Tuesday, October 28, 2008

projek lagi

En. Isa SMS saya, 8 hb Oktober, EDUKATOR ada ‘show’ untk majlis MAKSAK di Hotel New York, JB. Sesi latihan akan diadakan pada sabtu 1hb. Saya belum ‘reply’ tapi bersetuju.

Dan saya ketika ini sedang bersedia untuk pertandingan mencipta lagu puisi kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Juga akan diadakan di DBPKL pada 12,13 dan 14 Oktober ini. Saya tidak bertanding sebenarnya. Tapi dipinjamsuarakan. Lagu ciptaan saudara Jafny (Daksina) ini berjaya terpilih menjadi ‘top 10 finalist’. Saya ikut-ikut saja.

Macam sudah sedia. Tapi saya masih pening memikirkan baju yang sesuai untuk pertandingan itu. Tapi lagu dan melodi sudah lekat.

Hujung-hujung sesi persekolahan memang padat. Saya sedang risau tentang kerja-kerja disekolah yang hendak disiapkan. Ditambah dengan pelbagai kerja diluar bidang tugas. Sesekali terasa seperti artis yang penuh ’glamour’.

Dan bila saya boleh jadi kaya-raya ni?

Haha!

Thursday, October 23, 2008

Keratan Akhbar

Beberapa keratan akhbar berkaitan kemenangan kumpulan koir EDUKATOR dalam Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Peringkat Kebangsaan di Auditorium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

untuk tonton video persembahan kumpulan Koir EDUKATOR klik cheguazam.blogspot.com


Saturday, October 18, 2008

Projek Berjaya!

Dengan rakusnya!

Kumpulan Koir EDUKATOR berjaya merangkul JOHAN PERTANDINGAN KOIR LAGU-LAGU PATRIOTIK PERINGKAT KEBANGSAAN anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Tidak dapat digambarkan kegembiraan kemenangan ini. Akhirnya trofi ini berjaya dikembalikan di semenanjung setelah tiga tahun berada dinegeri-negeri seberang laut (Sabah dan Sarawak). Kejayaan ini tentulah untuk semua warga Johor.

Hidup Johor!

Tahniah kepada semua ahli kumpulan. Suara emas kalian memukau. Hadirin benar-benar terpaku dan memikat juri. Ternyata usaha kalian berbaloi dengan kemenangan ini. Usaha ini sedikit-sebanyak menaikkan nama JPNJ, guru-guru muzik di Johor Bahru dan sekolah-sekolah kalian. Jasa ini akan menjadi sejarah selamanya.

Bravo!

Sekitar ’shot’ kemenangan



Auw! Jantan pun kena ke nyah?

Fuh! melentik!

Dah siap. Cantik tak?

Sedang mendengar ceramah terakhir En. Isa

Dari Sarawak naik belon

Tenang menanti giliran yang terakhir.

Cool

Dari Sabah juga naik belon. Tig negeri dari seberang laut lepas ke final. Hebat
Bersama Paka bin Siam. Nama betul dia. Saya tak tipu.

EDUKATOR sedang beraksi

Pom! keluar apa tu?

Fokus. Sedang memberikan 100 peratus persembahan terbaik.

dan menang! yeh!

Kami memanipulasi dewan. Haha! bergambar untuk media.

Hadiah: Wang Tunai RM 5000 dan hadiah melancong ke Sabah atau Sarawak (diberi pilihan)

Adios!


Kronologi Projek Takluk Trofi

Projek Menakluk Trofi Johan Koir Perpaduan

Projek Menakluk Trofi Johan Koir Perpaduan 2


Sehari sebelum harinya! (Projek Takluk Trofi)

Sehari dihari kejadian+Projek Takluk Trofi (PTT)


Projek Takluk Trofi Koir Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Wednesday, October 15, 2008

Projek Takluk Trofi Koir Perpaduan Peringkat Kebangsaan

Tarikh kejadian: 14 Oktober hingga 16 Oktober 2008
Lokasi kejadian: Auditorium Darul Makmur (ADAM) Kuantan, Pahang.

Jarak pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan terlalu hampir. Tidak sampai seminggu. Sedikit kelam-kabut memikirkan kerja-kerja tertangguh di sekolah dan urusan surat menyurat perlepasan. Mujur saya mempunyai bos yang mudah berkolaborasi dan menyokong. Saya jawab mudah, atas nama negeri Johor juga.

Terima kasih bos. Haha!

Waktu berlepas ke Kuantan lebih kurang jam 9.00 pagi. Sepanjang perjalanan kami muntah dengan lagu Malaysiaku Gemilang dan Malaysia Tanahairku walaupun sebenarnya kami sudah khatam dan cukup melekat melodi masing-masing. Dalam bas pun masih berlatih. ’Trip’ yang panjang ini menyeronokkan walaupun meletihkan. Masing-masing macam itik lepas reban. Walaupun sebenarnya sedih tinggal anak-anak, laki-laki dan isteri-isteri. Sekejap-sekejap telefon rumah. Tanya khabar.

Siapa tak sayang bini?

Kami tiba agak lewat lebih kurang jam 4 petang. Mungkin kerana kekerapan kami singgah dibanyak tempat untuk mengosongkan tangki masing-masing. Hanya sempat untuk seketika merasa empuk tilam Hotel Grand Continental, kami bersiap ke lokasi kejadian untuk sesi uji bunyi dan raptai saringan di Auditorium Darul Makmur (ADAM) . Walaupun sedikit jakun dan canggung, maklumlah tempat baru tetapi masing-masing masih dapat mengawal diri.

Haha!

Sesi uji bunyi dan raptai yang bermula agak lewat dan berkesudahan teramat lewat. Mujur kami bukan kumpulan terakhir. Giliran kami selesai lebih kurang jam 11 malam.

Gila!

Dengar khabar, Peserta Sabah (kumpulan terakhir) berakhir sekitar jam 1 pagi. Bagi memastikan kami bertenaga dan mendapatkan kualiti suara yang baik, kami balik ke hotel dan tidur tanpa memperdulikan berita penurunan harga minyak di pasaran Malaysia pada hari yang sama.

Haha!

Pagi saringan Projek Takluk Trofi bermula dengan ceria dan bertenaga. Dengan menu sarapan yang enak dan berselera, memantapkan perut-perut ahli koir EDUKATOR semua. Masing-masing berasa yakin dan bersemangat. Perjalanan ke lokasi kejadian dari hotel di isi dengan proses pemanasan suara iringan CD dari radio bas. Ulang, ulang, ulang dan ulang. Medan perang kami semakin hampir. Tidak ada ruang untuk bersembunyi mahupun untuk mengundur diri.

Sebagai peserta kesembilan daripada lima belas negeri yang bertanding. Memberi kami sedikit ruang keselesaan. Tidak terlalu cepat atau terlalu lambat. Dari semua peserta negeri yang bertanding, lapan negeri akan terpilih untuk bertanding di peringkat akhir pada keesokkannya. Apa yang digeruni ialah johan kebangsaan 2007 iaitu dari negeri dibawah bayu, Sabah.

Alhamdulillah berkat doa ikhlas dan kesepaduan kerjasama dari semua ahli EDUKATOR, hari ini kami dapat memberikan persembahan yang mantap dan bertenaga sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir. Turut lapan yang tersenarai ialah Sabah, WP Labuan, Sarawak, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan tuan rumah, Pahang. Semua kumpulan mempunyai kehebatan dan kekuatan masing-masing dan ada diantaranya memang kami telah letak ’target’ untuk bersaing sama di peringkat akhir.

Penat lelah seharian di auditorium untuk sesi saringan dan raptai peringkat akhir amat berbaloi dan kepadatan jadual kami sepanjang masa disini berbalas dengan layaknya koir EDUKATOR ke peringkat akhir. Misi Projek Takluk Trofi ini semakin hampir. Semoga apa yang kami harapkan berhasil kejayaan. Apa yang diidamkan menjadi kenyataan dan kami juga percaya, kalah dan menang itu ketentuanNya.

gitartong@nzm r

EDOKATOR sedang uji bunyi

En. Noor Azzam sedang uji diri

Negeri mana entah. Lupa dah.

Ini dari Sarawak. Kostum mereka saja mungkin lebih besar dari hadiah.

Tenang menanti giliran

Sabah juga hebat. Kamu akan meremang bulu tengkok kalau dengar

Edukator sedang berlatih jadi model iklan baju.

Macam budak sekolahlah korang ni! hah!

Sesi makan malam peserta koir bersama MB yang tak datang.


Gambar menarik hari ini. Kelihatan Puan Zaiton dalam kegugupan atau dalam kekhusyukkan atau keremangan mendengar persembahan peserta-peserta koir.

model:sony dslr a200
aparture: f5.6
shutter speed: 1/6
ISO:1600

Sunday, October 12, 2008

Sehari dihari kejadian+Projek Takluk Trofi (PTT)

Lokasi: IOI Mart. Kulai Jaya. Johor
Tarikh: 11 Oktober 2008
Waktu: 8.00 pagi

Saya memilih memandu solo sendiri ke tempat kejadian. Orang rumah dan anak hendak ikut. Tapi saya tinggalkan dahulu di rumah. Raptai tidak perlu ditontonlah kata saya. Tonton yang ‘real’. Setibanya di IOI Mart, Bas JPNJ yang membawa rakan-rakan EDUKATOR JPNJ tiba. Rakan-rakan lain yang turut memandu solo telah tiba lebih awal. Sambil menyaksikan Cikgu Azzam ber’busking’ dengan gitar disebelah keretanya sambil yang lain-lain mengelilinginya.

Puas ber’jammed’ ditepi jalan, kami masuk dan menonton krew yang sedang menyiapkan pentas. Hebat sungguh persembahan mereka. Maka kami terpaksa menunggu persembahan mereka tamat untuk buat uji bunyi (soundcheck) kami. Peserta dari Kota Tinggi juga baru tiba. Hampir jam 9.00 pagi baru berpeluang mengambil tempat di pentas. Tahniah kepada krew.

Ada juga bunyi dan nada-nada sumbang yang mengkritik lokasi pertandingan ini diadakan. ’Level’ kami hanya di pasar besar. Pertandingan peringkat negeri yang hebat ini ditempatkan di sini. Namun kami tetap juga berjuang dengan profesionalnya. Walauapapun hadiah memang menarik! Tahniah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor!

Haha!

Kami berkesempatan menonton peserta dari daerah lain. Antara yang memukau adalah dari Mersing, Batu Pahat, Pontian dan lain-lain. Ramai juga kenalan-kenalan yang ditemui. Kebanyakkan peserta adalah dikalangan guru-guru. Begitulah kebiasaannya. Dan salam-bersalam itu mengeratkan silaturahim. Maklumlah masih dalam ’mood’ raya.

Dan.. sesi bergambarlah!

Selesai menonton beberapa persembahan kumpulan-kumpulan ’fovourite’ membuat uji bunyi, EDUKATOR JPNJ bergegas ke SM Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai untuk berehat dan membuat persiapan terakhir. Ada yang mengambil kesempatan untuk makan lebih awal, mandi, bersiap, solat dan ambil isteri dan anak dirumah (sayalah tu!)

Haha!

Jam ditelefon bimbit 10 minit lagi jam 2. Saya belum terlihat seorang pun kelibat EDUKATOR JPNJ. Beberapa peserta dari kumpulan lain telahpun tiba. Saya telefon Rasman, dia kata sudah sampai sedang cari ’parking’. Hampir jam 2.30 petang juruacara naik ke pentas. Setelah mengenalpasti dan memastikan semua peserta dari daerah masing-masing telah tiba dan hakim-hakim telah bersedia, juruacara pun memulakan pertandingan.

EDUKATOR JPNJ (kamilah tu!) adalah peserta kedua. Alhamdulillah kami dapat buat dengan baik tanpa sebarang kesilapan yang ketara. Dengan penuh yakin dan bersemangat semua. Sejurus turun dari pentas, tangan saya masih menggeletar! Tapi bukannya menggeletar ketakutan. Tidak tahu perasaan yang bagaimana hendak diterangkan.

Pertandingan berhenti rehat seketika selepas peserta ke lima. Beberapa penyanyi jemputan membuat persembahan sementara hakim-hakim membuat pengiraan dan menenangkan minda. Pertandingan diteruskan semula hingga ke akhirnya. Sementara hakim membuat keputusan peserta dihiburkan dengan penyanyi jemputan yang saya tidak kenal.

Maaf!

Dan acara selingan ini hampir sama panjang dengan waktu pertandingan dan yang semakin resah adalah peserta-peserta. Hari semakin lewat petang dan masih bersabar menanti keputusan. Ketika itulah keluar pelbagai aktiviti oleh juruacara untuk mengisi kebosanan peserta-peserta. Saya dimaklumkan, majlis sedang menanti seorang VIP (penyampai hadiah) yang dalam perjalanan.

Segalanya penat-lelah dan kesabaran terubat apabila kumpulan kami, EDUKATOR JPNJ telah diumumkan sebagai Johan Koir Perpaduan Peringkat Negeri Johor tahun 2008. Ada yang menangis gembira dan ada yang terlompat-lompat yang paling ramai ialah yang menjerit!

Cayalah! Johan lagi!

Tempat kedua dari daerah Mersing dan tempat ketiga ialah dari daerah Batu Pahat. Sesi yang paling menggembirakan ialah bergambar! Pelbagai aksi yang menarik!

Haha!

Tahniah! Hari ini adalah hari yang amat menggembirakan bagi kami. Kerja keras kami amat berbaloi. Pengorbanan kami tidak sia-sia dengan kemenangan ini. Semangat persahabatan dan setiakawan menjadi kunci kejayaan kami. Ucapan tahniah kami terima, merata. Terutamanya dari Pengurus Projek kami iaitu En Hasidin yang amat bangga dengan kemenangan ini.

Dan selepas ini kami sedang pening kepala memikirkan persiapan untuk ke peringkat kebangsaan di Kuantan, Pahang pada 14, 15 dan 16 Oktober 2008. Projek Takluk Trofi sudah separuh melangkah.

Ini bermakna, perang kami belum berakhir lagi.

gitartong@nzm r


Pelik sungguh, kenapa gambar yang ini muncul dulu

Memang saja datang awal untuk tolong susun kerusi. Sedang berehat.

Pantang sungguh bila diajak bergambar

'peace'

di atas pentas itu bukalah kami

sebab kami masih dibawah. haha!

dan bergambar

masih tak puas-puas lagi


Beberapa minit sebelum berada di pentas

dan nak nyanyi pun bergambar lagi

SIGS punya cikgu-cikgu ni. Maaf, semua orang punya.

En. Amin. Tulang belakang EDUKATOR JPNJ


Selepas nyanyi.

Kumpulan mana entah. Bukan kami.

ya, ini baru kami

Jangan salah faham. En Isa memberi isyarat kepada penjaga audio.

Mana konduktor ya?

Sejurus selepas diumumkan sebagai johan

En. Isa ditemuramah

Wow! cek besor!

Tidak dapat dipastikan dari daerah mana. Comel-comel sungguh!

Para hakim yang bijaksana

wajah-wajah kemenangan

Jangan melompat atas pentas ye!

Trademark, Tepuk-tepuk sayang! Muah! Muah!

Wow! dapat Nescafe lagi.


Wakil Johor lagi! Tahniah!

EDUKATOR JPNJ Junior

Tak habis-habis 'celebrate'. orang dah kemas kerusi dah

Dari Mersing. Naib Johan.

Kami punya Trofi ini! Ha ha ha haaaa!

Seronoknya korang. Belum habis lagi la. Tau ka?