Saturday, January 30, 2016

Anak lelaki abah

Ilham.

Setiap telunjuk itu bukan seharusnya kamu turut.
Walaupun telunjuk itu dari bapamu.
Kalau telunjuk itu lurus, wajarlah kamu turut.
Kadang2 tanpa telunjuk itupun kamu masih mampu untuk memilih.
Bapa kamu bukan sempurna.
Bapa kamu manusia biasa.

Ilham, kata2 ini untuk kamu lagi.

Yang salah, yang senget, yang condong, yang bengkok itu, jangan kamu turut.
Kerana masih ada jalan yang baik untuk kamu lalui.
Pilih matlamat yang jelas.
Pilih laluan yang kemas.

Ilham,

Ilham dari bapamu berakhir untuk kali ini.

Abah.

Friday, January 29, 2016

Budaya menulis dan deklamasi

Saya minat puisi.

Saya dalam rangka program baca puisi disekolah saya. Kalau jadi, saya buka pada mereka yang suka menulis, membaca dan deklamasikan sajak.

Kamu patut cuba. Seronok!

Sunday, January 10, 2016

Generasi pertama saya

Saya mula bertugas di sekolah seni malaysia johor seawal 2010. Di waktu itu, saya tiada pengalaman mengajar sekolah menengah. Saya hanya mengajar di sekolah kebangsaan taman sri pulai lima tahun sebelumnya.

Atas dasar minat dan cinta yg mendalam dalam ilmu muzik, saya cabar diri saya untuk mengajar di sekolah seni johor bahru namanya ketika itu.

Saya rasa saya hebat, saya pandai dan saya mampu mengajar di sini. Namun hakikatnya, ilmu saya masih sedikit, masih kecil dan gah utk orang sekitar2 sahaja.
Bayangkan, baru minggu pertama sesi persekolahan tahun 2010 ketika itu, saya sudah mahu menarik diri untuk mengajar di sekolah seni. Saya rasa tidak yakin, kemahiran kurang dan kecil. Walau hakikatnya saya besar.

Saya maklumkan pd pengetua waktu itu, utk kembalikan saya ke sekolah rendah semula walaupun sebelum itu semasa temuduga saya amat berkobar2 untuk diterima dengan alasan utk keluar sekolah yang saya reka2.

Kalau dikenangkan, memang malu rasanya. Waktu itu sayalah satu2nya jurulatih seni muzik bertaraf diploma pendidikan berbanding orang lain yg berijazah sarjana muda dan master dalam pendidikan muzik.

Jadi, rasa rendah diri lebih tebal berbanding rasa yakin itu. Selepas seminggu tanpa murid tingkatan 1 itu, saya sudah tidak menoleh ke belakang. Murid tingkatan 1 yang saya terima pada tahun itu, memberikan semangat buat saya. Memberikan inspirasi buat saya.
Saya terus bersemangat untuk terus mengorak langkah di sekolah seni malaysia. Rupa2nya sepanjang tahun itu saya diperhatikan oleh pihak pentadbir. Prestasi saya dinilai, kerja2 saya di perhatikan dari jauh.

Pengetua nampaknya mula melihat kemampuan saya, begitu juga rakan2 jurulatih dan ketua bidang saya. Di tahun berikutnya, saya terus dipertanggungjawabkan ke atas murid PMR. Murid yg menduduki ujian besar tahun itu.

Banyak perkara yang saya belajar di sekolah seni. Banyak kemahiran yang saya perolehi. Rakan2 jurulatih, ketua bidang dan pihak pentadbir amat memberikan kerjasama dan galakan. Dalam tahun yang sama, saya berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda pendidikan muzik.

2011 hingga 2015 merupakan tahun kerja keras saya. Dalam tempoh ini, 2013 dan 2015 merupakan kemuncaknya, kedua2 tahun ini saya ditugaskan mengajar murid bidang muzik SPM. Kerja keras di sepanjang tahun2 ini seolah2 tiada kesudahannya. 

Bertimpa2 dengan tugasan2 saya sebagai mahasiswa di IPGK Perempuan Melayu Melaka. 
Tuhan sahaja yang tahu.

Namun tahun2 yg dilalui sebenarnya memberi pengajaran yang amat bermakna kerana dalam tahun 2016 ini, langkah saya di sekolah seni malaysia johor jauh lebih bergaya dan bermakna. Kerana saya berjaya membuktikan kehebatan2 saya bukan di bibir semata2.

Ketika ini, saya sedang merekrut generasi SPM utk kali ketiga. Gambar dibawah merupakan bekas anak murid dari generasi SPM saya yang pertama. Yang pastinya banyak kenangan manis bersama mereka. Walaupun yang buruk pun sama banyaknya. Ada yang sambung muzik di ASWARA, UPSI, UiTM dan IPG

Setakat ini, saya masih berpeluang membaiki kelemahan2 saya dalam tugas2 mencabar ini. 2016 saya usaha lagi. Hasilnya lihat 2017 nanti. Semoga saya diberi kesihatan dan kehidupan yang baik dimasa hadapan. Agar dapat saya hasilkan segala yang terbaik untuk sekolah seni malaysia johor.

Saturday, January 02, 2016

Sekolah mula esok

Abang naik darjah 3, adik naik darjah 1.

Doa abah,

Dapatlah kamu jadi anak yg baik. Perkara yang elok kamu boleh ikut. Perkara yang tak elok harap kamu dapat jauhkan.

Jadi diri kamu sendiri. Bukan jadi orang lain. Fokus dalam belajar, hormat guru dan orang yang lebih dewasa.

Jaga ibadah kamu kerana iman adalah pelengkap hidup. Setiap perbuatan harus guna akal. Bijak memilih perkara yang patut dan perkara yang tidak.

Amin.