Wednesday, May 21, 2008

A, untuk apa?


Ibunya Sabariah (bukan nama sebenar) mengeluh tentang anaknya yang sukar untuk mendapat keputusan A setiap kali dalam ujian di sekolah. Sebagai seorang AJK dalam **** itu, beliau meminta idea bagaimanakah untuk anak beliau mendapat A setelah pelbagai usaha keras telah diambil seperti menghantar tuisyen, kelas tambahan disekolah dan bersolat dan berdoa. Namun hasilnya tidaklah memberansangkan.

Saya teringat reaksi ibu sendiri yang membebel kerana gagalnya saya mendapat keputusan yang baik dalam ujian semasa disekolah. Selain mendapat hadiah istimewa oleh arwah abah, waktu itu apa yang difahami ialah dapat A itu wajib dalam peperiksaan. Jika tidak dapat A itu, adalah asing bagi orang lain. Mendapat keputusan selain dari A adalah mengaib dan memalukan. Seolah-olah menghantar anak kesekolah adalah sia-sia kerana tidak dibayar dengan keputusan A.

Hari ini saya mempunyai pandangan yang berbeza. Saya melihat semua murid mempunyai potensi diri yang berbeza. Bukan semua murid pandai dalam pelajaran. Saya dulu pun bodoh. Setidak-tidaknya saya menjadi saya hari ini. Saya juga tidak cemerlang dalam peperiksaan, SPM saya cukup-cukup makan.

Keputusan A dalam peperiksaan bukan bermakna kita cemerlang dalam hidup. Begitu juga sebaliknya. Seolah-olah, hidup ini tidak ada sebarang makna jika tidak memiliki A dalam peperiksaan. Mengejar ilmu itu adalah bertujuan mengumpul sebanyak A dalam keputusan peperiksaan. Berbaloikah?

Adalah sesuatu yang sia-sia jika ilmu yang dipelajari adalah semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan bukannya ilmu itu digunakan untuk masyarakat, agama mahupun bangsa. Walaupun ibunya Sabariah kecewa anaknya tidak mengumpul A dengan banyak, bersyukurlah. Anaknya masih dianggap berjaya selagi anaknya tidak mendapar D atau E. Tamakkan kita?
.
.
.
.
.
Soalan kuiz:

1. Denda apakah yang sesuai bagi murid yang tidak membawa buku tulis, buku teks atau aktiviti ke sekolah?

A) Berdiri atas meja
B) Berdiri di luar kelas
C) Biarkan saja
D) Menyanyi

Pss.. saya boleh buat yang D sebab saya mengajar Muzik. Haha!

Thursday, May 08, 2008

karat!

Orang kata, kalau dah lama tak buat, kamu akan berkarat. Macam bapak-bapak menteri kita, dah lama tak buat baik, tapi sekarang sibuk-sibuk nak buat baik. Barulah nak sibuk-sibuk nak juang itu, nak juang ini. Maaflah, kalian sudah berkarat. Tidak terkesan.

Oleh sebab sudah lama tidak mengarang, menyusun dan mengupload lagu, kerana risaukan berkarat dan hilang kemahiran itu, saya persembahkan lagu ini. Lagu ini bukan lagu saya, tapi suara saya yang masih berkilat. Mudah-mudahan. Amin.

BADUT (iwan fals)


dut badut badut badut badut badut
zaman sekarang
mong ngomong ngomong ngomong
ngomong ngomong ngomong
sembarang

di telivisi di koran-koran
di dalam radio di atas mimbar

gut manggut manggut manggut
manggut manggut
seperti badut
ya iya iya iya iya iya iya
la iya iya

wo ho ho wo ho ho
wo ho ho wo ho ho

peragawati peragawan senyum-senyum
seperti badut
penyanyi dan pemuzik bintang filem gampang
seperti badut

ditelevisi dikoran-koran
didalam radio diatas mimbar

ku aku aku aku aku aku aku
seperti kamu
mu kamu kamu kamu kamu kamu kamu
seperti badut

wo ho ho wo ho ho
wo ho ho wo ho ho

dut badut badut badut badut badut
zaman sekarang
mong ngomong ngomong ngomong
ngomong ngomong ngomong
sembarang

di telivisi di koran-koran
di dalam radio di atas mimbar

para pengaku intelek tingkah
polahnya lebihi badut
kaum pencuri tikus politikus
saingi badut

wo ho ho wo ho ho
wo ho ho wo ho ho



Get Your Own Player!




tak dengar? klik