Tuesday, January 31, 2006

TMK dalam P&P muzik: Gubahan Muzik Minus One

1. Pendahuluan

Panduan yang dihasilkan ini adalah bagi membantu guru-guru muzik atau sesiapa yang mempunyai latarbelakang muzik dalam mengubah serta menghasilkan muzik menggunakan teknologi. Sofwer yang akan digunakan untuk menggubah muzik ialah Cakewalk Sonar yang mesra pengguna serta banyak digunakan di studio-studio rakaman profesional. Walaubagaimanapun, panduan ini tidaklah berfokus kepada mempelajari penggunaan aplikasi ini tetapi sebagai pengenalan kepada penggubahan muzik. Justeru, hanya beberapa perkakasan sahaja yang diperlukan untuk menggubah dan selain itu, pengguna haruslah mempunyai latarbelakang teori dan boleh memainkan kibod selain mempunyai kreativiti dalam menghasilkan muzik.

2. Rasional

Kaedah gubahan muzik secara konvensional tidak praktikal lagi dizaman teknologi maklumat yang begitu pesat masa kini. Banyak perkakasan teknologi muzik yang terdapat di pasaran dapat membantu guru-guru muzik mencipta muzik serta menghasilkan karya mereka dengan lebih efisien, menjimatkan masa dan murah. Kalau dahulu seorang komposer menggunakan masa berjam-jam untuk menggubah sebuah lagu kemudian terpaksa mengupah beberapa orang pemain muzik pula untuk memainkan gubahannya. Jika karyanya tidak sedap didengar, ia terpaksa memadam dan membuat penambahbaikan pada karyanya dan terpaksa mengharapkan orang lain untuk memainkannya semula. Proses ini begitu merumitkan dan tidak ekonomik.

Kibod yang berteknologi tinggi seperti Yamaha, Roland, Technic dan sebagainya mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimainkan untuk mencipta muzik minus one. Tetapi kaedah ini tidak membantu guru berkreativiti jika muzik dicipta secara robotik, iaitu dengan hanya memainkan kord muzik dapat dimainkan secara otomatik. Kelemahannya, kibod yang berada dipasaran tiada rentak melayu seperti inang, masri, zapin, joget, asli dan sebagainya. Rentak-rentak tersebut di'program' secara 'sequencing'. Walaupun kibod-kibod tersebut mempunyai alatan Sequencer (perakam muzik) seseorang guru muzik perlu berkemahiran dalam bidang gubahan jika ingin menggunakannya. Biasanya Kibod yang dilengkapi Sequencer berharga lebih dari RM 1,500 sebuah.

Tetapi dengan menggunakan perkakasan teknologi, seperti sofwer yang akan digunakan ini, pengguna bukan sahaja dapat mencipta muzik secara cepat dan secara langsung tetapi juga dapat mempakej hasil gubahan itu dalam bentuk cakera liut samada dalam format audio atau midi. Hasil muzik tersebut pula boleh dijadikan muzik karaoke atau minus one yang berkesan digunakan sebagai bahan bantu mengajar muzik disekolah.

3. Perkakasan yang diperlukan

Peralatan dan bahan yang diperlukan:
3.1 Komputer multimedia yang lengkap
-Windows 98SE, ME atau XP
-Soundcard (Creative Soundblaster) atau yang setara
-RAM sekurang-kurang 256Mb
-Pentium 3 atau setara
-Pemacu CD R/R W

3.2 Headfon/ Speaker

3.3 Kabel Midi Y

3.4 Mikrofon

3.5 Kibod (dilengkapi midi out port)

3.6 Skor lagu (lead sheet)

3.7 Perisian Sofwer Sonar Cakewalk 2xl or above

akan bersambung…


Klik: untuk melompat ke entri modul pembelajaran sonar
kasihan aduh kekasih..

Badan siapa yang tak penat lepas balik dari ngajo.. bila si dia sampai rumah dapat berita yang tidak menggembirakan. Terus berkejar ke Hospital Sultanah Aminah untuk melawat anak buahnya yang lahir tak cukup bulan tempoh hari.. Dengar cerita budak tu pengsan.. Yalah.. budak lahir tak cukup bulan, kasihan tengok budak nak 'survive' untuk hidup. Kelam kabut si dia bersiap untuk ke JB. aku pun sekadar dapat pesanan sms dari si dia, beritahu nak ke Hospital JB. Aku yang tengah 'ngajo' cuak juga. nak 'reply' 'kredit' habis.. tunggu saja la berita dari si dia..

'ting' 'ting' 'ting' phone aku terima satu sms. si dia nak singgah rumah sekejap. "Jalan Skudai sesak" kata si dia.. Banyak pulak trafik buat Ops Sikap. Orang nak beraya. tak kira raya apa..semua nak 'celebrate' "Alhamdulillah.. budak tu selamat" katanya.. takde benda yang tak baik berlaku.

Masa nak bersalin dulu pun, siapa sangka kakak dia balik rumah mak, saja-saja la nak cium tangan mak dia..tiba2 nak terberanak pulak. Air ketuban dah mengalir macam air paip. seisi rumah panik! nasib baik aku takde kat situ, kalau tak agaknya terkeluar jugak isi perut aku. Kelam kabut bawak pergi Hospital Pontian..Hospital Pontian pun tak boleh buat apa. Pukul 12 malam berkejar dengan Ambulan ke Hospital JB. Doktor kena buat 'operate' untuk keluarkan budak. Setelah di 'scan', air ketuban dah kering, tangan budak dah sedikit terjulur tapi terhalang dengan fibroid sebesar dua genggaman.. budak tak boleh keluar normal, doktor tak nak ambil risiko untuk membuat pembedahan di malam hari, takut lain hal pulak yang jadi. Setelah memastikan budak dalam keadaan stabil, doktor putuskan untuk 'operate' esok siangnya..

Budak yang hampir berat dengan buku teks sekolah tu.. berjuang untuk hidup. memang telah ditentukan lahirnya sebegitu. Berat beban yang ditanggungnya.. seberat mata memandang. Bakal mak aku tu mengeluh sebab tak sempat jamah apa pun dari pagi, kesian pulak aku tengok. Aku pun pergilah mencari apa-apa yang patut untuk di isi.. Selesai makan, "nak balik dah" katanya. "berhati-hati di jalan raya" kataku. Maklumlah.. kenderaan banyak sekarang, cuti panjang.. diorang jalan je.. aku terus online.. dalam 20 minit lepas tu, tepon aku berbunyi.. HAH? KENA TEMBAK? yang pergi langgar lampu merah tu kenape?.. Dah si dia tak berani nak jalan terus.. trafik dah tunggu kat depan.. sah.. kena saman juga dia ni.. Kasihan aduh kekasih.. lari jugak bajet bulan ni..

salam perkenalan

Assalamualaikum..
Aku mula aktif dalam dunia siber ni sebenarnya dah lama, cuma aku tak cukup aktif macam orang lain. Baru nak berjinak-jinak dengan IRC masa tu. Disebabkan masa tu masih lagi pakai dial up, nak loading satu-satu page tu rasa buang masa sangat nak mengadap PC lama-lama. Sudah tu, aku kurang berminat dengan dunia ni. Sebab tak berapa nampak benda baik dari yang baik. Kalau dah ke CC tu kalau tak masuk IRC, aku surfing laman-laman untuk cuci mata. Mungkin masa tu aku budak lagi. Sudahnya aku tinggalkan saja. Cuma sesekali nak cari bahan untuk tugasan masa kat maktab dulu, aku rajin la pergi CC untuk surfing itu pun kalau dah ada orang bagi bahan takde la aku jejak CC. Tapi aku bukanlah seorang yang buta kayu dengan komputer. Kira celik IT la juga. Masa kat maktab dulu pun, sedikit sebanyak aku membantu juga orang lain yang tak berapa pandai. Aku juga la jadi tempat rujukannya. Walaupun tak berapa mahir, tapi aku rajin juga meng’explore’ PC. Berapa kali PC aku kena jumpa doktor pakar pasal sakit. Tersilap ‘operate’.
Masuk ke alam bekerja, status guru, ada la duit sikit.. memang nak sangat aku ada internet kat rumah. Tapi aku tahan juga. Keadaan ekonomi belum mengizinkan. Bermula pada Disember 2005 setelah hampir setahun aku bertugas secara rasminya, aku terus langgan Tmnet Streamyx 1Mbps. Puas aku dengan broadband ni. Ternyata amat pantasnya ia beroperasi. Dapat juga aku cari dan ‘download’ bahan untuk P&P aku nanti. Macam ayam dapat beras, macam kambing masuk bandar, aku pergi ke mana saja pelusuk dunia ni. Dari satu laman ke satu laman. Dari yang elok sampai ke tak elok. Akhirnya aku dapat bertemu tempat yang paling sesuai untuk aku. BLOG! Tak sangka rupanya aku dah tertinggal jauh dalam dunia ni.. banyak benda yang aku belum jumpa dan ‘explore’ lagi. Orang sekarang dah tak main IRC, ICQ, Mesenger, Chating dah tak bermakna lagi. Bermula dengan Cikgu Lee, Cilibo, Afdlin Shauki dan ramai lagi yang aku jumpa. Aku jadi teruja (bak kata tv3) sangat untuk memiliki BLOG aku sendiri. Aku pun ada cerita aku sendiri..