerana risau dikenakan sebarang tindakan di bawah akta hasutan)

nizam_r@gitartong

Wednesday, May 23, 2007

Makan-makan

+ "Jom keluar! jalan-jalan ka.. makan-makan ka.. lama aku tak rasa duit kau!"


- "Gila! mana ada duit. Hujung bulan ni.."


+ "Ala.. jom la 'celebrate'"


- "Celebrate apa pulak?"


+ "Gajikan dah naik?"


- "Bengong! bulan tujuh la baru naik!"


+ "Ooo.."

Wednesday, May 16, 2007

Lilin yang terbakar




Jika kamu guru, pastinya anda sedang sibuk membuka bungkusan-bungkusan hadiah dari anak murid anda yang berkarung-karung itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Selamat Hari Guru, Cikgu!" ucap Andek Mohd. Amienudin (2 Mahir).

Monday, May 07, 2007

Khusyuk!


Berikut antara usaha Nuha Ilham untuk menjadi bayi yang cerdik.. Khusyuk!